Friday, April 8, 2016

BIASISWA MENANTI LEPASAN STPM (FINANCING TERTIARY EDUCATION)

Calon STPM, asasi, matrikulasi, foundation, diploma dan kelayakan yang setara, serta berjaya mendapat tempat di universiti awam (UA), institut pengajian tinggi swasta (ipts) atau luar negara boleh mula mengisi borang permohonan biasiswa secara atas talian. Penaja terdiri daripada pihak badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta, bank, syarikat antarabangsa (MNC) dan banyak lagi. Memandangkan kos pengajian tinggi begitu mahal, maka pelajar UA dan ipts perlu segera merebut peluang yang datang menggolek ini.

Bank Negara, Khazanah, Mara, Yayasan Telekom dan TNB ialah antara contoh organisasi yang menawarkan biasiswa dalam bentuk pinjaman boleh ubah. Selain pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum, kepimpinan dan kemahiran insaniah juga diambil kira. Pemohon dalam kalangan keluarga berpendapatan sederhana dan rendah diberikan keutamaan khas.
mik

...

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment