SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, November 20, 2015

Wednesday, November 18, 2015

Tuesday, November 17, 2015

Saturday, November 14, 2015

KARTUNIS TEMPATAN HILANG MATA PENCARIAN (SLOWER BUSINESS DUE TO GST?)

Seorang peniaga akhbar di Medan Kidd, Ipoh memaklumkan perihal satu demi satu majalah terbitan tempatan, terutama komik telah gulung tikar. Sambutan dalam kalangan pembeli generasi muda yang hambar, serta harga jualan yang tidak mampu menampung kos percetakan menyebabkan keluaran dihentikan. Ertinya, para kartunis dan penulis pojok terpaksa beralih mata pencarian mengikut arus zaman media atas talian masa sebenar.

Majalah Apo dan Ujang ditamatkan dengan rasminya baru-baru ini (klik di sini).

...Punca penutupan (klik di sini)

...

...

...

...

...

Friday, November 13, 2015

BOLA SEPAK PIALA ASIA: MALAYSIA KENA 6-0 LAGI (NO MERCY OF PALESTINE)

Meskipun beraksi di gelanggang berkecuali di Amman, Jordan, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak mampu mengurangkan jurang jaringan gol yang dialami di laman sendiri sebelumnya. Gawang Malaysia bocor setengah dozen lagi. Ada netizen menyamakan kekalahan itu dengan permainan tenis secara dua set terus: 0-6, 0-6!

Nampak gayanya kekalahan parah 0-10 di tangan UAE dahulu bukan semata-mata salah percaturan Dolah Saleh, ketua jurulatih Harimau Malaya ketika itu. Kalau dalam bidang penyelidikan ilmiah, kemungkinan wujudnya lebih banyak faktor di luar kawalan (extrenous variables). Maka, analisis pakar yang mengerti tentang kaedah faktoral dan regresi berbilang barangkali membantu.

Di negara-negara maju, sukan bukan sekadar suatu seni, bahkan suatu sains juga. Akademi bola sepak mereka mendapat input kepakaran pelbagai bidang, termasuk pemakanan, psikologi sukan, kepimpinan, organisasi dan perubatan. Walaupun cabaran benua Afrika dan Asia Barat semakin sengit, kedudukan kuasa bola sepak seperti Jerman dan Sepanyol masih bertahan.

Pasukan pelapis bawah 13 tahun negara baru-baru ini mencatat pencapaian memberangsangkan dalam siri jelajah Eropah. Mereka mampu membenam skuad akademi kelab terkemuka England satu demi satu dengan jumlah jaringan gol yang meyakinkan sehingga 7-0. Kelihatannya seperti sudah ternampak cahaya di hujung terowong.

Namun, kemenangan jangka pendek sedemikian bukanlah suatu jaminan yang utuh. Penyakit atlet badminton yang hanya menyerlah di peringkat remaja dunia patut diambil iktibar. Tambahan pula, bidang sukan tidak menjanjikan keselamatan kewangan sepanjang hayat, malah pembiayaan latihan pun hanya bermusim

Benarkah atlet negara kita belum mempunyai cara untuk mengekalkan angin, kecergasan atau stamina apabila berhadapan dengan lawan di tahap tinggi? Hal itu memerlukan kajian, bukan setakat dakwaan kosong. Sudah tiba masanya segala kepakaran tempatan dikenal pasti dan digembleng bagi menangani isu berkenaan.

Palestin memang sebuah negara bergolak, tetapi pemain bola sepak mereka bermain dalam liga terkemuka di rantau timur tengah. Kelebihan fizikal pemain yang gagah dan tegap menjadi bonus kepada sukan berbentuk agresif seperti bola sepak. Palestin masih belum begitu dikenali sebagai kuasa bola sepak yang disegani, tetapi Malaysia pula kian terhumban di dasar tercorot kedudukan dunia.

Memandangkan Harimau Malaya hanya mengaum di rantau Asia Tenggara, impian untuk melangkah dalam kejohanan lebih berprestij di peringkat antara benua ibarat fatamorgana. Negara kuasa bola sepak belakangan ini memiliki lebihan besar pemain berbakat, lalu di'eksport' sebagai pemain naturalisasi di negara jiran kita. Jika kita terus dengan cara yang sama, milieu kepimpinan sukan yang sama dan perancangan secara cuba jaya, hanya nasib baik berlaku sekali-sekala ...

Wednesday, November 11, 2015

BAHASA MELAYU BAHASA KECIL? (ONCE UPON A TIME AS A LINGUA FRANCA)

Bahasa Sanskrit menjadi contoh klasik betapa sesuatu bahasa agung boleh lenyap akibat peredaran masa dan kemunculan peradaban baharu. Sarjana bahasa seperti Dr. Anwar Ridzwan menyebut bahawa setiap tahun ratusan bahasa kecil mengalami proses kepupusan. Malah, Pendita Zaaba bagaikan dapat meramalkan kemerosotan kedudukan bahasa Melayu apabila tulisan Jawi semakin lemah.

Latar belakang sejarah penjajahan yang panjang oleh imperialis British mengakibatkan bahasa Inggeris mendapat tempat istimewa sebagai bahasa kedua selepas bahasa kebangsaan. Pengaruh Amerika Syarikat dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi, teknologi dan media menyambung nyawa bahasa Inggeris di sini. Tambahan pula, masyarakat di negara yang pernah dijajah akan berasa kagum terhadap bekas penjajah mereka.

Kebanyakan pegawai tinggi awam dan pemilik organisasi korporat kebanyakannya pernah mendapat pendidikan dalam aliran Inggeris semasa bersekolah menengah. Malah, golongan berpendidikan Inggeris lebih mudah diterima dalam dunia glamor hingga ke peringkat antarabangsa. Status wajib lulus Muet minimum band 3 menggambarkan betapa bahasa Inggeris begitu gah di negara kita.

Sebahagian besar disiplin pengajian perniagaan dan teknikal di politeknik dan UiTM dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Proses pengantarabangsaan pengajian tinggi diikuti dengan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih dominan di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjadi penanda aras penggunaan bahasa Melayu wacana ilmiah juga tidak terkecuali.

Suara pejuang bahasa Melayu semakin kurang bermaya. Malah, Dr. Rahman Shaari. mantan profesor pengajian media di Universiti Malaya yang dikenali sebagai 'hafiz' sastera Melayu pula yang beralih arah menyokong bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Beliau yang memperoleh Ph.D dari Amerika Syarikat mumgkin terpesona dengan perkembangan bahasa Inggeris walaupun beliau sendiri memiliki ijazah sarja muda dan sarjana dari UKM.

...

...

...