Saturday, July 9, 2016
Friday, July 8, 2016
WANiTA PURDAH KINI LEBIH BERJAYA (THE RIGHT TO CHOOSE DRESS)
Baru sebentar penulis blog melewati tol Gombak lorong touch n go yang menggunakan sistem imbasan mudah alih. Petugas wanita yang dipanggil jurutol itu bertutup litup, kecuali menampakkan bahagian mata. Dia terlebih dahulu membeli salam dan kemudian mengucapkan selamat hari raya.
Di sepanjang lebuh raya pantai timur (LPT) pula terpampang papan iklan keluaran mesra wuduk yang dimiliki oleh Nurrasya, juga wanita berpurdah. Menerusi maklumat facebook, Nurrasya dikhabarkan memperoleh pendapatan kira-kira RM2 juta setiap bulan. Orangnya masih muda, belum pun mencecah 30-an (betulkan jika tersilap, gunakan ruangan comment di bawah artikel ini).
...
...
...
...
...
...
Thursday, July 7, 2016
PERKHIDMATAN TEKSI DI AMBANG KEJATUHAN? (THE IMPLICATION OF SAVING PARADOX)
Tambang teksi dari KL Sentral menuju Taman OUG, Jalan Kelang Lama yang menggunakan sistem kupon mengenakan caj RM20. Jika pengguna bergerak keluar dan menahan teksi bermeter, caj bagi jarak yang sama (8 km) ialah kira-kira RM13. Bagi pengguna yang sesekali turun ke ibu kota, mereka mungkin tidak berapa kisah.
Namun, bagi warga Kuala Lumpur mereka lebih rela menunggu bas kerana tambang yang dikenakan sama dengan membuka pintu teksi bermeter, iaitu RM3. Jika ada laluan sistem kereta api transit aliran tingan (LRT) atau monorel (MRT), teksi menjadi pilihan terakhir. Maka, tidak hairanlah bahawa pemandu teksi yang ditemui mengeluh kekurangan pelanggan tempatan.
Pemandu teksi terpaksa mewar-warkan perkhidmatan mereka menerusi perkhidmatan radio persatuan, iaitu panggilan telefon atau iklan dalam pelbagai media baharu. Mereka juga menjalin rapport yang baik dengan agensi pelancongan untuk tempahan perjalanan secara ground handling.
...
...
...
...
...
Wednesday, July 6, 2016
Tuesday, July 5, 2016
MASYARAKAT PEMURAH LAMBANG KESYUKURAN (BEGGAR AND FORMAL DONORSHIP TEQUEST)
Pada hari terakhir puasa tahun 1437 hijriyyah di sebuah bazar ramadan, kelihatan seorang mak cik duduk di celah-celah kesesakan laluan orang ramai membeli juadah berbuka. Dia menadah bekas plastik kecil bagi mengemis simpati orang ramai. Duit syiling memang tidak sesuai ketana boleh celus di bahagian bawah bekas itu.
Pemerhatian selama satu minit sahaja menunjukkan mak cik berkenaan mampu memprroleh RM3.00. Andai kata menerusi hitungan konservatif, satu jam dia beroleh RM120, jika tiga jam tidakkah dalam lingkunfan RM300? Kajian penuh bolehlah ditadbirkan secara tertib bagi mengumpulkan data yang tepat.
...
...
...
...
...
...
Pemerhatian selama satu minit sahaja menunjukkan mak cik berkenaan mampu memprroleh RM3.00. Andai kata menerusi hitungan konservatif, satu jam dia beroleh RM120, jika tiga jam tidakkah dalam lingkunfan RM300? Kajian penuh bolehlah ditadbirkan secara tertib bagi mengumpulkan data yang tepat.
...
...
...
...
...
...
Monday, July 4, 2016
LETUPAN DI MADINAH: KESELAMATAN JEMAAH MESTI DIUTAMAKAN (NARROWING DOWN ROOT OF THE PROBLEM)
Masih terlalu awal untuk menyatakan secara pasti tentang punca kejadian letupan di luar Masjid Nabawi di kota Madinah pada waktu
Maghrib tadi di sana. Pakar keselamatan, termasuk unit forensik bakal mencari bukti bagi tujuan itu. Dua jiwa dilaporkan terkorban dalam peristiwa berkenaan.
Maghrib tadi di sana. Pakar keselamatan, termasuk unit forensik bakal mencari bukti bagi tujuan itu. Dua jiwa dilaporkan terkorban dalam peristiwa berkenaan.
Memandangkan musim haji akan bermula dalam tempoh dua bulan, segala sudut keselamatan para jemaah wajib diberi tumpuan yang tuntas. Kesan psikologi beberapa peristiwa seperti rempuhan jemaah, runtuhan kren, nahas pengangkutan dan ancaman kumpulan taasub mesti ditangani segera. Pengalaman mengendalikan lebih dua juta orang jemaah haji berdaftar dari seluruh pelosok dunia saban tahun perlu digembleng bersama pasukan pemikir khusus tentang keselamatan tetamu Allah di Madinah dan Makkah.
Projek pembesaran kawasan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram masih berjalan. Hotel kos rendah, lot perniagaan dan beberapa mercu tanda bersejarah seperti Masjid Abu Hurairah (masjid kucing) kini sudah tiada lagi. Demikian juga peluasan laluan tawaf dan saie yang dilaksanakan demi keselesaan jemaah. Laluan jamrah (tempat melontar) di Mina juga dijadikan lima tigkat bagi mengelakkan rempuhan dua hala.
Kecekapan pasukan keselamatan dan perisikan Arab Saudi terus diperkasakan. Kerjasama Pertubuhan Negara Islam (OIC) patut dijanakan ke tahap optimum. Sumber kepakaran keselamatan umat Islam boleh dikerah sepenuhnya.
...
...
...
...
...
Sunday, July 3, 2016
Saturday, July 2, 2016
Friday, July 1, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)


