Enrolmen murid tingkatan 5 SMI melebihi 350 orang. Analisis keputusan SPM 4 tahun belakangan (2004 - 2008) mencatat pencapaian sekitar 95 hingga 98 peratus. Sebagai sebuah sekolah harian bantuan modal, sekalipun diberi status sekolah kawalan, sekolah bestari dan sekolah lima bintang, pencapaian itu boleh dianggap baik, justeru dasar kenaikan automatik ke tingkatan empat sedikit sebanyak meletakkan cabaran getir kepada pihak sekolah untuk mensasarkan pencapaian yang hebat.
Dengan persekitaran bandar raya dan tarikan peluang kerja sambilan yang di depan mata, segelintir murid mula berbelah bahagi antara tumpuan pembelajaran dengan memiliki pendapatan sendiri. Di satu ekstrem yang lain pula, perasaan taksub kepada pusat tuisyen atau guru tuisyen persendirian mengakibatkan sekolah hanya seakan-akan tempat pertemuan sosial atau babby sitter bagi pelajar yang berlatar belakang keluarga berada. Kajian sekolah bandar di negara maju seperti Amerika Syarikat menunjukkan dapatan yang sama.
Di SMI, Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Encik Ravi, bersama-sama tiga guru kaunselor pelajar sepenuh masa (Encik Omar, Puan Adhariah dan Puan Nurul) menggalas tugas berat untuk menolong murid menerokai potensi diri, selain memanfaatkan segala sumber kepakaran guru secara optimum.Salah satu program wajib yang dilaksanakan saban tahun ialah majlis perpisahan murid tingkatan 5. Selain menyuntik motivasi saat akhir, murid diraikan dengan jamuan tengah hari yang cukup istimewa!
Ketika berucap dalam majlis itu, pengetua mengharapkan kohort murid tingkatan 5 tahun 2009 akan menunjukkan pencapaian yang cemerlang walaupun menyedari wujudnya unsur devian dalam kalangan segelintir kecil murid. Beliau turut memberi contoh beberapa orang Michaelian yang hebat dan berbakti seantero dunia. Ucapan ringkas Encik Phoon berjaya menarik perhatian khalayak.
Turut melontarkan kata-kata perangsang ialah bekas Michaelian yang kini kembali ke SMI sebagai guru yang disegani. Mereka ialah Encik Peter Khiew dan Encik Waran.
Kolej universiti yang banyak membantu SMI juga dijemput memberikan taklimat peluang pembelajaran di IPTS sebagai pilihan kepada murid yang berminat ke arah itu.

It has been at least 2 years I did not step into our school gate nor hall.
ReplyDeletelet's do it again...
ReplyDeletei wish i could but cant go back to ipoh till 2011 i suppose. plenty to do in college here. by the way then is the school holiday begin?
ReplyDelete21st Nov.
ReplyDeletetomorrow 10/11: kelab kilas tangkis vs kelab rapat setia
venue: dewan rapat setia
what is the result??
ReplyDeleteread the latest posting...
ReplyDelete