Guru A: Tak sangka dah tua-tua ni kena buat penyelidikan. Ingatkan datang sekolah buat kerja
macam biasa sahaja.
Guru B: Dah nasib badan. Dulu masa mintak jadi cikgu macam orang bercinta. Ke lautan api
direnangi, ke puncak gunung yang tinggi akan didaki. Ke lurah dalam sanggup dituruni.
Guru A: Yang itu ayat memancing. Kan teori mengatakan apabila jumlah upah tinggi, kita lebih
mementingkan masa rehat. Kalau tak, bila duit yang bertapuk-tapuk tu nak
diperabih?
Guru B: Wah, falsafah nampak! Maklumlah, cikgu ekonomi. Tapi, aku rasa itu alasan je kan?
Helah bela diri. Defence mechanism! Hehehe... jangan mare!
Guru A: Habis, engkau tu relalah konon.
Guru B: Belasah jer. Jika untuk kebaikan murid, aku sedia berkorban. Dapat pahala, tau!
Guru A: Yalah tu. Aku pun hairan, orang atasan Kementerian banyak sangat idea. Yang tak
sedap, semua idea akhirnya dihalakan kepada kita.
Guru B: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun nampak susah, jika kita
pakat-pakat buat, tentu ada jalannya. Macam di Victoria, Australia. Kajian tindakan
dibuat secara beramai-ramai walaupun berbentuk kajian individu.
Guru A: Aku dah mula terpengaruh dengan kau. Dahsyat engkau, ya. Macam orang politik.
Guru B: Tak de lah. Kita lakukan setakat yang terdaya. Banyak pihak boleh membantu kita.
Guru A: Nasib baik aku mendengar cakap orang positif macam kau. Kalau tidak, aku masuk
kumpulan seberang sana, kumpulan rutin.
Guru B: Kumpulan rutin pun ada kelebihan mereka. Mungkin tugasan lain lebih sesuai.
Guru A: Betul, kita sangka baik sahaja...
(Nota: Perkataan berhuruf tebal telah dilemahkan dengan ejaan singkat, sinkof, atau bahasa
basahan. Dalam tulisan rasmi, gunakan perkataan yang gramatis).
No comments:
Post a Comment