Wednesday, January 21, 2015
NOVEL 'LEFTENAN ADNAN' BAB 13, BAB 14 (THE WISDOM OF MALAY RULERS)
Sinopsis Bab 13: Darah Muda, muka surat 93 - 101
Setelah beberapa tahun, Adnan berjaya menamatkan persekolahan dengan cemerlang. Du orang adiknya, ahmad dan Amarullah masih di sekolah Inggeris. Di samping ke sawah, Adnan juga mengajar anak kampung membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba Pak Karim datang membawa surat tawaran sebagai guru pelatih untuk Adnan. Pak Saidi gembira, tetapi Adnan termenung di beranda kerana bidang keguruan bukan minatnya.
Ahmad mencadangkan abangnya menolak tawaran itu, tetapi Adnan serba salah terhadap penerimaan Mak Milah. Sebagai jalan tengah, Adnan bersetuju dengan cadangan menjadi guru pelatih buat sementara waktu. Keesokan pagi Adnan berbasikal ke Sekolah Melayu Sungai Ramal. Adnan bertugas di situ selama setahun setengah apabila perbincangan tentang pasukan pertahanan orang Melayu rancang dibincangkan, terutama oleh Cikgu Osman dan Cikgu Salleh.
Sinopsis Bab 14: Askar Melayu Diraja, muka surat 102 - 113
Rang Undang-undang Askar Melayu diluluskan pada 23 Januari 1933. Cita-cita asal Adnan sebagai askar kembali mekar. di sekolah, Cikgu Salleh berbual dengan Adnan tentang sumbangan perkhidmatan askar dan juga guru. Pada sebelah petang, sebuah jip tentera British singgah di warung Pak Samad untuk bantuan penunjuk jalan ke rumah ketua kampung. Berita tersebar, lalu penduduk kampung berduyun-duyun ke rumah tuk ketua. Ketika Ahmad lalu di situ majlis sudah bersurai, Mujur juga Mamat datang memberikan butiran perjumpaan ketua kampung dengan tentera Inggeris untuk mencari calon askar dalam kalangan penduduk kampung. Pemohon dikehendaki ke kem latihan tentera Port Dickson.
Di warung Pak Samad, Nordin dan kawan-kawannya mengejek hasrat sebagai tentera yang mereka cop sebagai orang suruhan British semata-mata. Setelah itu, mereka mempermainkan Mamat di perjalanan. Pada sebelah malamnya, Adnan menyuarakan hasratnya. Pak Saidi tiada masalah, tetapi berbeza dengan Mak Milah. Kedua-dua orang suami isteri itu bertelagah pendapat. Akhirnya, dengan keteguhan pendirian Adnan, serta setelah puas memujuk rayu, Mak Milah beralah.
Watak dan Perwatakan
Adnan: tegas, berusaha memenangi hati Mak Milah supya bersetuju dengan cita-citanya menjadi askar
Pak Saidi: prihatin / peka, menyokong cita-cita Adnan dan membantunya melembutkan hati Mak Milah
Mak Milah: berterus terang, meluahkan perasaan bimbang terhadap keselamatan Adnan jika menjadi askar
Ahmad:
Cikgu Salleh:
Nordin: pendengki, tidak senang melihat Adnan dan Mamatmemasuki perkhidmatan askar Melayu
Latar masyarakat
masyarakat yang tegas
masyarakat yang berterus terang
masyrakat yang dengki / iri
Nilai
ketegasan
kejujuran / ketelusan
kepekaan / keprihatinan
Persoalan
ketegasan mempertahan prinsip
kejujuran dalam meluahkan perbezaan pendapat
keprihatinan terhadap kecenderungan anak
Pengajaran
kita hendaklah tegas dalam mempertahan prinsip
kita hendaklah jujur dalam meluahkan perbezaan pendapat
kita hendaklah peka / prihatian terhadap kecenderungan anak
Latar tempat
Rumah Pak Saidi
Sekolah Melayu Sungai Ramal
Rumah ketua kampung
Latar masa
...
...
...
Perbincangan kbkk / kbat
...
...
MENGAPA DAN BAGAIMANA BERI TUMPUAN PEMBELAJARAN? (EXPERT INTERVENTION SAVE TIME)
Seorang pemuda sedang bertungkus-lumus memotong sebatang pokok di satu kawasan kejiranan. Dia tidak menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh jirannya, seorang dewasa. Sudah dua jam dia berusaha keras menggergaji pokok itu, tetapi masih belum berjaya diselesaikan.
Orang dewasa itu lalu menghampiri pemuda berkenaan, lalu bertanya, "Sejak tadi pak cik melihat orang muda cuba menumbangkan pokok ini. Bolehkah pak cik memberi satu cadangan?"
Pemuda itu kelihatan tidak senang, lalu terus menjawab, "Terima kasih sahajalah. Saya masih kuat untuk membereskan tugas ini." Dia pun menyambung kerjanya semula.
Pak cik itu hendak berlalu, namun sempat juga melontarkan cadangan yang dimaksudkan. "Pak cik perhatikan orang muda menggunakan mata gergaji yang tumpul. Apa kata kalau orang muda mengasah mata gergaji itu?"
Setelah pak cik itu menghilang baharulah pemuda itu mengambil pengasah untuk menajamkan mata gergaji. Kemudian, dia hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit untuk memotong pokok berkenaan. Dia akur bahawa sentuhan pengalaman dan kepakaran pak cik tadi telah menjimatkan segala sumber, sama ada wang ringgit, masa dan tenaga yang dicurahkan.
Kisah di atas kerap menjadi anekdot dalam buku asas pengurusan dan juga ceramah motivasi. Konsep yang mahu diketengahkan ialah bekerja dengan bijak lebih baik daripada bekerja dengan kuat, working smart rather than working hard. Perkataan smart kemudian dijadikan akronim untuk specific, measurable, attainable, reasonable, timely.
Pakar pembelajaran kemudian menambah perkataan smart menjadi smarties, iaitu interesting, enjoyable, success-oriented. Bagi mengingat banyak perkara, seseorang itu boleh menggunakan analogi, singkatan ejaan dan tukar lirik lagu kegemaran. Perkara yang sebelumnya susah untuk dihafal menjadi senang kerana aplikasi kaedah yang bijaksana.
Perbuatan menggunakan gergaji yang tajam bermakna teknologi yang cekap. Peralatan yang mempunyai ciri teknologi yang cekap akan menjimatkan banyak sumber, tetapi mendatangkan pulangan yang berlipat kali ganda banyaknya. Teknologi yang kuno sekalipun tetap membantu kerana konsep teknologi sebenarnya ialah aplikasi prinsip ilmu pengetahuan (sains).
Generasi zaman dahulu merintis jalan usaha reka cipta peralatan dan kemudahan yang lain. Mereka tidak pula sengaja memusnahkan ciptaan yang dibuat hanya kerana berasa kedekut atau taasub kepada prinsip jika mereka telah bersusah payah biar generasi seterusnya menempuh pengalaman yang sama. Sebaliknya, kemurahan hati generasi terdahulu telah membolehkan kita menikmati keselamatan, keselesaan dan kesenangan yang diwariskan sambil berlaku proses penambahbaikan dan pembaharuan secara berterusan.
Proses pembelajaran juga demikian. Pelajar hendaklah menghargai guru dan pensyarah sebagai pakar ikhtisas dalam bidang masing-masing. Tumpuan dalam bilik darjah dan kuliah bermakna pelajar menjimatkan masa supaya dapat melakukan banyak aktiviti lain sementara masih memiliki kesempatan. Jika membuat bacaan sendiri mungkin sepuluh hari baru nampak, tetapi masih pasti betul kerana tiada pengesahan yang autentik.
Kebanyakan pelajar masih terbawa-bawa dengan perasaan sentimental, iaitu mengharapkan guru dan pensyarah akan sentiasa kelakar dan menghiburkan. Hakikatnya, guru dan pensyarah hanyalah insan biasa yang tertakluk kepada kekurangan dari segi tingkah laku untuk memuaskan hati semua pelajar mereka. Maka, terimalah guru dan pensyarah seadanya.
Guru dan pensyarah juga bukanlah selebriti yang masih memiliki aura penampilan yang glamor. Maka, pelajar hendaklah mementingkan input pembelajaran yang disampaikan. Nama guru dan pensyarah tidak pernah akan tercatat dalam sijil dan transkrip keputusan peperiksaan kelak.
Pelajar hendaklah membetulkan niat belajar supaya berteraskan rasa ikhlas dan sabar. Dalam hadith mutawattir disebutkan, innamal a'malu bi'n-niat, sesungguhnya sesuatu perbuatan itu bergantung kepada niat. Bagi pelajar Islam, niat belajar kerana Allah akan menjadikan kegiatan pembelajaran sebagai suatu ibadah.
عَنْ
أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ
: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا
نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ
إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا
يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ
إِلَيْهِ .
[رواه
إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن
بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في
صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
Arti Hadits / ترجمة الحديث :
Dari
Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia
berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung
niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan
apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan
keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah
dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya
atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai
sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat
dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al
Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al
Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya
yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .
sumber ambilan: klik di sini
Niat yang ikhlas pula tertakluk kepada cara pelajar mengkonsepsikan kegiatan pembelajaran, sekolah dan sumber. Jika pelajar berasa bahawa pembelajaran memang terdapat kesukaran umpama permata maknikam bernilai tinggi yang hanya dikenali jauhari (pakar), seperti peribahasa 'hanya jauhari mengenal maknikam'. Kalau tidak dipecahkan ruyung, masa akan mendapat sagunya.
Jika pembelajaran hanya kegiatan biasa seperti mengutip daun yang gugur, maka hampir semua orang bisa melakukannya. Atas sebab itulah, universiti hanya menawarkan tempat kepada pemohon yang sanggup bersusah payah, bersengkang mata dan tidak berasa bosan membaca jurnal ilmiah yang penuh dengan pemboleh ubah, metafora dan data. Walaupun masih terdapat kecurangan akademik seperti plagiat, esei 'swasta' (mengupah orang lain membuatnya) dan mengelat dalam peperiksaan, kes seumpama itu hanya membabitkan kelompok pinggiran yang tidak unggul.
Tidak dinafikan bahawa ijazah dengan pencapaian cemerlang menjadi tiket untuk melamar pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan serta kedudukan yang selesa. Namun, kalau ijazah sekadar alat tawar-menawar, pengalaman pembelajaran yang dilalui tidak akan membawa seseorang itu menuju puncak jaya. Maklumat dan pengetahuan setiap masa akan segera usang, tetapi ilmu, kaedah dan kemahiran insaniah akan memastikan seseorang itu berupaya mereka bentuk input yang kemas kini sepanjang masa.
Perspektif terhadap ilmu menerusi pertolongan guru dan pensyarah, serta menekuni tinjauan bacaan dan dapatan penyelidikan akan memastikan seseorang pelajar tidak terpesona dengan pendapat popular berstatus falasi. Pelajar tidak membuang masa dengan memikirkan bunga bahasa atau huraian yang berjela-jela. Setiap bidang pengajian terikat dengan disiplin, kaedah dan laras bahasa yang khusus.
Kesimpulannya, pelajar wajib memberi tumpuan yang tuntas dalam kegiatan pembelajaran supaya masa dapat dijimatkan menerusi penggemblengan sumber secara optimum. Guru dan pensyarah sebagai pakar dalam bidang pengkhususan pengajian tertentu hendaklah dihormati dan dipatuhi. Pelajar yang menjaga adab belajar akan beroleh keberkatan ilmu, serta diiringi doa oleh makhluk di bumi dan di langit ...
Tuesday, January 20, 2015
PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 4 BAHARU: KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Pengenalan
Walaupun antologi 'Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul' hanya mengandungi sebuah prosa tradisional, iaitu mulai muka surat 27 hingga 39, banyak perkara yang boleh dibincangkan dalam pembelajaran komsas. Teladan yang dimaksudkan ialah keberanian dan kegagahan Laksamana mempertahankan Melaka daripada ancaman perajurit tujuh bersaudara serta Kertala sari dari Majapahit yang membuat huru-hara (muka surat 25 antologi). Pembacaan teks prosa tradisional mungkin tidak selancar prosa moden justeru istilah dan laras bahasa lama yang digunakan memang sudah asing.
Namun, dari segi pentaksiran dan peperiksaan sepatutnya tiada masalah besar kerana format tugasan aras petikan, aras kbbk / kbat dan aras komsas masih sama dengan perbincangan bahagian lain dalam pemahaman (rumusan, prosa moden, puisi moden). Beri tumpuan terhadap tugasan soalan seadanya. Insya-Allah, menerusi bimbingan guru di bilik darjah, proses mempelajari teks asal "Kepimpinan Melalui Teladan' menjadi sangat mudah.
Sinopsis
Patih Gajah Mada kaget mendengar berita perajurit tujuh bersaudara yang dihantar untuk menyerang Melaka telah dibunuh oleh Laksamana. Maka, Patih pun mencari Kertala Sari, anak Petala Bumi (seorang daripada tujuh bersaudara). Kertala Sari yang baru pulang dari negeri Daha kerana mencuri pun amat marah, kemudian diiringi pegawai Patih ke istana. Kertala Sari begitu yakin dapat membunuh Ratu Melaka dan Laksamana, sebelum menerima jawatan penggawa agung. Kertala Sari belayar ke Melaka dengan sepuluh orang pembantu.
...
...
...
...
Tema: Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negeri (Melaka).
Watak dan perwatakan
Laksamana
Raja Melaka
Kertala Sari
Patih Gajah Mada
Temenggung
Bendahara
Latar masyarakat
...
...
...
Nilai
...
...
...
Persoalan
...
...
Pengajaran
...
...
...
Latar tempat
...
...
...
Latar masa
...
...
...
Perbincangan kbkk / kbat
...
...
...
Contoh petikan dan soalan

PELAJAR MASIH MENIRU AKSI GURU? (LEARNING BY IMITATION)
Pengaruh yang baik merupakan antara tujuan pendidikan yang penting. Dalam era maklumat di hujung jari dan masa sebenar kini, generasi muda mempunyai akses pengetahuan terkini pada bila-bila masa. Maka, cara mereka berfikir dan bertindak tidak lagi semata-mata bersandarkan input pembelajaran di bilik darjah.
Walaupun harus bersaing hebat dengan pelbagai punca pengaruh, pendidikan di sekolah masih mendapat kepercayaan yang tinggi. Di samping jaminan keselamatan secara fizikal, ibu bapa meletakkan harapan agar anak mereka beroleh bimbingan tentang amalan terbaik dan nilai murni dalam kehidupan. Reka bentuk, perancangan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah juga lebih autentik di tangan para guru yang memiliki latar belakang pencapaian akademik dan ikhtisas yang kukuh.
Memandangkan guru bukan lagi sebagai rujukan tunggal yang dominan, maka peranan merela lebih menjurus kepada pemudah cara. Guru membimbing pelajar mengakses, meneroka dan merorganisasi maklumat yang sah dan boleh dipercayai. Guru juga bertanggungjawab bagi mentadbir instrumen pentaksiran bagi mengukur dan menilai pencapaian pembelajaran.
Pengalaman pembelajaran di sekolah juga menjangkau kemahiran insaniah dan kepintaran kumpulan. Pelajar memiliki kesempatan optimum bagi mengembangkan segala bakat, potensi dan fakulti yang ada dalam diri masing-masing. Guru sebagai ahli ikhtisas memang sudah mantap dengan ilmu falsafah, psikologi, sosiologi dan sebagainya bagi menggilap kebolehan yang mungkin tidak disedari oleh tuan punya badan sendiri.
...
...
...
...
...
...
Monday, January 19, 2015
NOVEL 'LEFTENAN ADNAN' TINGKATAN 4: BAB 11, BAB 12 (COURAGE AND PROVOCATION)
Sinopsis Bab 11: Yakin Boleh, muka surat 75 - 82
Semasa perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Nazri membuat pengumuman pertandingan syarahan bahasa Inggeris pada bulan hadapannya. Pada mulanya beliau hampa kerana tiada sambutan sehinggalah Adnan bersuara. Nizam yang mulanya memperlekeh Adnan akhirnya mahu mencuba, diikuti oleh Ah Chong, Ramasamy dan 16 orang murid yang lain. Di rumah Mak Milah dan Pak Saidi memberi galakan. Pak Saidi tidak bersetuju apabila Adnan tidak kisah jika kalah.
Adnan yang belum fasih berlatih bersungguh-sungguh, termasuk di hadapan keluarganya. Pada hari pertandingan, ayah, ibu dan adik-adiknya hadir. Sebagai peserta terakhir, Adnan dapat mempelajari persembahan peserta lain. Persembahan Adnan dikagumi oleh semua penonton. Akhirnya, Cikgu Nazri mengumumkan Adnan sebagai johan, Ah Chong kedua dan Nizam ketiga. Mereka berpelukan.
Sinopsis Bab 12: Jaguh kampung, muka surat 83 - 92
Pertandingan tinju antara Adnan dengan Budin dihangatkan dengan gelagat penyokong kuat masing-masing, iaitu Mamat dan Semaun. Budin tidak puas hati setelah pasukan bola sepaknya dari Sungai Merab tumpas 1-2 di tangan Kampung Sungai Ramal. Malah, Budin kehilangan dua batang gigi dalam perlawanan itu. Gelanggang tinju bertempat di padang rumput berhampiran sungai pada tengah hari awal bulan Mac.
Mamat cuba menggesa Adnan menarik diri setelah Zaki selaku pengacara mengumumkan pertarungan tinju tanpa undang-undang, tetapi tidak berjaya. Walaupun Budin sudah terperangkap di sudut gelanggang, Adnan tidak mengambil kesempatan menyerang. Kedua-dua petinju hanya mengacah-acah, tetapi tidak berlaku serangan menyebabkan penyokong hampa, terutama Semaun.
Keesokannya di warung kopi Pak Samad, Samuri, marah-marah serta menggelar Adnan dan Budin sebagai samseng.Dolah, bapa Semaun pula menuduh Adnan dan Budin mencuri buah rambutan miliknya. Pak Husin, ayah Budin bergegas balik rumah lalu membelasah anaknya Budin. Pak Saidi juga malu, tetapi menyoal siasat Adnan. Walaupun berpuas hati, Pak Saidi mengingatkan Adnan bahawa diaakan merotan Adnan jika dia buat hal.
PERBINCANGAN
Watak dan Perwatakan
Adnan: berani, sentiasa bersedia menyahut cabaran, misalnya menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris walaupun belum fasih.
Cikgu Nazri: sabar, tetap cuba memancing perhatian murid menyertai pertandingan sebanyak tiga kali.
Nizam: berfikiran terbuka, menerima kekalahan kepada Adnan walaupun sebelum pertanding memperlekeh lawannya itu.
Budin: tegas pendirian, tidak mudah termakan provokasi (hasutan) Semaun melaga-lagakannya dengan Adnan.
Mamat: setia kawan, sentiasa menyokong Adnan dan risau akan keselamatan Adnan dalam pertarungan tinju tanpa undang-undang itu.
Semaun: pendendam, marah kerana hasutannya tidak dipedulikan oleh Budin lalu menyebarkan fitnah menerusi bapanya.
Samuri: pemarah melulu, menuduh Adnan dan Budin samseng tanpa bukti kukuh
Pak Dolah / ayah Semaun: mudah dipengaruhi, menuduh Adnan dan Budin mencuri buah rambutan miliknya tanpa bukti
Pak Husin / ayah Budin: panas baran, terus membelasah Budin tanpa soal siasat terlebih dahulu.
Pak Saidi: adil, menyoal siasat Adnan sebelum mengambil tindakan selanjutnya
Latar masyarakat
Masyarakat yang berani
Masyarakat yang adil
Masyarakat yang mudah termakan hasutan
Nilai
Keberanian
Keadilan
Ketegasan
Persoalan
Keberanian menghadapi cabaran
Keadilan dalam membuat keputusan / tindakan
Ketegasan dalam pendirian
Pengajaran
Kita hendaklah berani menyahut cabaran
Kita hendaklah adil dalam membuat keputusan / tindakan
Kita hendaklah tegas dalam pendirian
Latar tempat
Sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal
Gelanggang tinju di padang rumput / tepi sungai
warung kopi Pak Samad
Latar masa
Pagi semasa perhimpunan Sekolah Inggeris Sungai Ramal
Tengah hari di gelanggang tinju
Contoh soalan aras komsas
...
Contoh soalan aras kbkk / kbat

DUIT KOPI DAN BAYARAN PERLINDUNGAN MASIH BERLELUASA (OFFER, ACCEPTANCE IN EXCHANGE OF INFLUENCE)
Jenayah rasuah sangat berkaitan dengan kuasa. Pihak yang mempunyai akses kuasa untuk membuat keputusan menjadi sasaran utama pemberi rasuah. Maka, tidaklah menghairankan jika pegawai yang mengendalikan tender projek, meluluskan pelan bangunan, urusan permit import (AP) di pelabuhan dan notis saman sering didekati oleh runner yang diupah oleh pelanggan yang hendak cepat menyelesaikan urusan melalui jalan pintas, iaitu sogokan.
Bayaran perlindungan pula suatu modus operandi peras ugut oleh kumpulan samseng di sesuatu kawasan kecil, malah mungkin mempunyai rangkaian seperti Mafia dan Yakuza. Mereka mengutip bayaran tetap bulanan misalnya kepada penduduk di kawasan perumahan supaya tidak diganggu oleh kumpulan samseng yang lain. Samseng 'melindungi' orang awam daripada samseng lain!
Kedua-dua bentuk jenayah kolar putih dan gangster yang hidup mewah dengan punca wang haram serupa sahaja walaupun penampilan mereka mungkin berbeza. Pegawai yang kaki rasuah berpakaian kemas, bertali leher, duduk di kerusi empuk dan bilik berhawa dingin. Sosok zahir mereka kelihatan sebagai orang bijak, berhemah, berwibawa, cekap dan berkeperibadian unggul.
Samseng kaki 'pau' pula berwajah bengis, penuh dengan tatu di badan, serta memiliki senjata berbahaya yang mengancam nyawa mangsa. Mereka juga mempunyai organisasi dan carta kuasa yang tertentu. Penggunaan pelbagai alat canggih dan kod isyarat operasi jenayah mereka juga begitu licik serta terancang.
Tanpa menghulur duit kopi, fail permohonan seseorang mungkin terperap berbulan-bulan lamanya. Pelahap rasuah akan meletakkan fail permohonan yang masih baharu di bahagian atas. Apabila ditanya, macam-macam alasan teknikaliti akan diberikan.
Sungguh memalukan apabila kontrak bukan Islam bercerita betapa dia terpaksa menyediakan duit kopi kepada penguat kuasa dan pegawai beragama Islam supaya dia tidak diganggu. Tandatangan pegawai bernilai RM200, manakala duit kopi penguat kuasa seorang RM50 untuk beberapa orang. Adakah penguat kuasa dan pegawai yang membawa nama Islam itu tidak kenal halal dan haram?
Penguat kuasa dan pegawai yang kaki duit kopi itu hidup mewah dengan berselindung di sebalik beberapa kerja sambilan selepas waktu pejabat kononnya.Mereka tidak ubah seperti peminjam wang tidak berlesen (ah long, ceti haram) yang memiliki sederetan kedai yang lengang, tetapi dilihat memandu kenderaan mewah. Barangkali kerana sudah sebati bergelumang dengan punca kewangan secara hina, mereka langsung tidak pernah rasa bersalah.
Samseng yang mengutip wang perlindungan juga menyamar sebagai penjual plastik di pasar malam bagi mengabui orang ramai tentang kegiatan menindas peniaga kecil dengan bungan hutang yang tinggi. Prinsip institusi kewangan yang hanya sanggup memberi kredit kepada golongan yang ada jaminan kewangan untuk proses bayar balik memberi laluan kepada kegiatan ah long itu. Institusi kewangan berteraskan syariah termasuk Baitu Mal tidak pernah mengambil daya usaha berskala besar bagi mencari jalan keluar kepada kemelut riba yang membelenggu peniaga kecil Islam.
Seorang pengusaha bengkel kereta keturunan Cina juga mendakwa bahawa dia terpaksa membayar perlindungan kepada samseng upahan supaya perniagaan dan keluarganya tidak diganggu. Maknanya, kegiatan kongsi gelap zaman dahulu masih aktif, tetapi dengan cara baharu. Kalau raja dadah di benua Amerika Latin boleh berkuasa dengan jutaan pengikut, serta kawalan penempatan khas, samseng tempatan juga demikian, tetapi berbentuk penyamaran sebagai orang baik-baik.
Proses risikan, tangkapan, siasatan, sebutan kes dan pendakwaan tidak pernah menggerunkan pemakan rasuah dan bayaran perlindungan. Seorang penjenayah yang berjaya diberkas dan dihukum, ratusan lagi rekrut seawal usia belasan tahun menyambung kegiatan jahat itu. Perang terhadap penjenayah duit kopi dan bayaran perlindungan mesti dilancarkan secara tersusun tanpa kompromi, di samping langkah pencegahan jangka panjang menerusi kempen media dan pendidikan di sekolah ...
NOVEL 'LEFTENAN ADNAN' BAB 9, BAB 10 (COMPETENCE TRADITIONAL HEALTH PRACTITIONER)
Sinopsis Bab 9: Anak-anak kampung, muka surat 58 - 68
Setelah Adnan bersekolah Inggeris, hanya Mamat yang masih sudi berbual dengannya. Mamat tertarik dengan cerita Adnan, tetapi bapanya memberi alasan takut lupa agama. Adnan bersimpati dengan Mamat yang juga bercita-cita menjadi askar seperti dirinya, tetapi sukar dicapai tanpa kebolehan berbahasa Inggeris.
Pada sebelah malam, Pak Saidi terjaga apabila terdengar bunyi bising (tapak kaki) dari bawah rumah. Pak Saidi mengarahkan Mak Milah dan Adnan senyap, sambil dia pergi menyiasat. Pak Saidi memegang parang, manakala Adnan membawa sebatang kayu belati. Pak Saidi menyergah dua lembaga yang terbongkok-bongkok, lalu mereka terus lari. Adnan mengejar dan sempat membaling kayu belati tepat mengenai satu lembaga yang menjerit kesakitan.
Keesokan paginya Adnan mendapati tayar basikal mereka dikerat dengan pisau. Adnan bertegas untuk ke sekolah menyebabkan Pak Saidi meminjam basikal Pak Karim. Pada sebelah petang, Pak saidi ditemani Pak Karim ke kedai basikal Ah Chong di pekan Sungai Ramal. Ah Chong mencadangkan Pak Saidi membeli basikal yang baharu kerana basikal lama itu rosak teruk. Ah Chong sudi menerima bayaran secara ansuran.
Semasa singgah di warung kopi Pak Samad, heboh cerita kaki Nordin yang membengkak. Tiba di rumah, Mak Milah kehairan, lalu Pak Saidi menceritakan hal Adnan membaling kayu belatinya malam semalam. Maka, 'suspek' pencerobohan mereka sudah jelas, walaupun Mak Milah mulanya membantah. Pak saidi tidak mahu peristiwa berkenaan dihebohkan.
Di sekolah, adnan tekun belajar hingga beroleh kedudukan pertama, serta disenangi oleh Cikgu Anderson, penolong guru besar. Anderson bangga akan cita-cita Adnan mahu menjadi askar.
Sinopsis Bab 10: Masuk Jawi Basikal Baharu, muka surat 69 - 74
Adnan berdebar apabila tok mudim sampai untuk majlis bersunatnya. Walaupun tetamu lain ketawa mengusik, Adnan hanya berdiam. Mamat dan rakan 'diusir' oleh tok mudim ketika cuba mengintai majlis. Adnan melihat sahaja gelagat tok mudim dengan beg lusuh berisi peraltan khatan, termasuk pisau tajam pastinya.
Tok mudim menenangkan Adnan bahawa kesakitan khatan hanyalah seperti digigit kerengga. Adnan mengimbas kembali kata-kata semangat Pak Saidi, sambil menunaikan segala permintaannya seperti mandi laut dan makan ayam golek. Janji hadiah basikal hanya ditunaikan selepas berkhatan. Ketika Adnan sibuk bertanyakan Pak Saidi, tok mudim menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah dua kali, sambil itu. tok mudim menyelesaikan kerjanya. Setelah dua minggu, Adnan sembuh dan memperoleh basikal idamannya.
Perbincangan Peristiwa Menarik
...
Watak dan Perwatakan
Adnan: berani
Pak Saidi: menepati janji
Mak Milah: prihatin
Pak Karim:sedia membantu
Ah Chong: pemurah
Mamat: setia kawan
Nordin: tidak berakhlak
Latar masyarakat
Masyarakat yang berani
Masyarakat yang saling membantu
Masyarakat yang setia kawan
Nilai
Keberanian
Bantu-membantu / saling membantu
Kesetiakawanan
Persoalan
Keberanian dalam menghadapi ancaman
Bantu-membantu / saling membantu sesama jiran tetangga
Kesetiakawanan dalam persahabatan
Pengajaran
Kita hendaklah berani dalam menghadapi ancaman
Kita hendaklah bantu-membantu / saling membantu sesama jiran tetangga
Kita hendaklah setia kawan dalam ;persahabatan
Latar tempat
Rumah Pak Saidi
Warung kopi Pak Samad
Kesdai basikal Ah Chong di pekan Sungai Ramal
Latar masa
Malam ketika rumah Pak Saidi diceroboh
Petang ketika di kedai basikal Ah Chong
Beberapa hari sebelum majlis berkhatan Adnan
Contoh soalan aras komsas
Jelaskan tiga persoalan berdasarkan novel yang anda pelajari. (8 markah)
...
Contoh soalan aras kbkk / kbat
Watak utama sesebuah novel digambarkan sebagai memiliki beberapa kelebihan yang tertentu.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua kelebihan yang dimiliki oleh watak utama. (7 markah)

Sunday, January 18, 2015
Saturday, January 17, 2015
'LEFTENAN ADNAN' NOVEL KOMSAS TINGKATAN 4: BAB 7, BAB 8 (RESISTANCE TO CHANGE)
Sinopsis Bab 7: Mereka Tidak Mengerti, muka surat 43 - 47)
Berita Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris menjadi gempar dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Ramal. Di masjid, Lebai Pian, Leman dan Abu mendesak Tok Ketua mengambil tindakan keras, sama ada memberhentikan persekolahan Adnan di situ atau dihalau dari kampung jika berdegil. Tok Ketua sebaliknya menempelak Abu, kerana anaknya Nordin dilihat oleh orang kampung mencuri. Abu dan Leman terus merengus kasar, lalu keluar dari masjid.
Setiba di rumah, Abu terus merotan Nordin walaupun cuba dihalang oleh isterinya. Nordin terus berjumpa kawan-kawannya bagi merancang tindakan balas kepada Pak Saidi yang dianggap mereka sebagai kaki sibuk. Mereka juga marah kerana Pak Saidi hanya mengajar silat kepada anak-anaknya. Kemudian mereka mengambil keputusan tidur di masjid dalam kesejukan hujan lebat dan gigitan nyamuk.
Sinopsis Bab 8: Seteguh Karang, muka surat 48 - 57
Ketika Sedang berehat di pondok di tepi sawah, Pak Saidi didatangi Pak Karim yang menyampaikan duit hasil jualan getah yang dikirim oleh Ah Chong. Pak Karim juga memebritahu perihal Abu menghasut Tuk Ketua supaya bertindak keras ke atas Pak Saidi berhubung kes Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi kemudian menjelaskan orang putih berjaya datang menjajah Tanah Melayu atas faktor ilmu pengetahuan yang tinggi. Bukan senang mengalahkan Inggeris dengan senjata. Pak Karim menyimpan hasrat yang yang sama, tetapi semua empat orang anaknya perempuan belaka.
Pada sebelah petang, Pak Saidi dikunjungi pula oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian, Pak Karim dan Isa di rumah. Tentang isu Adnan ke sekolah Inggeris, Pak Saidi menegaskan dia tidak mahu anaknya mewarisi pekerjaan bersawah dan bercucuk tanam sahaja. Pak Karim menyatakan sokongannya menyebabkan Lebai Pian melenting. Pak Saidi mencelah dengan kisah umat Islam pada zaman Nabi belajar dengan tawanan Perang Badar. Umat Islam juga digesa menuntut ilmu walaupun ke China (kata hukamak, bukan hadith seperti catatan novel, sila rujuk pakar). Tambahan pula, Cikgu Nazri Muslim yang taat (kaki masjid). Lebai Pian bungkam, langsung pergi begitu sahaja.
Perbincangan

PENGALAMAN SEBAGAI PESERTA PENTAKSIRAN KEPENGETUAAN (CERTIFIED SCHOOL LEADERS)
Pada tahun 2001, pencalonan untuk mengikuti kursus kelayakan ikhtisas kepengetuaan kebangsaan (NPQH) perlu melepasi sesi pentaksiran bertulis dan temu duga. Alhamdulillah, memang tiada masalah tentang itu. Panel temu duga berpuas hati tentang penampilan sosok bersemuka (in person) dan jawapan yang dilontarkan.
Namun, apabila nama tidak ada dalam senarai pendek terakhir, tanda tanya perlu dirungkai dengan menghubungi Institut Aminuddin Baki, Genting Highland (IAB) sebagai pengendali program latihan pemimpin pendidikan. Ketika itu, panggilan hanya dapat dilakukan dengan talian tetap Telekom Malaysia. Zaman telefon bimbit belum bermula, melainkan mereka yang sanggup mengusung Atur (automatic telephone using radio) yang menggunakan gelombang analog.
Maklum balas IAB semua proses melepasi tahap keperluan pencalonan, melainkan purata markah prestasi tahunan yang sedikit sahaja tidak sampai. Tiada apa yang boleh diubah lagi kerana calon-calon peserta kursus sudah pun menerima surat tawaran masing-masing. Maklum balas di peringkat dalaman sekolah harus disimpan sendiri, off record, hal ehwal rumah tangga organisasi.
Rakan-rakan yang berjaya ke IAB mengikuti kursus diploma kepengetuaan selama setahun, kemudian sarjana kepengetuaan di Universiti Malaya (UM) setahun lagi. Maka, tibalah masanya melaksanakan Pelan B, iaitu menyambung pengajian ijazah tinggi dalam bidang perancangan dan pentadbiran pendidikan. Alhamdulillah, permohonan diterima kerana Dr. Sufean Hussien, ketika itu ketua jabatan pengurusan pendidikan UM (kemudian dekan fakulti, serta profesor pengajian dasar) berpuas hati dengan latar belakang dan pengalaman yang ditulis dalam borang permohonan.
Setelah satu semester berdaftar sebagai pelajar sambilan hujung minggu, pengetua mencadangkan supaya permohonan biasiswa dibuat. Alhamdulillah, bersama dua orang rakan di sekolah yang sama dipanggil temu duga dan seterusnya ditawarkan biasiswa di bawah program hadiah latihan persekutuan (HLP): cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Semasa taklimat bersama 300 penerima HLP (calon sarjana dan Ph.D) di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur, 30 orang peserta NPQH ada bersama.
Tamat pengajian sarjana, sepatutnya berkhidmat dengan Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) di Putrajaya. Hanya lima orang pemegang biasiswa HLP untuk pengkhususan perancangan pendidikan, tetapi kecenderungan untuk kembali ke sekolah begitu kuat. Setelah berurusan di bahagian Sumber Manusia yang turut mencadangkan penempatan sebagai pensyarah maktab perguruan dan bahagian lain juga akhirnya berjaya 'ditolak'.
Sebelum memperoleh izin kembali ke sekolah, harus berurusan dengan Bahagian Sekolah, serta mendapat pelepasan Jabatan Pendidikan Teknikal yang menjaga norma perjawatan guru sekolah teknik. Alhamdulillah, sekali lagi semuanya berjalan lancar. Urusan seterusnya usaha kembali ke negeri Perak yang hanya ada keksongan 64 tempat, serta 7 tempat sahaja di Ipoh.
Tidak berapa lama bertugas semula di sekolah, sekali lagi pencalonan sebagai peserta pentaksiran kepengetuaan di terima. Calon akan ditaksir secara bertulis dan bersemuka di Institut Aminuddin Baki cawangan utara di Jitra. Peserta yang lulus pentaksiran boleh dilantik terus sebagai pengetua, kemudian perlu mengikuti kursus kepimpinan pendidikan secara berkala di IAB.
Setelah beberapa bulan tidak mendengar khabar berita, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan pun dihubungi. Sejumlah 118 orang calon dari Perak lulus pentaksiran kepengtuaan tersebut, tetapi hanya tiga orang sahaja yang berjaya dilantik. Sebabnya ialah umur persaraan ditambah dua tahun lagi, sedangkan tempoh sah kelayakan pentaksiran kepengetuaan mod sehari suntuk itu hanya sah untuk setahun.
Cerita kepengetuaan menjadi perlahan kerana menerima pelantikan sebagai guru akademik tingkatan enam (hakiki DG 48), setara dengan pengetua. Namun, tidak lama kemudian, semua penolong kanan juga menerima gred DG 48, manakala pengetua DG 52. Sebilangan pengetua pula baru mencecah usia awal 40-an yang akan menjaga guru-guru veteran yang tercicir daripada teraju kepimpinan sekolah, sama ada secara suka rela (tidak memohon) atau tiada rezeki ...

Subscribe to:
Posts (Atom)