Wednesday, August 3, 2016

EKONOMI MALAYSIA MASIH DI LANDASAN (PERCEPTION OF CONSUMERS SPENDING)

Firma perunding Nielsen menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-28 dunia dari segi keyakinan pengguna untuk berbelanja (rujuk keratan akhbar The Star bertarikh 3 Ogos 👇). Berlaku lonjakan sebanyak lapan anak tangga pada suku kedua tahun 2016 ini berbanding dengan suku pertama. Hal itu menunjukkan kesan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (gst) dan kejatuhan nilai mata wang RM telah mula dapat diserap.

Isu keselamatan pekerjaan dan prospeknya menjadi kunci utama keyakinan pengguna di Malaysia. Pembiayaan peribadi juga dijangka meningkat walaupun persekitaran ekonomi masih mencabar. Sikap berhati-hati untuk berbelanja juga telah kembali pulih.

Peningkatan perbelanjaan agregat juga disumbangkan oleh potongan tiga peratus caruman KWSP dan pelaksanaan perintah gagi minimum RM1,200 sebulan.

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment