Cabaran kepada remaja yang berstatus murid sekolah untuk berdamping dengan buku yang serius memang hebat. Buku teks sahaja sudah membuatkan mereka mengeluh, sambil mempamerkan keengganan un tuk membacanya. Fikiran mereka mengelamun jauh tentang komunikasi maya menerusi gajet mudah alih tanpa wayar yang canggih...
Saturday, September 8, 2012
BACA BUKU ATAU GOSIP, BILA HENDAK JADI NEGARA MAJU? (THE HIGH CLASS HABIT)
Di negara kejuruteraan automatif termaju, iaitu Jerman, terdapat pasar raya khusus untuk jualan buku yang bertingkat-tingkat tingginya. Di dalam pasar raya buku itu, terdapat kafe, tempat permainan kanak-kanak, kemudahan untuk orang kelainan upaya dan warga emas. Pasar raya buku di sana menjadi tumpuan pengguna sebagaimana pasar raya menjual pelbagai jenis keluaran keperluan lain di negara kita, terutama jika ada tawaran potongan harga atau promosi tertentu.
Demikian cerita, Dr. Zahazan Mohamed, pakar motivasi dan usahawan, ketika menyampaikan kuliah Subuh di masjid Solatiah, Rapat Setia Baru, Ipoh, pagi tadi. Beliau turut menceritakan pengalaman menaiki kereta api laju selama dua jam tanpa buku di tangan atas sebab yang tidak disengajakan. Seorang warga Jerman terus menghadiahi Dr. Zahazan dengan senaskhah buku yang masih baharu, berharga Euro 30, atau lebih kurang RM120+ dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Masyarakat negara maju memang sinonim dengan budaya membaca dalam kalangan majoriti masyarat, melainkan kelompok pinggiran dan bermasalah yang lain. Membaca umpama ulam makanan minda yang wajib ada setiap kali masa terluang. Mereka memandang rendah orang-orang yang gemar mengumpat, bergosip atau sekadar membazir masa dengan khayalan, termenung atau melayan perasaan sepi semata-mata.
Barangkali banyak orang akan mendakwa dirinya sangat banyak membaca, tetapi bahan bacaannya ialah surat khabar, majalah picisan dan novel bermutu rendah. Mereka hanya menyentuh buku untuk tujuan peperiksaan atau untuk menyiapkan tugasan tertentu. Pendek kata, perbuatan membaca buku hanya kerana terpaksa.
Tidak dinafikan bahawa surat khabar memberikan maklumat terkini, di samping artikel yang bersifat ilmiah turut diselitkan. Namun, laporan wartawan tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan yang autentik, tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh persepsi jangka pendek, serta cenderung terhadap kepentingan tertentu. Wartawan terikat kepada organisasi media yang dikuasai oleh pihak pemegang saham yang mengawal persembahan maklumat, atau menggunakan teknik putar (spin) supaya propaganda atau perang psikologi yang dilancarkan mampu membentuk sokongan pembaca secara melulu.
Majalah hiburan yang bertaraf gosip lebih buruk lagi. Promosi tentang pergaulan bebas lepas, gaya hidup yang tidak sihat, serta pendapat-pendapat selebriti yang negatif mengakibatkan pembaca tenggelam dalam dunia khayalan, pura-pura dan songsang. Walaupun semakin ramai selebriti berpendidikan tinggi, namun kalau tidak menutup aurat, tidak kenal halal haram dan bercakap sesedap mulut, maka lebih baik abaikan sahaja.
Novel bermutu rendah juga menyumbang terhadap kepincangan masyarakat dan minda murahan. Novel sedemikian berlambak di pasaran, dengan sasaran kepada khalayak pembaca yang malas berfikir, selain tidak kisah tentang kesan karya mereka kepada akhlak pembaca. Tiada sebarang manfaat yang boleh dikutip, melainkan kelalaian dan rasa berat untuk ibadah.
Hakikatnya, tiada sebarang masalah untuk melayan pembacaan genre kreatif bagi menajamkan kepekaan terhadap kanvas kehidupan yang diungkapkan menerusi ragam ayat yang begitu menakjubkan. Namun, harus ada keseimbangan supaya bahan bacaan yang lebih serius turut ditekuni sebagai dorongan kepada aplikasi ilmu dalam bidang-bidang inovasi, reka cipta dan teknologi. Tidak mungkin bahawa selama-lamanya masyarakat kita akan hanya menikmati kedudukan sebagai pengguna inovasi, reka cipta dan teknologi orang lain.
Ibu bapa di rumah mesti menunjukkan contoh tabiat membaca yang betul kepada anak-anak. Seharusnya ada peruntukan waktu untuk sama-sama berbincang tentang pembacaan buku yang lebih serius, walaupun mungkin sedikit sahaja. Aktiviti santai keluarga memiliki serampang dua mata, iaitu mengeratkan hubungan dan mencambahkan budaya ilmu.
Cabaran kepada remaja yang berstatus murid sekolah untuk berdamping dengan buku yang serius memang hebat. Buku teks sahaja sudah membuatkan mereka mengeluh, sambil mempamerkan keengganan un tuk membacanya. Fikiran mereka mengelamun jauh tentang komunikasi maya menerusi gajet mudah alih tanpa wayar yang canggih...
Friday, September 7, 2012
KESEIMBANGAN MONOPOLI JANGKA PENDEK, JANGKA PANJANG (LARGER PROFIT SIZE)
Pengenalan
Monopoli ialah firma tunggal dengan keluaran yang tiada pengganti hampir dan terdapat sekatan (halangan) kemasukan firma baharu ke dalam pasaran. Maka, secara teoritikal, firma monopoli yang juga industri monopoli akan menikmati untung lebih normal dalam jangka pendek dan juga jangka panjang. Perbezaannya ialah saiz untung lebih normal monopoli dalam jangka panjang akan lebih besar.
Keseimbangan monopoli jangka pendek
Keuntungan lebih normal tercapai apabila jumlah hasil melebihi jumlah kos (TR > TC) pada tingkat keseimbangan, iaitu hasil sut sama dengan kos sut (MR = MC). Huraian gambar rajah: rujuk titik keseimbangan E, harga keseimbangan P, kuantiti keseimbangan Q, jumlah hasil (OQAPo) , jumlah kos (OQBP1) dan kawasan keuntungan lebih normal (P1BAPo). Nyatakan juga keuntungan purata (per unit), iaitu AB (garis antara AR, AC pada kuantiti keseimbangan Q).
Langkah melukis keluk
1 paksi / label - unit
2 AR, MR (pastikan bersambung dengan paksi, dan MR = 1/2 AR)
3 MC potong minimum AC
4 Tanda titik keseimbangan E, buat garisan tegak kuantiti keseimbangan Q
5 Tarik Q hingga menyentuh keluk AR, AC
6 Tandakan kawasan untung lebih normal
Keseimbangan monopoli jangka panjang
Firma memilih saiz loji pada keluaran seimbang LAC = MR, tetapi pada LAC sedang menurun. Dalam kata lain, bagi memaksimumkan keuntungan, firma memilih saiz loji pada LAC paling rendah yang boleh dicapai. Penyesuaian loji monopoli jangka panjang bermakna bahawa SAC akan bergerak ke kanan / bawah, iaitu pada bahagian LAC yang paling hampir dengan titik minimum LAC.
...
...
...
...
...
...
...
Thursday, September 6, 2012
PUASA SUNAT SYAWAL UJI KEIKHLASAN (THE HIDDEN GOOD DEED)
Puasa enam hari pada bulan Syawal melengkapkan ibadah puasa wajib bulan Ramadan. Sebahagian warga emas di kampung-kampung sudah biasa memulakan puasa enam seawal hari raya yang kedua. Kebanyakan kaum wanita yang "berhutang" puasa Ramadan kerana uzur (datang haid) menggandingkan (menggabungkan) puasa ganti (qadha) mereka dengan puasa sunat berkenaan.
Terdapat banyak pandangan fuqaha' (ahli fekah) tentang perbincangan puasa enam itu. Namun, tulisan ini hanya akan memberi tumpuan terhadap persoalan makam ihklas dalam melakukan sesuatu ibadah dengan rujukan khusus terhadap amalan puasa enam. Sesungguhnya ikhlas mudah sekali untuk dilafazkan, tetapi sangat sukar untuk sampai ke tahap pencapaian yang tertinggi.
Secara ringkas dan dalam bahasa orang awam, ikhlas ialah melakukan sesuatu ibadah hanya kerana Allah, iaitu bagi menuju reda-Nya. Ujian pencapaian makam ikhlas sangat berat justeru sifat manusia yang sukakan puji-pujian, sanjungan, pengiktirafan kelompok, tidak suka tersisih dan mahu dianggap relevan. Lebih buruk lagi, ada jika terselit perasaan ingin bermegah, menunjuk-nunjuk dan bangga diri.
Konsep berlumba-lumba dan bersegera untuk melakukan amalan kebajikan, fastabi qu'l-khairat, memang terpuji. Masalah yang perlu diperhatikan ialah sama ada amalan berkenaan wajar dilaksanakan secara senyap atau terang-terangan. Kalau dalam konteks derma (sadaqah), kedua-dua cara boleh digunakan, dengan syarat sebagai galakan dan ikutan kepada masyarakat supaya turut bermurah hati, bukan untuk mendapat liputan media atau mendapat sebarang bentuk kemasyhuran dan kepentingan peribadi yang lain.
Puasa enam ialah ibadah sunat yang lebih afdal tidak diisytiharkan kepada orang lain. Biarlah puasa enam itu kekal menjadi hadiah kepada Allah semata-mata dan status sunat puasa berkenaan dikekalkan, iaitu tidak mengatasi status amalan dan perintah wajib yang lain. Dalam bahasa yang mudah, puasa enam tidak seyogiakan diuar-uarkan atau menjadi modal mengusik rakan-rakan.
...
...
...
...
...
...
...
KREATIVITI DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH (CREATING ENJOYABLE AND FUN LEARNING EXPERIENCE)
Tiada seorang pun yang rela dan sanggup menyeksa diri berada dalam satu majlis atau program yang lesu lagi menjemukan. Perkara berkenaan berlaku akibat kelemahan dari segi perancangan dan reka bentuk aktiviti oleh pihak penganjur. Dalam era maklumat di hujung jari ini, kegiatan yang tidak bersifat produktif dan menepati cita rasa generasi Y akan berhadapan dengan bantahan senyap atau terbuka.
Maka, pengelola sesuatu aktiviti wajib mencari jalan supaya kegiatan yang dirancang akan mendapat sambutan yang ikhlas dan suci hati. Kreativiti ialah senjata yang paling ampuh untuk memberi nilai tambah terhadap setiap kegiatan yang dirancang. Kreativiti bakal meningkatkan keberkesanan dan kecekapan secara sekali gus.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Wednesday, September 5, 2012
KONSEP KESEIMBANGAN DALAM KAJIAN EKONOMI (THE VARIATION OF TERMS USAGE)
Pendahuluan
Dalam teori pasaran, keseimbangan merujuk kepada keadaan permintaan sama dengan penawaran. Bagi memudahkan pelajar mengingat konsep berkenaan, cikgu ekonomi akan menunjukkan lagak ultraman bersilang tangan untuk memancarkan sinar yang berkuasa menghancurkan musuh. Pada titik silang itulah keseimbangan tercapai.
Titik keseimbangan
Keseimbangan pasaran
Keseimbangan pasaran
Keseimbangan firma
Harga keseimbangan
Kuantiti keseimbangan
Saiz keuntungan firma pada tingkat keseimbangan
Penetapan harga pada tingkat bukan keseimbangan
Penetapan kuantiti pada tingkat bukan keseimbangan
Keseimbangan pasaran faktor
Saiz keuntungan firma pada tingkat keseimbangan
Penetapan harga pada tingkat bukan keseimbangan
Penetapan kuantiti pada tingkat bukan keseimbangan
Keseimbangan pasaran faktor
Keseimbangan ekonomi dua sektor, tiga sektor, terbuka (empat sektor) pendekatan AE - AS
Keseimbangan ekonomi dua sektor, tiga sektor, terbuka (empat sektor) pendekatan J - W
Keseimbangan pendapatan negara pendekatan AD - AS
Keseimbangan lawan kecekapan
Keluaran keseimbangan lawan keluaran optimum
Loji keseimbangan lawan loji optimum
PANDUAN MERANCANG PROJEK PERSATUAN DI SEKOLAH (PROVIDING ENGAGE, ENRICH AND EXCEL OUTSIDE CLASSROOM ACTIVITIES)
Kegiatan di luar bilik darjah, atau lebih dikenal sebagai kokurikulum merupakan pelengkap pembelajaran rasmi yang terikat dengan sukatan pelajaran dan pentaksiran. Malah, murid yang terbabit secara aktif dalam kegiatan kokurikulum dipercayai mampu menggembleng, serta menggilap potensi dan fakulti dalam diri masing-masing secara optimum. Mereka dapat dibimbing secara teratur bagi menggunakan segala input pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dipelajari di dalam bilik darjah untuk dipindahkan kepada aktiviti nyata dalam persekitaran organisasi yang lebih longgar dan bertolak ansur.
Di sekolah, kegiatan kokurikulum dibahagikan kepada persatuan dan kelab, unit pakaian seragam dan permainan. Semua murid diwajibkan memilih sekurang-kurangnya dua bidang kegiatan kokurikulum, malah digalakkan menyertai ketiga-tiga bidang kegiatan yang ditawarkan. Sepertimana reka bentuk pembelajaran di bilik darjah yang berfokus kepada aktiviti murid, demikian juga untuk kegiatan kokurikulum.
Semua organisasi kokurikulum memiliki struktur kepimpinan yang tertentu berasaskan perlembagaan persatuan, kelab, unit pakaian seragam dan permainan yang diluluskan oleh pendaftar kokurikulum di sekolah, iaitu pengetua. Pematuhan dan kawalan kegiatan kokurikulum sebagaimana yang diperuntukkan dalam akta pendidikan, garis panduan dan pekeliling yang berkuat kuasa menjadi tanggungjawab pengetua yang diwakilkan kepada penolong kanan kokurikulum dan seterusnya kepada para penasihat yang dilantik dalam kalangan guru yang terlatih. Pihak sekolah wajib memastikan pelaksanaan prinsip peranan gantian ibu bapa (in loco parentis) dan langkah berjaga-jaga (the duty of care) supaya segala kemungkinan kecuaian (negligence) dapat ditutup rapat.
Perkara yang paling penting dalam perancangan kegiatan kokurikulum ialah tujuan pengalaman pembelajaran yang hendak dicapai dalam persekitaran serba selamat. Guru penasihat yang berpengalaman, atau guru lantikan baharu sudah pasti memiliki pendedahan konseptual dan praktikum yang mencukupi bagi membimbing murid memperoleh segala pengalaman pembelajaran yang dihasratkan. Murid dapat mengasah bakat kepimpinan, kepengikutan dan dinamika organisasi secara lebih bersahaja dan santai.
Contoh bidang tumpuan kegiatan kokurikulum ialah kepimpinan, perkhidmatan dan kebajikan. Proses pemilihan pemimpin organisasi bakal memberikan pengalaman kepada murid tentang pengaruh, kuasa, mandat, amanah, peranan, tanggungjawab, pengurusan konflik dan krisis, serta kerjasama berpasukan dalam memastikan kejayaan organisasi. Kebiasaan menghadiri menghadiri mesyuarat agung organisasi akan berguna apabila mereka menceburi alam pekerjaan dan masyarakat yang memerlukan adab, etika dan disiplin yang serupa.
Kebiasaannya, para pemimpin organisasi kokurikulum dalam kalangan murid sekolah akan dikehendaki menjalani kursus kepimpinan dan perancangan supaya hala tuju kegiatan akan sentiasa sejajar dengan segala dasar pendidikan dan juga menyumbang terhadap kemajuan sekolah secara tuntas. Walaupun terdapat penegasan dasar, tetapi dari segi pelaksanaan terserah kepada kreativiti dan keupayaan anggota organisasi. Murid dibimbing supaya menyerlahkan kebijaksanaan dan kecerdasan kerja berpasukan dalam menjayakan segala kegiatan yang dijadualkan.
Secara pandang seluruh, perancangan sesuatu kegiatan kokurikulum perlu mengenal pasti dan menetapkan item-item berikut:
1 Tajuk / nama projek / program
2 Konsep umum projek / program
3 Objektif projek / program
4 Tentatif tarikh, masa dan tempat
5 Bidang projek / program
6 Penyertaan (dalaman organisasi, dan / atau jemputan)
7 Anggaran perbelanjaan
8 Sumber kewangan
9 Ahli jawatankuasa pengurusan
10 Atur cara lengkap
Tuesday, September 4, 2012
SINGGAH SEBENTAR DI FELDA SUNGAI NEREK (SHORT VISIT TO A SPECIAL PLACE)
Pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa seseorang musafir (berjalan melebihi dua marhalah, atau anggaran 91 kilometer) pada hari Jumaat wajib menunaikan solat Jumaat di masjid jika dia mula bergerak selepas solat Subuh. Namun, si musafir boleh menghimpunkan solat Jumaat dengan solat Asar (jamak taqdim dan qasar) asalkan memenuhi syarat tertentu.
Penulis blog (PB) bergerak dari Dungun pada pertengahan pagi. Kira-kira pukul 1.00 tengah hari, PB mula memerhatikan susur keluar Lebuh Raya pantai Timur ke kawasan petempatan yang mempunyai masjid. Akhirnya, PB mengambil keputusan untuk menuju Felda Sungai Nerek atas saranan penjaga tol.
Keadaan jalan begitu tenang, serta tiada kesesakan yang berlaku. Tempet meletak kenderaan juga byukan menjadi masalah. Lebih banyak basikal dan motosikal yang kelihatan.
Khatib yang berdiri di mimbar pula walaupun berusia agak lanjut, tetapi masih memiliki aura untuk menyampaikan khutbah tentang muhasabah Ramadan dan natijahnya terhadap kegiatan semasa bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya sementara menunggu Ramadan selanjutnya.
Keadaan masjid begitu bersih dan terjaga. Cuma, paip tempat mengambil wuduk agak rendah hingga jemaah harus membongkok jika hendak membasuh tangan hingga ke lengan. Jemaah tempat sudah biasa, hanya pengunjung luar berasa sedikit kekok.
Paparan kutipan derma mingguan Jumaat juga begitu jelas. Prinsip ketelusan dalam pengurusan kewangan walaupun dengan amaun yang kecil memang menjadi tuntutan syariat. Syabas kepada jawatankuasa masjid yang begitu prihatin.
Khatib yang berdiri di mimbar pula walaupun berusia agak lanjut, tetapi masih memiliki aura untuk menyampaikan khutbah tentang muhasabah Ramadan dan natijahnya terhadap kegiatan semasa bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya sementara menunggu Ramadan selanjutnya.
Keadaan masjid begitu bersih dan terjaga. Cuma, paip tempat mengambil wuduk agak rendah hingga jemaah harus membongkok jika hendak membasuh tangan hingga ke lengan. Jemaah tempat sudah biasa, hanya pengunjung luar berasa sedikit kekok.
Paparan kutipan derma mingguan Jumaat juga begitu jelas. Prinsip ketelusan dalam pengurusan kewangan walaupun dengan amaun yang kecil memang menjadi tuntutan syariat. Syabas kepada jawatankuasa masjid yang begitu prihatin.
Turut menarik perhatian ialah papan tanda besar di luar kawasan masjid tentang hukum menipu dalam urus niaga kelapa sawit. Hanya tandan dengan buah kelapa sawit yang sudah matang layak untuk dijual. Jika terdapat percubaan mencampur tandan muda sekali gus, hukumnya haram.
Walaupun demikian, terdapat kategori hukum yang tetap dan yang boleh berubah: taklifi dan wad'i. Andai kata bahawa dapatan penyelidikan saintifik membuktikan bahawa kelapa sawit muda boleh diproses menjadi keluaran yang bernilai tinggi dari segi kegunaan dan harga, maka urus niaga tandan muda sudah tiada masalah lagi. Perkara penting yang mesti diperhatikan ialah urus niaga berkenaan mesti jelas dan bebas daripada sebarang unsur keraguan, gharar.
Secara perbandingan, buah pelam boleh dijual masak atau muda, bergantung kepada permintaan pengguna secara khusus. Ada orang yang suka sambal pelam muda, kerabu pelam muda atau sekadar untuk cecah dengan kuah rojak. Namun, prinsip asas urus niaga iaitu tiada unsur syubhah, gharar dan penipuan wajib dipatuhi sepenuhnya...
Monday, September 3, 2012
NOVEL "WIRA PERSONA AVATARI" KOMSAS TINGKATAN 2 (THE TRUTH PREVAIL)
Pengenalan
setia kawan / jujur
penyayang (Aina dan Anas sangat menyayangi bapa mereka, Prof. Fitri)
Contoh tugasan
Bahagian cerita novel sebenar setebal 191 muka surat, glosari (15 muka surat) dan biodata pengarang (4 muka surat). Novel Wira Persona Avatari (WPA) ini memerlukan begitu banyak halaman glosari kerana begitu banyak istilah komputer dan internet digunakan. Novel juga ditulis oleh seorang profesor kejuruteraan elektronik komputer, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Biodata Pengarang
Profesor Dr. Ahmad Zaki bin Abu Bakar, 56, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ialah lulusan Diploma Kejuruteraan, UTM (1974), B.Sc (Essex, UK), M.Eng (Calif., USA) 1984, dan Ph.D (UTM) 1989. Selain pengalaman luas dalam bidang akademik, kepakaran teknikal, penyelidikan dan kepimpinan universiti, beliau turut aktif dalam dunia penulisan kreatif dan bahasa. Prof. Zaki pernah mengendalikan ruangan komputer surat khabar Utusan Malaysia antara tahun 1987 - 1991 dengan nama pena Tuk Pepijat. Beliau juga diiktiraf sebagai penulis novel siberberbahasa Melayu yang pertama, dan WPA ialah buah tangan beliau yang kedua, serta menang anugerah novel remaja. Puisi Cyberfriendship nukilan prof Zaki (2001) tersenarai sebagai antara 33 puisi siber terbaik dunia.
Tema novel:
Sinopsis
Novel Wira Persona Avatari ialah kisah sekumpulan remaja yang memasuki pertandingan avatar peringkat dunia kali ke-10. Kisah bermula dengan Aina yang terlantar koma di hospital setelah terkena tembakan Ah Kong yang menceroboh ruang komputer pertandingan ketika waktu rehat. Setelah itu novel berputar kembali kepada peristiwa sebelumnya, iaitu secara imbas kembali. Di sekolah, Aina teruja dengan berita pertandingan avatar yang dibawa oleh Zuraini. Dia kemudian mengajak abangnya, Anas menyertai pertandingan. Kumpulan mereka, Zamrud II turut disertai Pauline dan Adeen. Apabila Kumar menarik diri, Anas memilih Anjali, berdasarkan kehebatannya dalam permainan perang robot. Sebagai persediaan, mereka turut berlatih kekuatan fizikal dengan Cikgu Nisah. Kemenangan mereka dalam pusingan pertama hampir dirampas oleh pasukan Aura Suci yang menggunakan taktik kotor. Dalam pusiingan kedua cip penting kawalan komputer telah hilang tiba-tiba.
Novel Wira Persona Avatari ialah kisah sekumpulan remaja yang memasuki pertandingan avatar peringkat dunia kali ke-10. Kisah bermula dengan Aina yang terlantar koma di hospital setelah terkena tembakan Ah Kong yang menceroboh ruang komputer pertandingan ketika waktu rehat. Setelah itu novel berputar kembali kepada peristiwa sebelumnya, iaitu secara imbas kembali. Di sekolah, Aina teruja dengan berita pertandingan avatar yang dibawa oleh Zuraini. Dia kemudian mengajak abangnya, Anas menyertai pertandingan. Kumpulan mereka, Zamrud II turut disertai Pauline dan Adeen. Apabila Kumar menarik diri, Anas memilih Anjali, berdasarkan kehebatannya dalam permainan perang robot. Sebagai persediaan, mereka turut berlatih kekuatan fizikal dengan Cikgu Nisah. Kemenangan mereka dalam pusingan pertama hampir dirampas oleh pasukan Aura Suci yang menggunakan taktik kotor. Dalam pusiingan kedua cip penting kawalan komputer telah hilang tiba-tiba.
Watak utama: Aina, 12 tahun: anak Prof. Fitri, adik Anas / anggota kumpulan Zamrud II
Watak pembantu: Anas, 17 tahun = abang Aina
: Adeen, 18 tahun = anak Prof. Zabri / pelajar kolej Cyberjaya
: Zuriani, 12 tahun = rakan sekelas Aina / kacukan Melayu - Jerman
: Pauline, 17 tahun = anak Ho Shao Long dan Angie
: Anjali = adik Muthu / dihantar khas untuk merosakkan rancangan kumpulan Zamrud II
Watak sampingan: Ho Shao Long: pakar penggodam / rakan Prof Fitri / pemilik Game Star
: Angie
: Mak cik Nora
: Mak cik Vicky
: Pak cik Tan Beng Kiang = pekerja kedai permainan video Game Star
: Cikgu Nisah Haji Nawawi: guru silat / bekas komando
Watak penentang: Ah Kong, 30-an - penjenayah yang menembak Aina
: Samy, 30-an - bekas banduan
: Kumar - anak jutawan Kupusamy
Perwatakan:
setia kawan / jujur
penyayang (Aina dan Anas sangat menyayangi bapa mereka, Prof. Fitri)
...
Latar masyarakat
masyarakat yang setia kawan / masyarakat yang jujur
masyarakat yang penyayang
...
Nilai murni
kesetiakawanan / kejujuran
kasih sayang
...
Persoalan
kesetiakawanan / kejujuran dalam persahabatan
kasih sayang sesama keluarga
...
Pengajaran
kita hendaklah setia kawan jujur dalam persahabatan
kita hendaklah menyayangi sesama keluarga
...
kbkk
...
...
...
Latar tempat
...
...
...
Latar masa
...
...
...
Contoh tugasan
...
...
...
Sunday, September 2, 2012
RUTIN HARIAN DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (THE SAME THING OVER AND OVER AGAIN)
Bergelar murid sekolah berasrama penuh (SBP) menjadi idaman sebahagian lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ibu bapa mereka. Walaupun dari segi dasar, keutamaan diberi kepada calon yang datang daripada latar belakang murid kurang beruntung, peruntukan tempat tetap diberi kepada murid cemerlang, tanpa mengambil kira status sosioekonomi keluarga. Maka, sebahagian ibu bapa bandar dan berada, terutama bekas budak SBP yang sudah berjaya, mahu anak masing-masing merebut tempat yang terhad di SBP terpilih.
Selain, lulusan UPSR, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut membuat pengambilan kira-kira 2,000 orang lulusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk kemasukan ke tingkatan empat. Kini, terdapat kategori SBP premier, sekolah menengah sains, SBPI (integrasi) dan SBP agama. Terdapat juga pengambilan di sekolah bukan kementerian pelajaran, iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah asrama penuh agama negeri (termasuk Imtiaz) dan SBP swasta (seperti Kolej Yayasan Saad).
Permintaan yang tinggi terhadap pengajian bersepadu aliran konvensional dengan pengajian Islam mendorong penubuhan rangkaian sekolah menengah kebangsaan agama, SMKA di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM. Lepasan SMKA memiliki kelebihan tersendiri, iaitu pendedahan pembelajaran bahasa Arab dan beberapa mata pelajaran pengajian Islam. Mereka berpeluang memilih sama ada jurusan konvensional (aliran akademik biasa) ataupun jurusan pengajian Islam di peringkat pengajian tinggi.
Seperti biasa, manusia kelihatan bersungguh-sungguh sebelum mendapat sesuatu, tetapi seperti terleka sesudah memperoleh perkara yang dihajatkan. Sebelum mendapat kerja, tinggi gunung seribu janji; sudah dapat kerja mula tunjuk belang mengelat sana mengelat sini. Demikian juga sebahagian murid SBP yang mula sedikit terpesong dan hanyut daripada hala tuju kecemerlangan yang diharapkan.
Hakikatnya banyak perkara dalam kehidupan manusia ialah perbuatan bersifat ulangan atau rutin harian. Waktu siang diperuntukkan untuk aktiviti yang lebih cergas berbanding dengan sebahagian waktu malam untuk istirahat. Bangun pagi terus membersih diri dan bersiap sedia untuk solat, sebelum meneruskan kegiatan harian seperti bekerja atau belajar.
Di SBP, rutin pergerakan dan kegiatan murid bermula di asrama penginapan, dewan makan, surau, bilik darjah, padang dan mungkin juga di luar kawasan sekolah. Selain rutin harian, budak SBP harus membiasakan diri dengan kegiatan tetap mingguan seperti pemeriksaan kemasan katil dan almari di kamar penginapan, serta urusan "geledah" item yang terlarang. Namun, ada juga waktu yang ditunggu seperti kebenaran keluar ke bandar saban minggu, atau balik bermalam sebulan sekali.
Buli ialah kesalahan berat yang boleh mengakibatkan si pelaku disingkirkan daripada SBP. Amaran keras disampaikan dari masa ke masa. Sama ada kegiatan buli dapat dibanteras sepenuhnya atau tidak, sukar untuk dipastikan seratus peratus.
Berpacaran juga sangat dilarang. Namun, banyak juga pasangan bekas pelajar SBP berjaya membina keluarga yang bahagia. Bilakah agaknya mereka mengikat janji?
Tiada telefon bimbit dibenarkan, termasuk dalam kamar asrama. Komunikasi hanya boleh dilakukan menerusi kemudahan telefon awam. Barangkali budak SBP akan tersengih dengan peraturan ini.
Budak SBP hendaklah sentiasa berpegang kepada tujuan asal mereka berdaftar sebagai murid di sekolah idaman murid cemerlang dan ibu bapa yang sanggup berbelanja besar sebagai persediaan anak mereka bersaing merebut tempat di SBP. Kadang-kadang si anak tidaklah begitu bersungguh-sungguh hendak ke SBP, tetapi ibu bapa yang nampak kesempatan yang terhidang. Hasrat ibu bapa tetap wajib dihargai...
Saturday, September 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)




