"Ayah berjanji untuk membawa aku ke luar negara jika lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, SRP (kini PMR). Alhamdulillah, aku mendapat sepuluh agregat. Aku tidaklah mendesak kerana yahu bahawa ayah sentiasa berpegang teguh pada janji. Akhirnya, pada bulan September tahun berikut, ayah membawa khabar gembira tentang jemputan Persatuan Penulis Russia untuk melawat negara mereka selama dua minggu.
Di Moscow, ayah dan aku disambut oleh Pak Cik Sikorsky, seorang ahli jawatankuasa persatuan. Kami menginap di sebuah hotel di tengah-tengah kota Moscow. Setelah dibawa ke pelbagai majlis dan tempat, akau membuat kesimpulan bahawa di Russia, penulis dan kesenian menjadi milik rakyat, dan dianggap lebih penting daripada agama. Ketika itu, Kesatuan Soviet masih mengandungi 17 buah republik dan memiliki keluasan melebihi 22 juta kilometer per segi. Pengaruh Revolusi Bolshevik masih utuh.
Ayah dan aku juga berpeluang mengunjungi Tashkent, Kiev dan Vladimir. Kami dibawa melawat makam Imam Bukhari, periwayat hadith sahih yang ulung. Kami dilayan oleh Mak Cik Margareta dan Pak Cik Ural. Kami juga melihat kesan pengaruh seni bina Islam dalam reka bentuk istana dan gereja di sana.
Kemudian, kami kembali ke Moscow dan sekali lagi ditemani oleh keluarga Pak Cik Sikorsky, dan anaknya Kak Zainia. Saya paling suka dengan buah epal rangup yang dikutip dari kebun keluarga Kak Zainia. Layanan mesra mereka akan menjadi kenangan sepanjang hayat..."
Cerita di atas nukilan Hasan Ali, lewat karyanya "Menembusi Tabir Besi" yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989 dan diulang cetak beberapa kali. Bahasa yang digunakan oleh pengarang sangat menarik, tetapi mudah difahami oleh pembaca biasa. Hasan Ali dapat membawa masuk pembaca ke dalam cerita berkenaan.
Antara maklumat baru bagi pembaca ialah ejaan Moscow / Moskow tidak pernah ditemui di Russia. Sebaliknya yang tertera hanyalah nama MOCKBA yang disebut Maskoba (halaman 4). Watak "aku" ialah Azizul, manakala ayahnya Syukri. Walaupun Russia sangat luas, kebanyakan penduduknya hanya berpeluang menduduki rumah pangsa. Tiada gedung membeli-belah mewah atau bangunan pencakar langit sepeti di Kuala Lumpur.
Kini Kesatuan Soviet (USSR) tinggal sejarah. Selepas kekalahan Soviet di tangan pejuang Afghanistan pada awal 1990-an, Presiden Gorbachev telah memberi kemerdekaan kepada 16 buah republik lain. Antaranya ialah Azerbaijan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgistan (majoriti penduduk Islam, menjadi sebahagian rantau Asia Tengah), Armenia, Georgia, Ukraine, dan Belarus (majoriti Kristian, dalam benua Eropah). Namun, dalam Russia sendiri masih terdapat lebih 20 juta penduduk Islam di Tartarstan, Daghestan, Chechnya, dan beberapa buah republik kecil yang lain.
Saiz Russia masih besar, iaitu 17 juta kilometer per segi, menganjur dari timur Eropah ke Asia Timur. Sistem kereta api Trans-Russia bermula dari Moscow hingga ke Vladivostok, berhampiran Semenanjung Kamchatka, sebuah kawasan sebesar pulau Borneo, tetapi tiada berpenghuni. Russia juga menguasai Pulau Sakhaline (separuh keluasan Semenanjung Malaysia) dan Kepulauan Kurile yang masih menjadi pertikaian dengan Jepun hingga sekarang.

Ketika era Perang Dingin, hubungan Soviet dengan Amerika Syarikat sentiasa mencemaskan dunia. Kini, Russia semakin membuka pasaran ekonominya. Dengan simpanan gas dan petroleum di Siberia yang begitu banyak, kuasa tawar-menawar Russia dari segi politik dan ekonomi dijangka mengukuh.
Dasar peluasan era imperialisme Soviet lebih tertumpu kepada wilayah di sekitarnya sahaja. Soviet tidak pernah melanggar negara yang lebih jauh sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Cuma cengkaman pengaruhnya di Eropah Timur masih kuat hingga sekarang.
Selain Russia, hanya Turki menjadi negara dua benua. Amerika Syarikat yang menguasai Hawaii di Lautan Pasifik dan Guam tidak dapat dikategorikan demikian. Begitu juga pendudukan England ke atas Falkland berhampiran Argentina masih terbabit dengan tuntutan bertindih.
Lebih menarik bahawa jika Russia tidak menjual Alaska kepada Amerika Syarikat, pada era pemerintahan maharaja, nescaya Russia ialah negara tiga benua: Asia, Eropah dan Amerika Utara. Sekali menjadi sejarah, mustahil dapat diundur kembali. Kita juga boleh mengambil iktibar itu...
assalamualaikum, gaya penceritaan yang cikgu azhar buat tu seolah-olah cikgu azhar yang pergi sendiri ke tempat tu. Tapi bila baca lagi barulah saya tau ia adalah ulasan karya Hassan Ali. Kalau nak lagi baik cikgu azhar cerita dulu sampai habis tentang "aku" hampir tamat baru bagi tau itu karya Hassan Ali. Sorry komen!!!
ReplyDeletesaya memang menghargai komen dan maklum balas sedemikian
ReplyDeletebarulah perkongsian idea berlaku
terima kasih....