Thursday, July 16, 2015

APLIKASI WHATSAPPS GANTI SMS, FACEBOOK (REAL TIME GREETING AND FESTIVE WISHING).......

Berapa banyakkah kiriman kad ucapan hari raya yang diterima? Soalan itu hanya bersifat akademik, nostalgia dan retro. Pengalaman menerima dan membalas kad raya suatu yang asing dan pelik dalam kalangan generasi muda.

Penambahbaikan fungsi telefon pintar sebagai peranti mudah alih yang begitu canggih turut mempengaruhi cara komunikasi segenap laisan umur termasuk budak kecil hingga orang tua. Dengan berlalunya masa, kaedah panggilan sudah tidak begitu digemari. Sebaliknya, telefon pintar digunakan untuk bertukar-tukar pesanan teks, audio dan video menerusi perkongsian fail masa sebenar.

Kegiatan salin dan tampal (coppy paste) semakin mudah dan berleluasa. Dalam tempoh beberapa saat sahaja imej, teks atau fail audiovideo dapat dimuat turun, disalain dan seterusnya dikongsikan dengan anggota kumpulan whatsapp yang lain. Sebaran atau viral sedemikian sering dijadikan bahan parodi dan juga menimbulkan kegemparan bagi pengguna media sosial yang lurus bendul.

Era digital maya ini bererti cabaran besar buat pemilik hak cipta atau paten untuk mempertahankan ciri eksklusif yang didaftarkan. Klip video rasmi atau runut bunyi begitu mudah disalin dalam pelbagai format tanpa dapa dapat dikenakan sekatan. Kegiatan 'mencuri' hasil kreativiti atau hak cipta sukar dibendung justeru edisi rasminya dimuat naik oleh pemilik asal untuk tujuan promosi.

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment