SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, November 13, 2022

ANALISIS KERTAS SOALAN STPM MIKROEKONOMI, 2013 - 2022 (PAST YEARS FOR MICROECONOMICS, MODULAR STPM)

 

Analisis Soalan STPM 2013 – 2022

Tahun

Soalan 21

22

23

24

25

26

27

28

29

2022

jn barang

Ed, Es

Ec, penentu

  input

PPS

Buruh

Pers D, S

Kos

MPP MRP

2021

KKP

DD

P max

Keluk kos

monopoli

buruh

KKP

Pers D, S

monopoli

2020

Msl Asas

D, S, E

Es > 1

EBL

PM  Ꙥn

Keluk Df

Pers D, S

Kos

monopoli

2019

sumber

D, S, E

Edy

MP TP AP

PPS

upah

Pers D, S

Ꙥ eko, k e

pers upah

2018

KKP

∆ SS, Qs

Es

Ꙥ eko

PS  mono

ARP, SL

KKP

Kos, Ꙥ

Sewa kuasi

2017

 kos lepas

- ∆DD

DD SS

EBD EBL

PPS

PM

Edp, TR

Pers Kos

PM

2016

Cukai D S

P max

EBL

monopoli

Ꙥmonopoli

SE, PP

Edp, Ec

PPS

MCL APL

2015

m asas, b

> D, S

Edp

TP AP MP

PPS

PM

KKP

Pers D, S

Pers Kos

2014

usahawan

DD, Qd

> p’guna

Ꙥ eko

PS PTS

upah

KKP

Ed Es TR

upah

2013

KKP

Edy

EBD

PM, PS

PM rugi

keluk DL

Pers D, S

kos

MRP

©  Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon UKM, DipEd UIAM, M.Ed Distinction U Malaya

 

Tuesday, August 31, 2021

KEBERKESANAN PDPR EKONOMI (OPTIMIZING CREATIVITY IN DISTANCE LEARNING)

Sejak pandemik novel corona virus (covid 19) merebak ke seluruh dunia, gaya hidup terus mengalami perubahan yang agak mendadak. Pergerakan yang terhad mengakibatkan kegiatan ekonomi secara konvensional yang tertentu lumpuh, misalnya sektor perjalanan dan pelancongan, serta acara keramaian. Institusi pendidikan sekolah dan pengajian tinggi secara bersemuka juga terjejas.

Mujur kemajuan teknologi jalur lebar dan peralatan gajet yang relatif lebih murah menyediakan jalan keluar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah bersemuka diganti dengan pelantar atas talian atau maya. Ekonomi bidangan telah memungkinkan kos pengeluaran dan pembiayaan teknologi ini dapat dinikmati pada harga yang berpatutan.

Aplikasi seperti google classroom telah lama didedahkan kepada guru dan murid bagi tujuan penyampaian dan pengurusan pembelajaran yang lebih berkesan. Bahan isi pelajaran dan tugasan lanjutan tidak terhad semasa di dalam bilik darjah. Hasil kerja murid dan pelaporan berkaitan akan bersifat lebih autentik dan jelas.

Penambahbaikan aplikasi tanpa bayaran seperti google meet, life size dan zoom telah memberi pilihan yang mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr) sementara menanti sekolah atau universiti kembali dibuka. Meskipun agak sukar untuk memastikan tumpuan murid semasa sesi pembelajaran maya, guru dan pensyarah memiliki kepakaran bagi mengukur maklum balas mereka. Kesesakan talian internet, masalah data syarikat telekomunikasi dan pemilikan gajet barangkali mengehadkan penyertaan murid secara tuntas.

Andai komunikasi dua hala sukar berlaku, aplikasi whatsapp dan telegram masih boleh digunakan. Guru dan pensyarah boleh terus menghubungi pelajar menerusi panggilan telefon jika melanggan pakej internet tanpa had. Panggilan video secara berkumpulan boleh menyelesaikan isu aksesibiliti terhadap pelantar pdpr yang lain.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Thursday, December 31, 2020

SAYONARA 2020, SELAMAT DATANG 2021

 

Angka yang cantik. Dikaitkan dengan wawasan banyak negara di seluruh dunia. Namun, dua bulan sebelum itu, iaitu November 2019 muncul novel corona virus. 

Sekelip mata, keadaan berubah. 2020 diselubungi pandemik. S O P, normal baharu dan penjarakan menjadi sebutan. 

Sekarang 11.58. menghitung detik berlalu 2020. Muncul 2021

Sudah pukul 12.00. Kedengaran letupan mercun. Ahlan wa sahlan 2021.

Perjalanan masa ialah kehidupan. Bersyukur ke Hadrat Ilahi atas kesempatan ini. Bukan semua yang sempat melaluinya.

Mari kita memperbaharui azam atau tekad. Tahun 2021 insya-Allah bakal lebih baik. amin ...




 



Saturday, November 28, 2020

CONTOH PEMBACAAN BUKU SPLKPM 2020 (TO FULFILL PROFESSIONAL DEVELOPMENT REQUIREMENT)

Sinopsis buku: The Art of Thinking Clearly (terjemahan Nicky Griffin)

Judul asal:  Kunst des klaren Denkens

Bilangan muka surat:  358

Penerbit: HarperCollins Publishers, New York

Penulis: Rolf Dobelli

 


Ramai yang terperangkap dengan kecelaruan kognitif dan khilaf. Segalanya berpunca daripadacara berfikir yang dipengaruhi falasi. Kurang cermat dalam taakulan menjurus terhadap amalan dan keputusan yang merugikan. Perbincangan dibahagikan kepada 99 bab yang banyak menggunakan metafora yang mudah tetapi sarat intelektualisme. Bagi penulis, berfikir ialah fenomena biologi. Kebanyakan manusia tidak menggunakan potensi otak untuk mencari kebenaran, sebaliknya lebih kepada mempengaruhi. Seterusnya, mereka memiliki akses terhadap kuasa dan sumber. Penulis memilih intuisi berbanding dengan proses berfikir yang melesukan. Proses itu disebut sebagai pusingan kompetensi. Analogi ahli muzik membiarkan intuisi lebih berkuasa memungkinkan jari-jemari mereka seolah-olah memainkan instrumen secara automatik. Penulis mencabar pembaca untuk berani mengatakan tidak terhadap amalan yang merugikan. Beliau menyarankan agar kesilapan-kesilapan mudah dalam cara berfikir seharian dikenal pasti dan seterusnya dijauhi. Penulis mengkonsepsikan setiap maksim yang berlegar dalam pemikiran popular sebagai kecenderungan berat sebelah, dusta dan ilusi. Dengan mengenal pasti punca kesilapan berfikir, seseorang itu berupaya menikmati pilihan terbaik, lebih gembira dan mengetepikan unsur tidak rasional dalam kehidupan peribadi dan organisasi.


Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Anjakan paradigma dan transformasi cara berfikir yang dibimbing oleh kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial. Kita hendaklah sentiasa melakukan penambahbaikan cara berfikir supaya mencapai tahap kesejahteraan diri yang optimum.


Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Lebih fleksibel dalam komunikasi dengan rakan sejawatan dan superior. Di samping itu, menghormati gaya berfikir subordinat, iaitu murid. Sentiasa bersedia dengan penambahbaikan dalam proses melaksanakan keputusan dengan mengambil kira persekitaran dan sumber yang sedia ada. Juga meneroka kemungkinan baharu bagi meningkatkan hasil dan mutu kerja.