Kira-kira pukul 6.15 petang, majlis berhenti rehat untuk memberi laluan kepada slot jamuan. Pelajar 6 Atas bersama-sama guru bergerak ke medan selera, manakala pelajar 6 Rendah menikmati jamuan di bahagian luar dewan. Kesempatan yang ada digunakan untuk bergambar kenang-kenangan justeru semua pelajar yang hadir, khususnya pelajar perempuan, melaram bak selebriti dalam majlis anugerah yang penuh glamor...
Sunday, September 26, 2010
MAJLIS HUJUNG TAHUN TINGKATAN 6 (MICHAELIAN'S UPPER SIX GRADUATION CEREMONY)
Ipoh, Ahad: 26 September 2010 / 17 Syawal 1431
Satu pembaharuan dilakukan pada majlis hujung tahun tingkatan 6 SMK St Michael, Ipoh (SMI) kali ini. Semua pelajar 6 Atas yang bakal menduduki STPM dua bulan lagi dianugerahi skrol graduasi. Guru tingkatan diberi penghormatan bagi menyempurnakan slot berkenaan bagi kelas masing-masing.
Keramaian anjuran majlis pelajar tingkatan 6 itu bermula pada pukul 4 petang dan berakhir kira-kira tiga jam setengah kemudian. Sebagai penerusan tradisi, tanggungjawab penganjuran majlis diserahkan sepenuhnya kepada pelajar 6 Rendah. Maka, pelajar 6 Atas hadir atas kapasiti pihak yang diraikan.
Selain penyampaian skrol, pelbagai acara sampingan diadakan seperti persembahan pentas, fesyen beragam dan ucapan-ucapan ringkas. Penolong Kanan, Tuan Haji Tauhid Ahmad turut hadir sebagai mewakili tuan pengetua yang mempunyai urusan rasmi yang lain. Hadirin kelihatan terhibur dalam suasana persembahan yang sopan dan teratur oleh pelajar tingkatan 6 SMI.
Kira-kira pukul 6.15 petang, majlis berhenti rehat untuk memberi laluan kepada slot jamuan. Pelajar 6 Atas bersama-sama guru bergerak ke medan selera, manakala pelajar 6 Rendah menikmati jamuan di bahagian luar dewan. Kesempatan yang ada digunakan untuk bergambar kenang-kenangan justeru semua pelajar yang hadir, khususnya pelajar perempuan, melaram bak selebriti dalam majlis anugerah yang penuh glamor...
Kira-kira pukul 6.15 petang, majlis berhenti rehat untuk memberi laluan kepada slot jamuan. Pelajar 6 Atas bersama-sama guru bergerak ke medan selera, manakala pelajar 6 Rendah menikmati jamuan di bahagian luar dewan. Kesempatan yang ada digunakan untuk bergambar kenang-kenangan justeru semua pelajar yang hadir, khususnya pelajar perempuan, melaram bak selebriti dalam majlis anugerah yang penuh glamor...
Friday, September 24, 2010
IZZUDDIN SHAH JADI TUMPUAN (THE WAY TO SECONDARY SCHOOL)
Ipoh, Sabtu: 25.9.10 / 16 Syawal 1431
Cerita calon UPSR masih belum tamat. Sebaik selesai ujian aptitud, mereka bersedia pula untuk pelbagai ujian kemasukan ke sekolah-sekolah terpilih. Maknanya, walaupun sudah masuk pertengahan bulan Syawal, budak tahun enam sekolah rendah, serta ibu bapa mereka sekali, masih belum boleh betul-betul berhari raya.
Sekolah agama kelolaan Jabatan Agama negeri-negeri turut menjadi rebutan. Misalnya ujian kemasukan ke SMA Izzuddin Shah (untuk murid lelaki) dan Raja Perempuan Taayah (murid perempuan) menyaksikan jumlah calon mencecah hampir 4,000 orang bagi setiap satunya. Daerah Kinta sahaja mencatat calon seramai 529 orang (Izzuddin) dan 721 (Taayah). Penawaran tempat hanyalah dalam lingkungan 200 orang murid, iaitu kadar peluang 5%.
Bahagian pertama ujian (9.00 - 10.45 pagi) dikhususkan untuk pengetahuan bahasa Arab dan al-Qur'an, manakala bahagian kedua (11.30 - 1.00) tentang kurikulum kebangsaan. Ketika berhenti rehat, calon menikmati makanan yang dibawa oleh ibu bapa, atau membelinya di gerai kendalian murid Izzuddin sendiri. Berdasarkan perbualan calon, kertas bahasa Arab dikatakan agak sukar.
Persiaran Brash yang biasanya lengang kali ini bagaikan jalan raya di Kuala Lumpur pada waktu puncak. Kenderaan diletak berlapis-lapis. Kesabaran dan tolak ansur amatlah penting, justeru masing-masing hendak memudahkan urusan dengan seberapa segera.
Penolong Kanan HEM Izzuddin, Haji Faizal memberitahu bahawa anak guru dan kakitangan Izzuddin dan Taayah juga perlu mengemukakan permohonan dan menjalani ujian sama seperti calon lain. Walaupun Izzuddin dan Taayah ialah sekolah menengah agama berasrama penuh negeri, pencapaian cemerlang dalam setiap peperiksaan awam, serta sahsiah muridnya yang terpuji menjadi punca tarikan perebutan tempat di situ. Persekitaran belajar yang kondusif dapat menutupi kekurangan yang lain, jika ada.
Sebuah lagi SMA yang mendapat perhatian ialah Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sekolah berkenaan juga menggunakan sistem ujian kemasukan berikutan permohonan yang cukup tinggi. Pilihan lain bagi ibu bapa di sekitar bandaraya Ipoh ialah beberapa buah sekolah bertaraf bantuan kerajaan (SABK) seperti Ma'ahad al-Ummah, Chepor (Abim), Ma'ahad Imam Shafie, Jelapang dan sebuah sekolah persendirian Jim, al-Hidayah di Rapat Setia...

JPN BERTEMU CALON PMR ST MICHAEL (MICHAELIAN'S FORM THREE UNDER HIGH TARGET)
Ipoh, Jumaat: 24.9.2010 / 15 Syawal 1431
Dasar persijilan terbuka untuk PMR sebenarnya tidak semudah yang disangka. Calon tidak boleh sama sekali kandas dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil, justeru secara keseluruhan calon dikira gagal PMR. Sebagai contoh, seorang calon berjaya memperoleh semua A dalam 8 mata pelajaran, tetapi mendapat gred E bagi mata pelajaran Bahasa Arab, maka calon itu telah gagal PMR.
Sebab itulah pihak sekolah tidak boleh mengambil risiko dengan membenarkan calon mendaftar sebarang kertas peperiksaan tanpa memastikan calon benar-benar bersedia. Jika sebaliknya, peratus lulus akan terjejas dengan kesilapan strategi yang diambil itu. Walaupun begitu, dasar kemasukan automatik ke tingkatan 4 telah mengimbangi syarat persijilan PMR yang berkenaan.
Selaras dengan misi hujung tahun Pengarah Jabatan Pelajaran Perak yang baharu, Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa untuk meningkatkan pencapaian akademik (peperiksaan awam: UPSR, PMR, SPM) dalam kelompok sepuluh terbaik negara, seluruh kekuatan pegawai JPN, khususnya dari Unit Akademik digerakkan ke sekolah-sekolah. Telah sekian lama negeri Perak tidak termasuk dalam kelompok yang diidam-idamkan itu, kecuali STPM (kedudukan ke-6 tahun lalu), sedangkan sebahagian pelajar terbaik negara datang dari negeri ini. Barangkali jurang pencapaian antara daerah, atau antara sekolah mungkin perlu didekatkan lagi.
SMK St Michael, Ipoh (SMI) nampaknya turut meraih perhatian JPN Perak. Apatah lagi Sektor Akademik JPN kini ditempatkan di bangunan Maybank Trust yang berhampiran dengan SMI. Tambahan pula, pengarah JPN sendiri memulakan pengalaman pentadbiran sekolah di SMI.
Program JPN "turun padang" (roadshow) SMI dijayakan oleh dua orang pegawai Unit Akademik JPN, iaitu Puan Hamizan dan Encik Mahbud. Di samping menyampaikan mesej tuan pengarah, kedua-dua pegawai telah mengisi slot motivasi kepada sekumpulan pelajar yang dipilih khas. Unit Kaunseling telah diberi tanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan program.
Program JPN "turun padang" (roadshow) SMI dijayakan oleh dua orang pegawai Unit Akademik JPN, iaitu Puan Hamizan dan Encik Mahbud. Di samping menyampaikan mesej tuan pengarah, kedua-dua pegawai telah mengisi slot motivasi kepada sekumpulan pelajar yang dipilih khas. Unit Kaunseling telah diberi tanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan program.
Dasar persijilan terbuka untuk PMR sebenarnya tidak semudah yang disangka. Calon tidak boleh sama sekali kandas dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil, justeru secara keseluruhan calon dikira gagal PMR. Sebagai contoh, seorang calon berjaya memperoleh semua A dalam 8 mata pelajaran, tetapi mendapat gred E bagi mata pelajaran Bahasa Arab, maka calon itu telah gagal PMR.
Sebab itulah pihak sekolah tidak boleh mengambil risiko dengan membenarkan calon mendaftar sebarang kertas peperiksaan tanpa memastikan calon benar-benar bersedia. Jika sebaliknya, peratus lulus akan terjejas dengan kesilapan strategi yang diambil itu. Walaupun begitu, dasar kemasukan automatik ke tingkatan 4 telah mengimbangi syarat persijilan PMR yang berkenaan.
Program JPN turun padang di SMI diakhiri dengan laungan semangat semua A oleh calon PMR yang hadir di dewan. Tanggal 4 Oktober akan menjadi titik mula perjuangan murid tingkatan 3 menghadapi PMR selama 4 hari berturut-turut. Sesungguhnya konsep "darurat" (urgency) yang digunakan oleh JPN amat bertepatan dengan misi melihat negeri Perak masuk dalam carta 10 tahun ini juga...
Thursday, September 23, 2010
KE MANA HALA MURID UPSR? (POST-ELEMENTARY CHOICE)
Ipoh, Khamis: 23.9.10 / 14 Syawal 1431
Keputusan UPSR akan diumumkan sebelum cuti persekolahan nanti. Murid yang berhasrat memohon ke sekolah berasrama penuh perlu mengisi borang secara dalam talian sebelum pertengahan bulan Oktober, dan menghantar salinan bercetak kepada sekolah berkenaan. Kebarangkalian untuk berjaya dalam permohonan ke asrama penuh ialah dalam lingkungan 10 peratus, justeru bilangan calon yang memperoleh 5A antara 30 ke 40 ribu calon.
Kecenderungan ibu bapa menghantar anak ke sekolah berteraskan pengajian al-Qur'an dan bahasa Arab juga menyebabkan keperluan saringan dan tapisan yang ketat. Sebagai contoh, pemohon yang hendak memasuki Sekolah Izuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (kedua-duanya di Ipoh) dikehendaki menduduki ujian bertulis khas pada hari Sabtu, 25 September ini. Kebolehan asas ilmu al-Qur'an dan bahasa Arab ialah antara kertas yang akan diduduki.
Sekolah berasrama penuh memperuntukkan 5 - 10 peratus tempat kepada murid bukan bumiputera. Sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) pula dibuka untuk semua kaum, asalkan mereka beragama Islam. Dalam pada itu, sekolah premier bukan berasrama penuh seperti SMK Victoria, Penang Free, St John, St Michael, serta rangkaian sekolah Convent juga menjadi rebutan ibu bapa yang berhasrat melihat anak mereka belajar dalam persekitaran yang mencabar.
Ibu bapa menyedari akan persaingan sengit yang berlaku. Walaupun terdapat tuntutan untuk melaksanakan sistem meritokrasi sepenuhnya, faktor sosioekonomi mesti diambil kira. Murid yang datang dari luar bandar, serta pedalaman memang wajar diberi pertimbangan khas, justeru tujuan asal penubuhan sekolah berasrama penuh ialah untuk menjadi pemangkin mobiliti sosial kanak-kanak kurang beruntung itu, tanpa menafikan peluang murid pintar dari bandar dan dengan latar belakang keluarga yang berkemampuan...
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melabuhkan tirai tengah hari tadi dengan kertas Bahasa Inggeris. Namun, pada sebelang petang, semua calon UPSR juga menduduki ujian aptitud bagi mengukur tahap IQ, EQ dan SQ menerusi soalan-soalan yang menjurus kepada proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Instrumen berkenaan mungkin digunakan untuk pengambilan murid sekolah berasrama penuh, atau rancangan khas di sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kelompok kecemerlangan (cluster).
Beberapa orang murid yang ditemui menyifatkan kertas UPSR mudah sedikit berbanding dengan kertas percubaan yang dilaksanakan sebanyak dua kali. Ada juga yang mengatakan terdapat soalan yang mengelirukan calon. Memang itulah antara tujuan peperiksaan, iaitu memisahkan antara calon cemerlang, sederhana dan lemah.
Tiada letupan mercun dan tiada teriakan "merdeka" kedengaran. Sebabnya, sebaik sahaja usai ujian aptitud, semua calon berkumpul semula, lalu diberi taklimat oleh pihak sekolah. Murid diingatkan supaya terus hadir ke sekolah untuk mengambil bahagian pelbagai program yang telah diatur.
wajah budak mckk - sekolah berasrama penuh elit negara
Keputusan UPSR akan diumumkan sebelum cuti persekolahan nanti. Murid yang berhasrat memohon ke sekolah berasrama penuh perlu mengisi borang secara dalam talian sebelum pertengahan bulan Oktober, dan menghantar salinan bercetak kepada sekolah berkenaan. Kebarangkalian untuk berjaya dalam permohonan ke asrama penuh ialah dalam lingkungan 10 peratus, justeru bilangan calon yang memperoleh 5A antara 30 ke 40 ribu calon.
sekolah kelolaan Yayasan Terengganu yang mengintegrasikan sains dengan al-Qur'an
Kecenderungan ibu bapa menghantar anak ke sekolah berteraskan pengajian al-Qur'an dan bahasa Arab juga menyebabkan keperluan saringan dan tapisan yang ketat. Sebagai contoh, pemohon yang hendak memasuki Sekolah Izuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (kedua-duanya di Ipoh) dikehendaki menduduki ujian bertulis khas pada hari Sabtu, 25 September ini. Kebolehan asas ilmu al-Qur'an dan bahasa Arab ialah antara kertas yang akan diduduki.
Sekolah berasrama penuh memperuntukkan 5 - 10 peratus tempat kepada murid bukan bumiputera. Sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) pula dibuka untuk semua kaum, asalkan mereka beragama Islam. Dalam pada itu, sekolah premier bukan berasrama penuh seperti SMK Victoria, Penang Free, St John, St Michael, serta rangkaian sekolah Convent juga menjadi rebutan ibu bapa yang berhasrat melihat anak mereka belajar dalam persekitaran yang mencabar.
Ibu bapa menyedari akan persaingan sengit yang berlaku. Walaupun terdapat tuntutan untuk melaksanakan sistem meritokrasi sepenuhnya, faktor sosioekonomi mesti diambil kira. Murid yang datang dari luar bandar, serta pedalaman memang wajar diberi pertimbangan khas, justeru tujuan asal penubuhan sekolah berasrama penuh ialah untuk menjadi pemangkin mobiliti sosial kanak-kanak kurang beruntung itu, tanpa menafikan peluang murid pintar dari bandar dan dengan latar belakang keluarga yang berkemampuan...
Wednesday, September 22, 2010
KERUNTUHAN MASYARAKAT BARAT (REVISITING THE EAST-WEST PENDULUM)
Masyarakat Barat mungkin gah dengan kemajuan teknologi, propaganda ketenteraan, hegemoni ekonomi dan dominasi media, tetapi mereka sebenarnya sedang mengalami krisis moral yang paling parah dalam sejarah peradaban pascamoden. Institusi kekeluargaan tidak lagi menjadi sendi keutuhan masyarakat mereka. Pergaulan bebas lepas, bersekedudukan dan perzinaan tidak lagi dipandang hina.
Ikatan perkahwinan hanya didaftarkan jika terdapat keperluan perundangan, perwarisan kekayaan dan insurans. Selebriti yang terang-terang berzina diangkat sebagai duta kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan kononnya menjadi pembela rakyat Palestin. Mereka digambarkan sebagai insan glamor yang baik hati, pemurah dan ikon pejuang hak asasi manusia.
Universiti berprestij seperti Oxford dan Cambridge mempunyai tradisi pelik yang menggambarkan kekontangan intelektualisme dan moral. Terdapat hari khas apabila profesor tersohor mereka, disertai pensyarah dan pelajar berkelakuan seperti haiwan yang tidak pernah mengenal pakaian. Walaupun tidak seratus peratus terbabit, derita kejahilan itu menyebabkan institusi yang diidami pelajar terbaik serata dunia itu tidak lagi layak dihormati.
Inteligen ekonomi mereka juga berlagak bagaikan perunding antarabangsa yang menawarkan bantuan khidmat nasihat kepada negara-negara miskin yang sebenarnya memiliki kekayaan khazanah bumi dan alam sekitar jika diurus oleh pemimpin yang ikhlas dan berjiwa rakyat. Hakikatnya, inteligen ekonomi Barat ialah penyangak yang bertujuan memperdaya pemimpin negara miskin yang terpukau dengan silap mata orang putih yang bertujuan jahat. Setelah berjaya dipujuk secara halus, negara miskin terkulai dalam rangkulan syarikat multinasional Barat yang dibawa masuk oleh intelegen tadi.
carta daripada muka surat 2
Doktrin keagungan kulit putih belum berakhir walaupun kebanyakan negara yang disebut sebagai kelompok dunia ketiga telah merdeka lebih lima dekad yang lalu. Kini, Barat kembali menggembleng kekuatan militari untuk menundukkan negara-negara yang cuba menghalang perancangan peta baharu dunia mengikut kehendak mereka. Afghanistan dan Iraq ialah contoh dua buah negara yang menjadi mangsa kerakusan Barat.
Namun, perubahan demografi yang menggoncang komposisi masyarakat Barat mungkin melemahkan langkah kemaraan pencerobohan Barat terhadap negara sasaran. Di Amerika Syarikat, bilangan imigran hispanik, Asia, timur tengah dan Afrika sudah hampir sama banyak dengan penduduk kulit putih. Fenomena yang serupa sedang berlaku di Australia dan Eropah.
Walaupun masyarakat Barat sedang membusuk dari dalam, tetapi masyarakat Asia dan Afrika hanya ternampak penampilan zahir masyarakat Barat yang mengkagumkan mereka. Masyarakat Asia dan Afrika tega membuang lambang budaya, jati diri dan nilai tradisi sendiri, asalkan dapat bercakap, berfikir dan berkelakuan seperti orang putih. Gaya hidup hedonisme, serta pemikiran utilitarian menerpa masyarakat Asia dan Afrika bagaikan bah besar akibat pintu empangan yang sengaja dibuka...
Tuesday, September 21, 2010
PELAJAR TINGKATAN 6 DALAM ERA DIGITAL (PREUNIVERSITY STUDENT SHIFTED TOWARDS ON-LINE LEARNING)
Sempadan pembelajaran tertolak lebih jauh dengan bantuan teknologi dalam talian. Tiada lagi monopoli dalam peluang akses pembelajaran jika seseorang itu rajin menerokai lautan ilmu pengetahuan dan maklumat dengan menggerakkan tetikus di hadapan skrin komputer. Walaupun terdapat begitu banyak godaan yang boleh memesongkan niat asal untuk pembelajaran, penetapan tujuan pembelajaran berbantu teknologi maya itu dapat mengeluarkan pelajar daripada alam kebosanan bilik darjah dan buku teks tradisional.
Penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada empat kategori:
1 tutorial: dirancang oleh guru / pensyarah; secara bersemuka atau dalam talian
2 penerokaan (exploratory): pelajar mengawal dan menentukan akses daripada sistem
3 aplikasi: pelajar menggunakan perisian pemproses perkataan dan hamparan elektronik untuk menyiapkan tugasan
4 komunikasi: pelajar menerima, menghantar, dan berkongsi maklumat sama ada teks, grafik, audio, video dari seantero dunia
Penggunaan teknologi canggih dan tinggi dalam talian itu hendaklah digandingkan dengan persekitaran pembelajaran aktif. Jika pembelajaran masih terikat dengan kaedah tradisional per se, maka klise kapur dan cakap (chalk and talk) hanya berubah kepada skrin dan cakap. Pelajar tidak dibenarkan "mengganggu" proses pembelajaran pasif yang bertentangan dengan model kecerdasan pelbagai yang mendapati bahawa setiap individu pelajar memiliki kecerdasan yang mungkin berbeza dan unik.

Sekuat manapun kita hendak bertahan dengan buku teks fizikal dan duduk berjam-jam lamanya dalam ruang sempit bilik darjah, guru dan pelajar tidak dapat menandingi amaun maklumat yang boleh diakses daripada internet. Kursus pengajian di sekolah dan universiti yang berasaskan jam kredit akan berhadapan dengan cabaran sengit pembelajaran secara elektronik. Kini, proses pengijazahan telah dibuka seluas-luasnya tanpa memerlukan pelajar sentiasa berada di kampus.
SMK St Michael, Ipoh (SMI) sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan pesat teknologi dalam talian sebagai medium pembelajaran masa depan. Selain kemudahan makmal komputer, dan unit multimedia di pusat sumber, program pengajian tingkatan 6 SMI juga menyediakan sebanyak 25 netbook, sebahagiannya sudah dimanfaatkan oleh pelajar. Pihak PIBG telah bermurah hati membiayai kos pembelian netbook berkenaan.
Pengenalan terhadap pelaksanaan proses penyelidikan prauniversiti menghendaki pelajar tingkatan 6 SMI mengakses bahan rujukan tinjauan bacaan, serta keperluan format, kaedah dan persembahan laporan penyelidikan. Selain itu, pembentangan laporan berkenaan dalam sesi kolokium sekali lagi mengoptimumkan penggunaan teknologi mulmedia berbantu komputer bagi menjimatkan kos dan masa. Apabila sesuatu teknologi berada dalam tangan seseorang pelajar yang memiliki etika, jati diri, dan kreatif, maka maksud pembelajaran autentik yang dihajati bakal tercapai dengan lebih cepat, serta jalur skala yang tidak pernah dibayangkan sebelumnya ...

Sunday, September 19, 2010
MELISSA: EPISOD CINTA IMBAS KEMBALI (MAY 13TH RECALLED)
Pengenalan
Barangkali pembaca cerpen "Melissa" karya sasterwan negara, Abdullah Hussain akan berasa keliru, tetapi teruja, gembira, dan mungkin sedikit hairan dengan keputusan yang diambil oleh Melissa terhadap nasib cintanya yang baru berputik semula. Pemilihan kata (diksi) dan ungkapan yang begitu menangkap imaginasi pembaca seperti "suatu gimik mahu memancing kemesraan" menggambarkan ketokohan pengarangnya. Para pembaca menjadi asyik dan larut dalam penceritaan seolah-olah menyaksikan setiap peristiwa di hadapan mata.
"Mellisa" ialah cerpen kedua terakhir dalam antologi "Harga Remaja" (halaman 153 - 172) sebelum "Biarkan Samudera". Melissa ialah watak seorang gadis Cina yang tidak pernah melupai kenangan zaman kanak-kanaknya, terutama "cinta" terhadap hero pertamanya yang bernama Hisyam. Malangnya, peristiwa 13 Mei 1969 telah memisahkan Melissa dengan Hisyam buat selama-lamanya.
Hisyam begitu mempengaruhi setiap keputusan hidup Melissa. Perhatikan ilustrasi Mellisa pada halaman terakhir, lengkap berpakaian tentera dan memegang erat senapang dengan muncung yang dihalakan ke bawah. Bidang pengajian sejarah yang dipilih oleh Melissa juga tidak terlepas daripada pengalaman zaman kanak-kanaknya bersama Hisyam.
Melissa si anak kecil
1 Ketika bermain pondok-pondok, Melissa berlagak sebagai isteri olok-olok kepada Hisyam. Malah, Melissa senang apabila Hisyam berkata, "Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau."
2 Melissa setia menunggu kelibat Hisyam yang menuju ke masjid untuk solat Maghrib. Melissa hanya masuk ke dalam rumah setelah saling berbalas lambaian, dan sesusuk tubuh "cinta benar"nya itu lesap dalam perkarangan masjid.
3 Melissa berasa bangga dengan tindakan Hisyam yang berani menumbuk anak seorang diplomat Inggeris berusia 7 tahun hingga terlentang di tanah kerana memegang tangan Melissa. Tindakan Hisyam persis seorang wira yang sentiasa melindungi insan yang amat dicintai.

Saturday, September 18, 2010
MAJLIS RAYA TEMUKAN BEKAS PELAJAR SMI (OLD MICHAELIANS RAYA OPEN HOUSE)
Ipoh, Sabtu: 18 September 2010 / 9 Syawal 1431
Tiga orang bekas pelajar yang sekarang berstatus profesor juga sempat meluangkan masa. Mereka ialah Prof. Dr. Abdullah Said (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UiTM), Prof. Dr Zaki (UTM) dan Prof Madya Ahmad Nidzamuddin (penganalisis politik, UKM). Prof. Lah, 52, misalnya mula bersekolah di SMI dalam kelas peralihan pada tahun 1971. Beliau juga ialah anak jati UiTM justeru memperoleh semua ijazah (sarjana muda, sarjana dan Ph.D) dari UiTM sendiri.
Tanda kasih bekas pelajar kepada SMI terbukti dengan kehadiran Encik Tajul yang tidak mahu ketinggalan berjumpa kawan-kawan lama walaupun terpaksa berkerusi roda. Tentulah lebih happening andainya nama-nama besar seperti Mohd Farid Ridzuan (ketua pegawai eksekutif Media Prima yang menguasai rangkaian TV3, NTV7, 8TV, TV9, Hot.FM, Fly.FM), Dato' Dr Robaayah (Pengarah Institut Jantung Negara), Tan Sri Lee Lam Tye (pengerusi latihan khidmat negara), Ralph Marshall (ketua pegawai eksekutif Astro), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (UM), Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan (legenda badminton dunia), Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua Malaysia) dan sesenarai panjang lagi bekas pelajar SMI juga turun ke SMI. Bekas pelajar yang low profile juga pasti membangkitkan nostalgia.
Bro. Dato' Vincent, 81, yang juga mantan pengetua SMI (dahulu dipanggil sebagai director) menjadi tumpuan bekas pelajar. Hubungan rapat dengan bekas pelajar berterusan walaupun beliau telah begitu lama bersara. Dari dahulu lagi Dato' Vincent hadir dalam kebanyakan majlis rasmi SMI, melainkan beliau mempunyai komiten lain.
Kek raya juga dipotong secara beramai-ramai tanda simbolik jalinan erat yang menjadi tradisi SMI selama ini. SMI memanglah sebuah sekolah mubaligh (mission school), tetapi dikelilingi persekitaran institusi masyarakat Islam, iaitu Masjid India, dan Kompleks Islam. Warga SMI yang sudah sebati dengan kepelbagaian latar belakang dan kepercayaan langsung tidak kekok untuk membina kerukunan sosial, bahkan boleh menjadi model masyarakat yang bersatu padu...
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Walaupun lebih 30 tahun tamat persekolahan di SMK St Michael, Ipoh (SMI) era aliran Inggeris, bekas pelajar yang telah beranak-pinak masih sanggup datang dari jauh dan dengan bangganya menunjukkan kepada anak masing-masing sekolah yang berjasa kepada mereka. Majlis rumah terbuka Aidil Fitri anjuran Persatuan Bekas Pelajar SMI seksyen pelajar Islam berlangsung di dewan sekolah mulai pukul 3 petang dan berakhir 3 jam kemudian.
Alangkah gembiranya dapat bertemu rakan sekelas yang pernah sama-sama meriuhkan bilik darjah dan seluruh kawasan sekolah. Lebih meriah lagi apabila guru seperti Cikgu Harun, seorang warden asrama yang tegas turut hadir. Beliau masih ingat akan pelajar beliau yang selalu membuat kecoh walaupun kini rambut cikgu dan murid sudah sama-sama memutih.
Prof. Dr. Abdullah (TNC UiTM) dan Tuan Haji Tauhid Ahmad (PK SMI)
Tiga orang bekas pelajar yang sekarang berstatus profesor juga sempat meluangkan masa. Mereka ialah Prof. Dr. Abdullah Said (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UiTM), Prof. Dr Zaki (UTM) dan Prof Madya Ahmad Nidzamuddin (penganalisis politik, UKM). Prof. Lah, 52, misalnya mula bersekolah di SMI dalam kelas peralihan pada tahun 1971. Beliau juga ialah anak jati UiTM justeru memperoleh semua ijazah (sarjana muda, sarjana dan Ph.D) dari UiTM sendiri.
Tanda kasih bekas pelajar kepada SMI terbukti dengan kehadiran Encik Tajul yang tidak mahu ketinggalan berjumpa kawan-kawan lama walaupun terpaksa berkerusi roda. Tentulah lebih happening andainya nama-nama besar seperti Mohd Farid Ridzuan (ketua pegawai eksekutif Media Prima yang menguasai rangkaian TV3, NTV7, 8TV, TV9, Hot.FM, Fly.FM), Dato' Dr Robaayah (Pengarah Institut Jantung Negara), Tan Sri Lee Lam Tye (pengerusi latihan khidmat negara), Ralph Marshall (ketua pegawai eksekutif Astro), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (UM), Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan (legenda badminton dunia), Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua Malaysia) dan sesenarai panjang lagi bekas pelajar SMI juga turun ke SMI. Bekas pelajar yang low profile juga pasti membangkitkan nostalgia.
Bro. Dato' Vincent, 81, yang juga mantan pengetua SMI (dahulu dipanggil sebagai director) menjadi tumpuan bekas pelajar. Hubungan rapat dengan bekas pelajar berterusan walaupun beliau telah begitu lama bersara. Dari dahulu lagi Dato' Vincent hadir dalam kebanyakan majlis rasmi SMI, melainkan beliau mempunyai komiten lain.
Kek raya juga dipotong secara beramai-ramai tanda simbolik jalinan erat yang menjadi tradisi SMI selama ini. SMI memanglah sebuah sekolah mubaligh (mission school), tetapi dikelilingi persekitaran institusi masyarakat Islam, iaitu Masjid India, dan Kompleks Islam. Warga SMI yang sudah sebati dengan kepelbagaian latar belakang dan kepercayaan langsung tidak kekok untuk membina kerukunan sosial, bahkan boleh menjadi model masyarakat yang bersatu padu...
Friday, September 17, 2010
SOLAT HAJAT BUDAK UPSR SERI AMPANG (PRAY FOR THE EXCELLENCE)
Ipoh, Jumaat: 17 September 2010 / 8 Syawal 1431
Bagi warga sekolah rendah, sama ada guru dan muridnya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal diduduki oleh murid tahun 6 ialah peperiksaan awam tunggal yang dihadapi mulai Selasa hingga Khamis depan, iaitu 21 hingga 23 September. Pencapaian pembelajaran kurikulum sekolah rendah akan diukur dalam tempoh tiga hari berkenaan. UPSR telah diperkenalkan kira-kira 20 tahun yang lalu sebagai ganti peperiksaan penilaian darjah 5 yang dirasakan terlalu awal.
Guru-guru sekolah rendah telah bertungkus-lumus bagi menyediakan calon-calon terbaik bagi sekolah masing-masing. Pelbagai modul, latih tubi dan kelas tambahan dilaksanakan. Kekuatan mental juga diperkukuh menerusi program kerohanian seperti majlis bacaan Yasin dan solat hajat.
Kelihatan Cikgu Harith Fadzilah (PK HEM SMK Jalan Tasek, baju biru)
Di belakang beliau ialah YM Raja Zainal Abidin, Guru Besar SK Seri Ampang (baju hijau)
dan Haji Hashim Abdul Karim (Pengetua STAR, bersampin)
Sebaik tiba di kawasan perkarangan SK Seri Ampang, hadirin dipersilakan menikmati hidangan makan malam di kantin sekolah. Setelah itu, hadirin yang terdiri daripada guru, ibu bapa dan murid yang dianggarkan berjumlah 200 orang menuju ke dewan terbuka yang menjadi lokasi majlis. Taklimat ringkas disampaikan oleh Ustaz Zulkifli, yang seterusnya memimpin bacaan Yasin dan solat hajat.
Kaum muslimat berada di saf belakang bersama-sama murid perempuan dan ahli keluarga yang lain. Hakikatnya ibu-ibu lebih terasa debaran UPSR justeru merekalah yang mengandungkan anak-anak berkenaan 12 tahun yang lalu dengan penuh pengorbanan dan kasih sayang. Kini, buah hati, intan payung, permata bonda, pengarang jantung mereka bakal berhadapan dengan ujian besar akademik mereka buat julung-julung kalinya.
Doa ialah senjata orang-orang yang beriman. Masing-masing menadah tangan mengaminkan doa yang dilafazkan oleh tuan imam. Mereka pasrah setelah melakukan segala yang terdaya.
Kira-kira setengah juta orang calon UPSR* seluruh negara akan diuji. Guru Besar SK Seri Ampang memohon ibu bapa memberikan layanan terbaik kepada anak-anak mereka menjelang detik peperiksaan. Beliau yakin bahawa murid Seri Ampang berupaya melakar kejayaan cemerlang yang diharapkan...
* 494,493 orang calon = 373,190 (SK) + 96,166 (SJKC; 16,965 (SJKC) + 8,163 (swasta BM) + 9 (swasta BC)

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA CALON UPSR 2010!!!
Thursday, September 16, 2010
PERSIAPAN SEBELUM HADIR KOLOKIUM PENYELIDIKAN TINGKATAN 6 (PRE-UNIVERSITY RESEARCH COLLOQUIUM GUIDELINE)
Pengenalan
Viva pula ialah peperiksaan lisan yang berkaitan dengan penyelidikan atau tesis yang dibuat, yang dilalui oleh seseorang untuk memperoleh kelayakan akademik, biasanya pada peringkat universiti (Kamus Dewan edisi keempat, 2005:1791). Kamus Longman (1598) mentakrifkan viva voce sebagai a spoken examination taken at the end of a university course. Viva sebenarnya ialah penerusan tradisi Aristotle, Plato dan Socrates dalam sesi pengujian ilmu falsafah.
Persediaan sesi vetting
Dalam sesi vetting,calon ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah), pihak fakulti akan membuat penilaian, memberi maklum balas dan ulasan yang membina sebelum cadangan penyelidikan yang dikemukakan memperoleh kelulusan untuk diteruskan. Tumpuan pembentangan ialah dari segi reka bentuk penyelidikan yang disokong dengan masalah penyelidikan yang jelas, soalan penyelidikan yang menggambarkan pemboleh ubah yang hendak diperoleh datanya, kepentingan penyelidikan terhadap tubuh ilmu bidang penyelidikan dan sejumlah pengetahuan yang mencukupi. Sesi vetting boleh dijalankan secara terbuka (maksudnya dibuka kepada semua ahli akademik dan pelajar fakulti), atau secara tertutup (dihadiri hanya oleh jawatankuasa penilaian cadangan penyelidikan).
Kebiasaannya sesi vetting mengambil masa hingga satu jam bagi setiap calon. Sesi pembentangan calon pula ialah kira-kira 15 minit, sebelum diikuti dengan sesi soal jawab. Persediaan yang rapi membolehkan calon mampu melayan soalan aras tinggi daripada pakar-pakar kaedah dan statistik penyelidikan, pakar kandungan bidang ilmu, pakar teknikal dan pakar sokongan. Calon harus dapat membuktikan bahawa dirinya telah menguasai jumlah pengetahuan yang mencukupi, bagaikan telah menerokai samudera pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang bakal dilaksanakan.
Antara soalan yang lazim ditanyakan untuk penyelidikan kuantitatif ialah:
1 Reka bentuk penyelidikan
Adakah masalah penyelidikan yang dikemukakan penting atau biasa sahaja?
Adakah kerangka teori yang digunakan membantu ramalan keputusan penyelidikan?
Adakah penyelidikan yang dicadangkan memiliki kesahan dalaman?
2 Pengumpulan dan analisis data
Adakah kaedah penyelidikan telah diperincikan?
Adakah pendekatan / pentadbiran instrumen bersesuaian?
Adakah statistik yang dipilih dapat menjawab soalan penyelidikan yang dinyatakan?
Bagaimana generalisasi boleh dilakukan daripada penyelidikan yang dicadangkan?
Adakah pemboleh ubah yang dinyatakan boleh diukur, serta sah?
Soalan yang diterima hendaklah disebut semula oleh calon dalam ayat sendiri bagi memastikan calon mendengar soalan dengan tepat. Jika soalan yang dikemukakan tidak kena-mengena dengan tajuk penyelidikan, calon boleh boleh meminta soalan dikhususkan, atau mendapatkan pertolongan penyelia projek penyelidikan. Ada calon yang perlu menghadiri sesi vetting lebih daripada sekali apabila perlu membuat proses ubahsuaian dan penambahbaikan yang disarankan.
Calon yang tidak berjaya mencapai piawaian (standard) mutu cadangan penyelidikan yang ditetapkan oleh fakulti mungkin terpaksa ditamatkan pencalonannya selepas tempoh tertentu misalnya setahun, atau dua semester pengajian. Sebab itulah seseorang calon mesti bersedia mematuhi bimbingan yang diberikan oleh penyelia projek masing-masing. Proses pengijazahan kesarjanaan tiada kompromi tentang mutu, kecualilah ijazah beli dari universiti palsu!
Proses Viva
Pada zaman dahulu kala, peperiksaan bertulis belum lagi meluas dilaksanakan. Di Eropah misalannya, hanya pada abad ke-16, peperiksaan bertulis dikembangkan. Namun, tradisi viva masih dikekalkan di kebanyakan universiti bagi memastikan calon ijazah tinggi yang mengaku telah menguasai bidang ilmu tertentu berupaya mempertahankannya apabila dicabar.
Sesi viva sudah tentu lebih sukar daripada vetting, justeru kali ini calon berhadapan bukan sahaja dengan pemeriksa dalaman fakulti, bahkan pemeriksa luar yang didatangkan dari universiti lain, termasuk luar negara. Viva voce sepatutnya berfungsi sebagai satu sesi perbincangan yang berkesan, bergantung kepada input dan persediaan calon.
Semasa viva, calon akan bersendirian menghadapi soalan-soalan "pukulan pancung" yang memerlukan ketabahan calon, kebijaksanaan mengatur jawapan secara spontan (in prompt to), dan memaparkan ciri kesarjanaan yang dikehendaki. Tiada campur tangan atau keizinan mencelah diberikan kepada penyelia disertasi atau projek untuk membantu calon. Jika pemeriksa dalam sesi viva tidak berpuas hati, calon akan diminta membuat pembetulan dan penambahbaikan dalam tempoh tertentu, atau berhadapan dengan kemungkinan bahawa pencalonan ditamatkan.
Kesimpulannya, sesi viva ialah proses terakhir penerimaan disertasi atau tesis (semua bab 1 - 5; tumpuan kapada dua bab terakhir), manakala vetting untuk meluluskan cadangan penyelidikan (bab 1 - 3).
Rujukan
Abdul Rashid Moten (1998). A Guide to Research Proposal and Report Writing. Gombak: Research Centre, International Islamic University Malaysia.
Creswell, John W. (2008). Educational Research - Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Quantitative Research. New Jersey, USA: Pearson Education
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Sesi Kolokium penyelidikan pelajar prauniversiti tingkatan enam.
Setelah mengambil kira kawalan sumber (akses, masa, tenaga, wang ringgit) pelajar prauniversiti tingkatan 6, sesi kolokium bolehlah disifatkan sebagai modifikasi vetting dan viva yang dipermudahkan. Pembentangan laporan penyelidikan hanya mengambil masa maksimum 10 minit, dan hanya satu soalan akan ditanyakan oleh penilai kolokium, iaitu guru akademik tingkatan 6 yang ditugaskan pada ketika itu. Semua isi pembentangan dan jawapan mestilah merujuk kandungan laporan yang telah disediakan.
Contoh pelaksanaan dan pentaksiran pembentangan laporan penyelidikan di SMK St Michael, Ipoh:
Kolokium bermaksud perjumpaan atau persidangan (yang bersifat tidak formal) untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah (Kamus Dewan edisi keempat, 2005: 806). Dalam konteks penyelidikan yang dilaksanakan oleh pelajar prauniversiti tingkatan 6, kolokium ialah perhimpunan dalam bilangan kehadiran yang dihadkan bagi membentangkan draf terakhir laporan penyelidikan di hadapan rakan penyelidik muda dan sekurang-kurangnya seorang guru akademik tingkatan 6 sebagai penilai. Kolokium akan memberi pengalaman dan pendedahan yang amat bernilai kepada pelajar prauniversiti seandainya perlu menjalani proses vetting dan viva di peringkat universiti kelak.
Beza vetting dengan viva.
Vetting ialah proses mempertahankan cadangan penyelidikan (proposal defense). Tujuannya bagi menyemak sesuatu laporan atau pembentangan secara teliti supaya dapat diterima (Longman Dictionary of Contemporary English, 2001:1592). Biasanya hanya pelajar ijazah tinggi yang perlu melepasi vetting.
Viva pula ialah peperiksaan lisan yang berkaitan dengan penyelidikan atau tesis yang dibuat, yang dilalui oleh seseorang untuk memperoleh kelayakan akademik, biasanya pada peringkat universiti (Kamus Dewan edisi keempat, 2005:1791). Kamus Longman (1598) mentakrifkan viva voce sebagai a spoken examination taken at the end of a university course. Viva sebenarnya ialah penerusan tradisi Aristotle, Plato dan Socrates dalam sesi pengujian ilmu falsafah.
Persediaan sesi vetting
Dalam sesi vetting,calon ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah), pihak fakulti akan membuat penilaian, memberi maklum balas dan ulasan yang membina sebelum cadangan penyelidikan yang dikemukakan memperoleh kelulusan untuk diteruskan. Tumpuan pembentangan ialah dari segi reka bentuk penyelidikan yang disokong dengan masalah penyelidikan yang jelas, soalan penyelidikan yang menggambarkan pemboleh ubah yang hendak diperoleh datanya, kepentingan penyelidikan terhadap tubuh ilmu bidang penyelidikan dan sejumlah pengetahuan yang mencukupi. Sesi vetting boleh dijalankan secara terbuka (maksudnya dibuka kepada semua ahli akademik dan pelajar fakulti), atau secara tertutup (dihadiri hanya oleh jawatankuasa penilaian cadangan penyelidikan).
Kebiasaannya sesi vetting mengambil masa hingga satu jam bagi setiap calon. Sesi pembentangan calon pula ialah kira-kira 15 minit, sebelum diikuti dengan sesi soal jawab. Persediaan yang rapi membolehkan calon mampu melayan soalan aras tinggi daripada pakar-pakar kaedah dan statistik penyelidikan, pakar kandungan bidang ilmu, pakar teknikal dan pakar sokongan. Calon harus dapat membuktikan bahawa dirinya telah menguasai jumlah pengetahuan yang mencukupi, bagaikan telah menerokai samudera pengetahuan dalam bidang penyelidikan yang bakal dilaksanakan.
Antara soalan yang lazim ditanyakan untuk penyelidikan kuantitatif ialah:
1 Reka bentuk penyelidikan
Adakah masalah penyelidikan yang dikemukakan penting atau biasa sahaja?
Adakah kerangka teori yang digunakan membantu ramalan keputusan penyelidikan?
Adakah penyelidikan yang dicadangkan memiliki kesahan dalaman?
2 Pengumpulan dan analisis data
Adakah kaedah penyelidikan telah diperincikan?
Adakah pendekatan / pentadbiran instrumen bersesuaian?
Adakah statistik yang dipilih dapat menjawab soalan penyelidikan yang dinyatakan?
Bagaimana generalisasi boleh dilakukan daripada penyelidikan yang dicadangkan?
Adakah pemboleh ubah yang dinyatakan boleh diukur, serta sah?
Soalan yang diterima hendaklah disebut semula oleh calon dalam ayat sendiri bagi memastikan calon mendengar soalan dengan tepat. Jika soalan yang dikemukakan tidak kena-mengena dengan tajuk penyelidikan, calon boleh boleh meminta soalan dikhususkan, atau mendapatkan pertolongan penyelia projek penyelidikan. Ada calon yang perlu menghadiri sesi vetting lebih daripada sekali apabila perlu membuat proses ubahsuaian dan penambahbaikan yang disarankan.
Calon yang tidak berjaya mencapai piawaian (standard) mutu cadangan penyelidikan yang ditetapkan oleh fakulti mungkin terpaksa ditamatkan pencalonannya selepas tempoh tertentu misalnya setahun, atau dua semester pengajian. Sebab itulah seseorang calon mesti bersedia mematuhi bimbingan yang diberikan oleh penyelia projek masing-masing. Proses pengijazahan kesarjanaan tiada kompromi tentang mutu, kecualilah ijazah beli dari universiti palsu!
Proses Viva
Pada zaman dahulu kala, peperiksaan bertulis belum lagi meluas dilaksanakan. Di Eropah misalannya, hanya pada abad ke-16, peperiksaan bertulis dikembangkan. Namun, tradisi viva masih dikekalkan di kebanyakan universiti bagi memastikan calon ijazah tinggi yang mengaku telah menguasai bidang ilmu tertentu berupaya mempertahankannya apabila dicabar.
Sesi viva sudah tentu lebih sukar daripada vetting, justeru kali ini calon berhadapan bukan sahaja dengan pemeriksa dalaman fakulti, bahkan pemeriksa luar yang didatangkan dari universiti lain, termasuk luar negara. Viva voce sepatutnya berfungsi sebagai satu sesi perbincangan yang berkesan, bergantung kepada input dan persediaan calon.
Semasa viva, calon akan bersendirian menghadapi soalan-soalan "pukulan pancung" yang memerlukan ketabahan calon, kebijaksanaan mengatur jawapan secara spontan (in prompt to), dan memaparkan ciri kesarjanaan yang dikehendaki. Tiada campur tangan atau keizinan mencelah diberikan kepada penyelia disertasi atau projek untuk membantu calon. Jika pemeriksa dalam sesi viva tidak berpuas hati, calon akan diminta membuat pembetulan dan penambahbaikan dalam tempoh tertentu, atau berhadapan dengan kemungkinan bahawa pencalonan ditamatkan.
Kesimpulannya, sesi viva ialah proses terakhir penerimaan disertasi atau tesis (semua bab 1 - 5; tumpuan kapada dua bab terakhir), manakala vetting untuk meluluskan cadangan penyelidikan (bab 1 - 3).
Rujukan
Abdul Rashid Moten (1998). A Guide to Research Proposal and Report Writing. Gombak: Research Centre, International Islamic University Malaysia.
Creswell, John W. (2008). Educational Research - Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Quantitative Research. New Jersey, USA: Pearson Education
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Sesi Kolokium penyelidikan pelajar prauniversiti tingkatan enam.
Setelah mengambil kira kawalan sumber (akses, masa, tenaga, wang ringgit) pelajar prauniversiti tingkatan 6, sesi kolokium bolehlah disifatkan sebagai modifikasi vetting dan viva yang dipermudahkan. Pembentangan laporan penyelidikan hanya mengambil masa maksimum 10 minit, dan hanya satu soalan akan ditanyakan oleh penilai kolokium, iaitu guru akademik tingkatan 6 yang ditugaskan pada ketika itu. Semua isi pembentangan dan jawapan mestilah merujuk kandungan laporan yang telah disediakan.
Contoh pelaksanaan dan pentaksiran pembentangan laporan penyelidikan di SMK St Michael, Ipoh:
TARIKH | TEMPAT | KUMPULAN | CATATAN |
21 / 9 / 2010 (1.20 –2.40 ptg) | Kelas | LSS1 : Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5, 6 LSS2 : Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 LSS3 : Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5, 6 LSS4 : Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 LSS5 : Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5, 6 LSA1 : Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 LSA2 : Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 LSA3 : Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5 | Guru-guru bertugas memilih satu kumpulan terbaik untuk mewakili kelas |
28 / 9 / 2010 (1.20 –2.40 ptg) | Kelas | LSS1 : Kumpulan 7, 8, 9, 10, 11 LSS2 : Kumpulan 8, 9, 10, 11, 12, 13 LSS3 : Kumpulan 7, 8, 9, 10, 11, 12 LSS4 : Kumpulan 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 LSS5 : Kumpulan 7, 8, 9, 10, 11, 12 LSA1 : Kumpulan 8, 9, 10, 11, 12, 13 LSA2 : Kumpulan 8, 9, 10, 11, 12, 13 LSA3 : Kumpulan 6, 7, 8, 9, 10 | |
5 / 10 / 2010 (1.20 –2.40 ptg) | Dewan Kuliah Sekolah | LSS1 : Kumpulan ……. LSS2 : Kumpulan ……. LSS3 : Kumpulan ……. LSS4 : Kumpulan ……. | Guru-guru bertugas memilih johan, naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat yang akan diberi sijil. |
Bilik Kuliah 1 Tingkatan 6 | LSA1 : Kumpulan ……. LSA2 : Kumpulan ……. LSA3 : Kumpulan ……. LSS5 : Kumpulan ……. |
Pemarkahan :
ISI 1 (5 markah) | Tajuk | 1 markah |
Pernyataan masalah | 2 markah | |
Soalan penyelidikan | 2 markah | |
ISI 2 (5 markah) | Dapatan/ Keputusan | 2 markah |
Kesimpulan/ Cadangan | 3 markah | |
Persembahan (5 markah) | Vokal | 3 markah |
Alat bantu | 2 markah | |
Soal jawab (5 markah) | 5 markah | |
Jumlah | 20 markah |
Sesi kolokium dalam kelas
· Pembentangan dengan penggunaan carta ( kertas ‘mahjong’ / kad Manila / dsb. )
· Setiap kumpulan diberi masa 10 minit
Loceng pertama adalah selepas 8 minit untuk bersedia berhenti
Loceng kedua adalah selepas 9 minit untuk berhenti
Kemudian kumpulan diberi 1 minit untuk menjawab 1 soalan yang dikemukakan oleh guru
· Penjaga masa : Ketua kelas dan penolong ketua kelas
Sesi kolokium antara kelas
· Pembentangan dengan penggunaan Powerpoint
· Setiap kumpulan diberi masa 16 minit
Loceng pertama adalah selepas 13 minit untuk bersedia berhenti membentang
Loceng kedua adalah selepas 14 minit untuk berhenti membentang
Kemudian kumpulan diberi 2 minit untuk menjawab 1 soalan yang dikemukakan oleh guru
· Penjaga masa : Ketua kelas dan penolong ketua kelas LS4 (Dewan Kuliah Sekolah) dan LS5 (Bilik Kuliah 1
T6)
· Ketua kelas dan penolong ketua kelas LS1 dan LA1 bertanggungjawab untuk membuka dan menutup pintu Dewan Kuliah Sekolah dan Bilik Kuliah 1 T6 masing-masing.
· Semua ketua kelas dan penolong ketua kelas bertanggungjawab untuk membuka dan menutup lampu dan hawa dingin dewan/ studio.
Subscribe to:
Posts (Atom)