Saturday, October 15, 2011
MASALAH EKONOMI DAN MASALAH ASAS EKONOMI DI MALAYSIA (THE BASIC THEORY ON ECONOMICS STUDY)
Pengenalan
Perlu ditegaskan bahawa tugasan ekonomi peringkat prauniversiti (STPM) sentiasa merujuk konsep, prinsip dan teori. Tiada alasan bagi pelajar untuk mengarang atau menulis perkara yang umum hingga bersifat seperti karangan biasa, tulisan popular atau pendapat peribadi. Dalam merangka jawapan, pelajar mesti mengenal pasti bab atau tajuk yang berkaitan dengan tugasan soalan.
Sebagai contoh, soalan mikroekonomi berbunyi: Terangkan masalah ekonomi di negara anda. Masalah ekonomi dipelajari dalam bab pengenalan. Masalah ekonomi sangat berbeza dengan masalah asas ekonomi, dan tentu juga berbeza dengan masalah makroekonomi.
Masalah Ekonomi di Malaysia
Perkataan di negara anda atau Malaysia dalam ayat tugasan soalan bukan satu lesen untuk pelajar menulis esei dengan penuh emosi atau bersifat umum. Hakikatnya dalam kajian ekonomi, semua negara menghadapi masalah ekonomi yang sama, iaitu kekurangan, pilihan dan kos lepas. Maka, ketiga-tiga konsep berkenaan harus diperinci secara teori semata-mata.
bersambung...
Thursday, October 13, 2011
NAIK TARAF KEMUDAHAN DI SEKOLAH (TEACHERS WELFARE FOR THE BENEFIT OF THE STUDENTS)
Selain emolumen, persekitaran kerja yang selesa merupakan faedah sampingan atau nilai tambah yang boleh menjana kemajuan sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah, urusan paling utama ialah proses pembelajaran. Segala sumber yang diperuntukkan di sekolah menjurus kepada pelaksanaan pembelajaran.
Pelajar ialah punca kewujudan sesebuah sekolah. Tanpa pelajar, sekolah hanyalah sejumlah bangunan dan kawasan yang tidak membawa sebarang makna. Malah, penentuan peruntukan kewangan dan pembiayaan projek fizikal di sekolah tertakluk kepada saiz enrolmen pelajar.
Ironinya, terdapat sekolah yang serba lengkap dari segi kemudahan fizikal, tetapi masuk dalam kategori sekolah kurang murid (SKM). Sebaliknya, ada pula sekolah yang kelihatan daif dan usang, tetapi menjadi rebutan ibu bapa untuk mendaftar anak masing-masing. Dalam kajian keberkesanan sekolah, didapati bahawa pencapaian sesebuah sekolah lebih banyak dipengaruhi oleh faktor kepimpinan berbanding dengan pemboleh ubah yang lain.
Namun, selama manakah sesebuah sekolah boleh bertahan dengan keadaan serba kekurangan untuk terus bertahan sebagai sekolah berkesan? Benarkan hasrat untuk muncul sebagai model pendidikan bertaraf dunia perlu mengambil kira kemudahan fizikal sekolah yang lengkap? Bagaimanakah dikotomi yang berlaku di SKM boleh menjadi generalisasi kepada dasar pembangunan fizikal sekolah?
Dari segi ruang dan saiz tanah yang dimiliki oleh sekolah-sekolah di negara kita memang luas. Terdapat kawasan padang permainan dan tempat letak kenderaan yang mencukupi. Selain itu, kebanyakan sekolah sudah dilengkapi dengan kemudahan dewan serba guna dan surau.
Paradoks yang masih menjadi bualan ialah tentang kemudahan bilik guru yang disifatkan sebagai masih ketinggalan jika dibandingkan dengan kelayakan sebagai sebuah pejabat kumpulan pakar dan ikhtisas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pembantu tadbir yang ditempatkan di pejabat pentadbiran menikmati kemudahan yang jauh lebih baik. Sebagai contoh, setiap orang pembantu tadbir dibekalkan kerusi meja eksekutif, komputer dan mesin pencetak berasingan.
Guru pula harus berkongsi beberapa unit komputer dan mesin cetak, di samping menggunakan wang poket sendiri untuk alat tulis. Tidak timbul soal iri atau tidak puas hati. Sebaliknya, sudah tiba masanya penanda aras tentang kemudahan bilik guru digubal sebagai garis panduan yang cocok.
Keselesaan bilik darjah sebagai ruang aktiviti pembelajaran juga perlu pembaharuan. Konsep somatik dari segi pergerakan fizikal yang lebih fleksibel harus mendapat perhatian. Moga-moga pendidikan generasi muda kita akan sentiasa menuju penambahbaikan yang berterusan...

DISIPLIN PELAJAR PUNCA KEJAYAAN (VICTORY MINDED AMONG YOUNGER GENERATION)
Secara konservatif, disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib (Kamus Dewan edisi IV, 2005:356). Kejayaan pula bermaksud perihal berjaya, kemenangan atau hasil (Ibid:616). Maka, apakah sebenarnya bentuk kawalan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar supaya kelak mencapai kemenangan atau hasil yang diharapkan?
Terdapat peribahasa berbunyi bahawa "jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagu". Maksudnya, tidak akan tercapai cita-cita dengan tidak berusaha kuat (Ibid:1359). Ruyung ialah kulit atau kayu yang keras daripada batang rumbia, enau dan lain-lain.
Pecah ruyung ialah lambang usaha kuat. Sagu ialah hasil dan kemenangan yang diperoleh. Keras pula ialah lambang bagi cabaran yang bakal ditempuh.
Usaha kuat ialah asas disiplin bagi pelajar. Usaha kuat ialah bentuk kawalan kendiri yang paling ampuh supaya pelajar sentiasa memiliki keinginan untuk berjaya walaupun cabaran yang dihadapi bukan kepalang. Jalan pintas untuk berjaya mungkin banyak, tetapi lebih bersifat jangka masa pendek.
Alat kerja kuat bagi pelajar ialah belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun. Cara-cara belajar boleh dibuat secara bersendirian, berguru dan berbincang dengan rakan sebaya. Setiap manusia yang lahir ke dunia mengalami proses pembelajaran menerusi rangsangan persekitaran dan orang lain.
Belajar bersendirian boleh dilakukan menerusi pembacaan buku fizikal, secara maya dan taakulan. Namun, harus diingat bahawa belajar sendirian semata-mata mungkin menjurus kepada kaedah cuba jaya (trial and error), lantas memakan masa yang cukup panjang. Nasihat profesional daripada pakar pembelajaran, terutama guru dan kaunselor harus diambil kira agar proses akses pembelajaran kendiri yang dilakukan mendatangkan hasil yang optimum.
Berguru ialah kaedah paling klasik dalam proses pembelajaran. Murid atau pelajar yang masih serba kekurangan (mentah) dengan suci hati bersedia menerima bimbingan guru-guru yang telah diiktiraf dari segi kelayakan akademik dan ikhtisas. Di sekolah, guru ialah pegawai pendidikan yang telah melepasi proses tauliah mengajar yang khusus.
Untuk berjaya, disiplin berguru yang mesti diamalkan ialah menjaga adab dan tingkah laku apabila berinteraksi dengan guru. Jika pelajar berasa bahawa terdapat kesilapan yang berlaku dalam pengajaran guru, mereka boleh menyatakan pendapat secara baik dan tidak menyinggung perasaan guru. Ahli falsafah Yunani seperti Aristotle, Plato dan Socrates berpegang kepada prinsip " guru dekat denganku, tetapi kebenaran lebih dekat kepadaku".
Disiplin pembelajaran sebaya pula merujuk kepada pembentukan kumpulan belajar yang punya fokus. Terdapat seorang pemimpin yang akan berperanan menjaga aktiviti anggota kumpulan belajar berkenaan supaya akur akan matlamat pembelajaran. Setiap anggota kumpulan belajar pula harus bersedia menyumbang, bukan sekadar penumpang pasif yang menjadi beban.
Selain membaca dan berbincang, pelajar mesti banyak membuat latihan. Disiplin yang perlu diterapkan semasa membuat latihan ialah patuh tugasan dan patuh masa. Pelajar harus ingat bahawa dalam peperiksaan, peruntukan masa menjawab begitu singkat dan tahap kecekapan menyudahkan semua tugasan akan memisahkan antara pelajar cemerlang dengan pelajar biasa-biasa.
Kesimpulannya, segala kaedah belajar yang dipilih akhirnya akan bergantung kepada disiplin sebagai kawalan agar pelajar sentiasa berada tetap pada landasan yang tepat. Kejayaan hanya dapat dikecapi setelah pelajar melalui proses disiplin kendiri dan nasihat pakar. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Wednesday, October 12, 2011
PETUA MERANCANG JAWAPAN MIKROEKONOMI STPM (PERSISTENCE IN ORGANIZING IDEAS)
Ipoh, Rabu: 12.10.11 / 14 Zulkaedah 1432
Sejumlah 60 orang pelajar prauniversiti SMK St. Michael, Ipoh (SMI) cukup bertuah justeru berpeluang menghadiri sesi bengkel Mikroekonomi yang dikendalikan oleh seorang guru ekonomi yang berpengalaman luas, iaitu Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd. Karim. Beliau kini ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, iaitu pegawai pendidikan kedua tertinggi di sana. Haji Shafie sempat meluangkan masa hampir sejam setengah usai menghadiri taklimat khas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dari awal pagi.
Sebagai kaunselor yang berkelulusan sarjana, Haji Shafie dapat mewujudkan suasana interaksi dua hala yang memungkinkan penyampaian mesej yang lebih jelas dan bersahaja. Dalam pertemuan singkat petang tadi, beliau dapat memberi beberapa jalan keluar kepada kemusykilan yang dibangkitkan oleh pelajar. Pelajar SMI juga tidak kekok menunjukkan kerjasama.
Antara tugasan yang dibincangkan ialah tentang cara mentakrif kos, dan cara menjelaskan hubungan antara keluk kos purata dan kos sut. Kos purata ialah kos per unit keluaran (1 markah), manakala kos sut ialah tambahan perubahan jumlah kos akibat tambahan seunit keluaran (2 markah). Hubungan antara keluk kos tidak perlu gambar rajah jika tiada arahan berbuat demikian.
Jawapan tidak perlu ditulis panjang lebar. Misalnya hubungan keluk kos purata (AC) dengan kos sut (MC) dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu semasa AC menurun, semasa AC = MC (MC memotong titik minimum AC) dan ketika AC naik. Fakta yang perlu ditulis ialah keluk mana yang berada di atas, di bawah atau berkedudukan sama (memotong).
bersambung...
Tuesday, October 11, 2011
BELANJAWAN 2012 BELUM MUKTAMAD? (SEEKING PARLIAMENTARY APPROVAL ON BUDGET 2012)
Desas-desus tentang tanggal 11/11/11 yang dikatakan angka kegemaran Perdana Menteri sebagai tarikh bubar parlimen menyebabkan ada pihak yang beranggapan bahawa belanjawan 2012 yang dibentangkan baru-baru ini memberi isyarat yang lebih jelas. Bagi ahli-ahli politik, ya, mungkin perkara itu yang menjadi perhatian mereka. Namun, bagi rakyat biasa, cadangan-cadangan yang dibentangkan dalam belanjawan berkenaan sangat relevan dengan kehidupan harian mereka.
Berita penarikan balik cadangan menaikkan elaun ahli parlimen menjadi bukti bahawa selain tertakluk kepada kelulusan majoriti mudah di parlimen, cadangan-cadangan dalam dokumen belanjawan masih perlu melepasi sesi perbahasan dan perincian. Belanjawan ialah maruah kerajaan yang memerintah. Jika belanjawan ditolak, kerajaan tidak akan memiliki wang untuk dibelanjakan, hatta bagi membayar gaji kakitangan awam.
Tahun lepas, proses undi kelulusan belanjawan menghadapi detik cemas. Disebabkan banyak ahli parlimen tidak hadir dalam sidang dewan, majoriti mudah yang diperoleh hanyalah satu undi. Ada ahli parlimen yang sedang menghadiri beberapa majlis rasmi di luar parlimen bergegas ke parlimen supaya belanjawan tidak sangkut.
Setelah mendapat kelulusan parlimen, belanjawan akan diwartakan dengan perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong. Sementara itu, perincian tentang sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengambil kira implikasi kewangan dan nasihat Perbendaharaan. Hingga saat berkenaan, segala butiran atau jangkaan masih bersifat sebagai harapan yang amat mekar.
Sejak krisis mata wang Asia pada lewat 1990-an, belanjawan yang dibentangkan bersifat kurangan, iaitu perbelanjaan melebihi hasil. Untuk belanjawan 2012, nisbah kurangan dianggarkan sebanyak 4.7 peratus, berbanding dengan 5.4 peratus untuk belanjawan 2011. Selisih hasil itu ditampung dengan hutang negara yang diselia ketat oleh Bank Negara Malaysia agar tidak melebihi 55 peratus keluaran dalam negara kasar.
Era emas pertumbuhan ekonomi Malaysia ialah antara tahun 1993 hingga 1997. Dalam tempoh berkenaan, belanjawan yang dibentangkan bersifat lebihan. Namun, dalam persekitaran ekonomi semasa, strategi belanjawan demikian sukar diulangi.
Secara am, dasar-dasar makroekonomi bertujuan menjana pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi, tanpa pengangguran, serta mencatat imbangan pembayaran yang positif. Pertumbuhan ekonomi sangat dipengaruhi oleh perbelanjaan agregat yang datang daripada kuasa beli pengguna. Apabila pendapatan pengguna meningkat, sebahagian besar tambahan pendapatan berkenaan akan kembali ke dalam pasaran.
Sebahagian besar hasil kerajaan berpunca daripada cukai keuntungan syarikat (swasta). Secara moral, tanggungjawab pihak swasta membayar cukai bersifat sine qua non. Sebabnya, pihak swasta telah memperoleh faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, usahawan) yang telah menerima pengetahuan, kemahiran dan sikap di institusi-institusi pendidikan dan latihan teknikal hands-on yang ditanggung oleh kerajaan.
Kelihatannya seperti pihak swasta yang menanggung biaya emolumen kakitangan awam menerusi cukai yang mereka bayar. Hakikatnya jumlah cukai yang disumbangkan itu lebih bersifat sebagai balasan atau pampasan kepada pihak kerajaan yang telah menyediakan semua faktor yang diperlukan oleh swasta. Bayangkan jika pihak swasta sendiri yang harus menanggung segala biaya kos latihan pengurusan dan kakitangan mereka dari A hingga Z!
Antara isu lain yang berbangkit ialah rungutan kakitangan yang telah lama berkhidmat. Contohnya, terdapat keluhan bahawa orang-orang lama (old-timer, otai) terpaksa menunggu hingga hampir 30 tahun sebelum menikmati gred perjawatan DG 48 (bagi guru) berbanding dengan orang-orang baru yang hanya memerlukan tempoh 16 tahun. Namun, mereka lupa bahawa peluang bagi orang-orang baru bagi memiliki harta tak alih seperti tanah lot, banglo dan sebagainya lebih sengit berbanding dengan zaman mereka muda dahulu...

Monday, October 10, 2011
EKONOMI BIDANGAN (THE "U' SHAPE OF LONG RUN AVERAGE COST)
Definisi
bersambung...
Ekonomi bidangan (EB), atau ekonomi skala besar (economics of scale) ialah peningkatan kecekapan atau faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma sehingga membolehkan kos purata jangka panjang (long run average cost, LAC) menurun akibat pengeluaran secara besar-besaran oleh firma, atau akibat perkembangan dalam industri. EB dibahagi kepada dua, iaitu:
a) EB Dalaman, iaitu peningkatan kecekapan atau faedah yang dinikmati berpunca dfaripada tindakan firma meningkatkan keluaran;
b) EB Luaran, iaitu peningkatan kecekapan atau faedah yang dinikmati bukan berpunca daripada peningkatan keluaran firma, tetapi berpunca daripada tindakan firma-firma lain dalam industri, atau disebabkan persekitaran luar yang menyumbang terhadap LAC yang makin menurun.
Perbezaan huraian keluk LAC
EB dalaman merujuk pergerakan lokus (titik) pada keluk LAC yang sama. EB dalaman ialah bahagian LAC yang sedang menurun hinggalah ke titik keluaran optimum, iaitu pada titik minimum LAC. Bahagian LAC menaik dipanggil disekomomi bidangan dalaman (DB dalaman) atau tak ekonomi bidangan dalaman.
EB luaran merujuk kepada peralihan keluk LAC ke bawah. Pada pelbagai tingkat keluaran, kos purata jangka panjang turun secara selari. Sebaliknya, jika keluk LAC beralih ke atas, berlaku disekonomi bidangan luaran (DB luaran) atau tak ekonomi bidangan luaran.
Punca-punca EB dalaman
Ekonomi pengkhususan
Pengeluaran skala besar membolehkan pembahagian kerja, lalu meningkatkan kecekapan. Daya pengeluaran pekerja meningkat dengan pertambahan keluaran.
Ekonomi pengurusan
Ekonomi kewangan
Ekonomi pemasaran
Ekonomi teknikal
Punca-punca DB dalaman
Disekonomi pengkhususan
Disekonomi pengurusan
Disekononomi pemasaran
Disekonomi teknikal
Punca-punca EB luaran
Ekonomi penempatan
Ekonomi teknologi maklumat
Punca-punca DB luaran
Kekurangan faktor (pengeluaran)
Kos sosial

Sunday, October 9, 2011
PANTUN EMPAT KERAT (TEKA-TEKI) KOMSAS TINGKATAN 1 (PUZZLE VIA POET MODE)
Pengenalan
Antara cara mengisi masa lapang secara santai ialah berlawan teka-teki. Generasi zaman dahulu menggabungkan kreativiti pantun dengan mesej teka-teki supaya lebih menghiburkan. Pembayang pantun masih berupa unsur alam atau kerenah manusia, manakala bahagian maksud ialah ayat teka-teki yang hendak disampaikan.
Perbincangan Rangkap Demi Rangkap
Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka;
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?
Jawapan: anak mancis / batang mancis
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.
Jawapan: belon
Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu;
Apa binatang darahnya hitam;
Janggut delapan tulangnya satu?
Jawapan: sotong
Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah;
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah.
Jawapan: cili
Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa dia tanduk di hidung?
Jawapan: badak / gajah
Gaya Bahasa
Pembayang Pantun: Dua rangkap pertama ialah unsur alam, manakala baki tiga rangkap lagi ialah kerenah manusia.
Persamaan Rima: Lebih mementingkan rima akhir. Rima awal dan rima tengah kelihatan bebas, iaitu tidak terikat.
Perulangan: Rangkap 3 - rima akhir Cik Hitam dengan hitam
Rangkap 5 - rima awal Kalau tuan dengan Kalau tuan

RINGKASAN RUBRIK PEMARKAHAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINGKATAN 6 (PRE-UNIVERSITY RESEARCH MARKING GRADE)
SMK ST MICHAEL, IPOH
UNIT PENYELIDIKAN PRAUNIVERSITI
PERATURAN PENILAIAN LAPORAN PENYELIDIKAN
Penilaian dilakukan secara impression
Pemeringkatan gred kerja penyelidik dan skor markah berdasarkan jadual di bawah:
| Kategori | Skor | Ciri Laporan | Nota |
| Cemerlang (25 – 30) | A (28 – 30) A- (25 – 27) | Mematuhi format laporan penyelidikan selengkapnya: - abstrak / ringkasan / sinopsis - tajuk antara 10 -12 patah perkataan - penyataan masalah penyelidikan jelas - objektif / soalan penyelidikan dicatatkan - tinjauan bacaan (literature review) sejajar dengan masalah penyelidikan - sampel responden dinyatakan - persembahan jadual / carta mencukupi - terdapat perbincangan dapatan penyelidikan - menyatakan implikasi dan cadangan Mematuhi etika penyelidikan - ketanpanamaan (anonymity) - menyatakan sumber rujukan / bibliografi - laras bahasa yang jelas Terdapat kesejajaran (alignment) dari awal hingga akhir laporan | |
| Baik (16 – 24) | B+ (22 -24) B (19-21) B- (16 – 18) | Masih mematuhi format laporan penyelidikan di atas Masih mematuhi etika penyelidikan Kesejajaran antara setiap bahagian laporan masih ada | |
| Sederhana (10 – 18) | C+ (13 – 15) C (10 – 12) | Format / persembahan laporan kurang mantap Etika penyelidikan tidak dipatuhi sepenuhnya Kurang kesejajaran / kaitan antara bahagian laporan kurang jelas | |
© unit penyelidikan pengajian tingkatan enam, smk st michael, ipoh
KISAH EPAL, STEVE JOBS DAN SYRIA (THE OTHER SIDE OF A LEGACY)
Banyak kisah kehidupan peribadi pengasas Apple Computer, mendiang Steve Jobs telah ditulis. Antaranya, Jobs memiliki persamaan sejarah dengan Barrack Hussien Obama, presiden Amerika Syarikat. Bapa Jobs dan Obama beragama Islam.
Bapa Obama berasal dari Kenya dan bernikah dengan ibu Obama yang tidak menukar agama asalnya, Kristian. Bapa Jobs, Abdulfattah 'John' Jandali berasal dari Syria. Bekas profesor sains politik Universiti Nevada itu masih hidup dan kini mencecah usia 80 tahun. Jobs lahir hasil hubungan 'terlarang' Abdulfatah dengan Joanne Carole Schieble.
Kematian datuk Jobs sepuluh bulan selepas dia lahir membuka jalan kepada Abdulfattah berkahwin dengan Joanne. Pasangan itu memperoleh seorang anak perempuan, Mona Simpson. Namun, Jobs tidak pernah tinggal sebumbung dengan ibu bapa kandungnya kerana sebaik sahaja dilahirkan, dia telah diserahkan kepada pasangan Paul dan Clara Jobs di Mountain View, California.
Sepanjang hayatnya, Jobs enggan bertemu ibu bapa kandungnya. Malah, nama asal beliau, Steve Paul telah ditukar kepada nama keluarga ibu bapa angkat beliau, Steve Jobs. Jobs enggan mengakui hubungan darah dengan Abdulfattah dan Joanne.
Walaupun rajuk Jobs terhadap ibu bapa kandung beliau tidak pernah padam, hubungan Jobs dengan adik kandungnya, Mona tetap akrab. Mereka sering bertemu di Manhattan, iaitu tempat tinggal adiknya, seorang penulis novel yang berjaya. Jobs menganggap Mona sebagai rakan baik dan menjadi inspirasi untuk membina kerjaya yang cemerlang dan hidup yang penuh semangat dan tenang.
Abdulfattah tidak pula menyatakan rasa kesal tentang hakikat bahawa Jobs atau Mona tidak satu akidah dengan beliau. Sebaliknya, Abdulfattah hanya kesal justeru tidak beroleh kesempatan untuk duduk menikmati kopi sambil berbual dengan Jobs tidak kesampaian. Tidak nampak usaha Abdulfattah untuk membaiki hubungan dengan Jobs, apa lagi bagi membawa Jobs ke landasan akidah.
Seperti Bill Gate, pengasas Microsoft, Jobs tidak menamatkan pengajian kolej. Jobs berkelana ke India dan Jepun bagi mendalami ajaran Buddha Zen. Jobs hampir menjadi sami Buddha di Jepun, tetapi dinasihatkan sebaliknya oleh Kobun Chino Otogawa, guru Jobs. Ilham nama Apple Computer ialah hasil lawatan Jobs ke sebuah kebun epal kerohanian di Oregon.
Kisah Steve Jobs dan Barrack Hussien Obama patut menjadi iktibar buat umat. Dalam masyarakat kita juga terdapat kisah sedih tentang akidah yang tergadai justeru tiada rasa peka dan sayang terhadap perkara yang paling berharga dalam kehidupan insan, iaitu iman. Tanpa iman, pencapaian setinggi langit tidak membawa sebarang erti...
Saturday, October 8, 2011
PELAKSANAAN KONSEP SEKOLAH SELAMAT (PROTECTING CHILDREN IN SCHOOL)
Tajuk Seminar: Seminar Kepengetuaan Ke-3
Anjuran : Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Tarikh : 17 Mac 2004
Tempat : Auditorium Kampus Kota, Universiti Malaya
Tajuk Kertas Kerja: Program Keselamatan Sekolah: Pengalaman Negara Amerika
Syarikat dan Negara OECD
Pembentang: Prof Madya Dr Tie Fatt Hee

Pembentang menerangkan doktrin in loco parentis, iaitu guru dan pengetua mengambil alih peranan ibu bapa. Insiden pembunuhan seorang pengetua di Pensylvania sebelum pelajar berkenaan membunuh diri dan kes Colombia High School, seorang guru dan 14 orang pelajar menjadi mangsa sebelum penyerang membunuh diri menimbulkan persoalan langkah pencegahan dengan peranan pelajar lain mengesan rancangan penyerang terlebih awal menerusi perubahan tingkah laku atau kegagalan peribadi penyerang yang signifikan. Selain itu pihak sekolah harus membuat perancangan untuk menyediakan proses menilai ancaman dengan fokus terhadap keselamatan bangunan, peraturan, dasar, iklim sekolah, latihan dan rekod. Aspek soft seperti pengurusan risiko pencerobohan dan aspek hard seperti kajian isu dan polisi mesti diberi perhatian. Ciri visibiliti kawasan sekolah, identiti pelawat dan sistem makluman kecemasan dipertingkat. Di Jepun dan Australia juga terdapat kes pelajar dan guru dibunuh, selain kanak-kanak tadika rentung dalam kebakaran dan kemalangan lain yang begitu banyak. Menjawab soalan Pengetua SM Tanah Merah tentang keperluan insurans untuk pengetua di sekolah berisiko tinggi, pembentang mencadangkan buat sementara pengetua mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, mendalami akta tertentu, normal justice, dan penglibatan siasatan polis jika perlu. Pengetua juga hendaklah memastikan bahawa sekolah bukan open trap supaya tidak dicaj sebagai cuai di bawah duty of care.
Subscribe to:
Posts (Atom)