Thursday, April 2, 2015

KEBAJIKAN GURU: PERLINDUNGAN INSURANS, KURNIAAN LOT TANAH (BRIDGES TO A BRIGHTER FUTURE FOR EDUCATORS)

Bilangan guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia mencecah 419,820 orang (perinciannya klik di sini). Angka itu mewakili kira-kira 30 peratus saiz kakitangan awam negara. Peranan guru dari segi pembentukan modal insan minda kelas pertama, insan beriman dan budiman serta sumbangan kritikal terhadap keselamatan negara dan ketenteraman masyarakat tidak boleh disangkal sama sekali.

Dari segi perjawatan, guru dikategorikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan atau ringkasnya PPP. Laluan kenaikan pangkat guru telah mengalami penambahbaikan berterusan, merangkumi 18 kaedah termasuk laluan pantas. Namun, isu-isu kebajikan guru masih perlu mendapat perhatian pihak-pihak yang berkenaan.
keratan akhbar Kosmo! 5.3.2015

Di sekolah, bilik guru masih belum mencapai status sebuah pejabat kerja yang menggambarkan kedudukan bidang ikhtisas yang penting itu, dengan pengecualian kepada sekolah-sekolah baharu. Guru juga harus berkongsi kemudahan komputer dan mesin pencetak yang terhad untuk tugas-tugas rasmi. Alat tulis dan kemudahan komunikasi juga harus disediakan sendiri demi keberkesanan, kecekapan dan kelicinan tugas.

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment