Dua orang murid 4S5 sedang berbual-bual tentang sajak "Harga Remaja" karya pemuisi tersohor negara, Rahman Shaari, profesor pengajian media Universiti Malaya. Sajak itu diterbitkan dalam antologi Langit di Tangan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 15 tahun yang lalu. Sajak ini diberi penghormatan menjadi judul antologi komponen sastera (komsas) tingkatan 4 mulai tahun ini.
Daniel: Zarul dah bacakah sajak "Harga Remaja"?
Zarul : Sudah. Rasanya tidaklah susah sangat macam sajak-sajak kabur.
Daniel: Saya pun sudah. Apa kata kita bincang-bincang sikit perkara yang boleh dipelajari?
Zarul : Boleh juga. Nanti mudah apabila perbincangan di bilik darjah dibuat.
Daniel: Baiklah. Setelah membaca sajak "Harga Remaja" buat kali pertama, apa perasaan
Zarul?
Zarul : Biar saya berterus terang sahaja. Bacaan kali pertama rasanya tiada apa-apa kesan.
Umpama orang awam melihat sampah. Mereka nampak sisi busuk dan hodoh
semata-mata. Berlainan dengan orang berniaga. Mereka nampak sampah itu wang,
wang, wang! Sebab itu saya baca beberapa kali supaya berfikiran seperti usahawan,
bukan orang awam.
Daniel: Begitu? Jadi, bagaimana perasaan Zarul setelah selesai beberapa kali bacaan?
Zarul : Sebelum memberi jawapan, saya ingin bertanya dahulu. Mengapa Daniel berminat
sangat tentang hal-hal perasaan? Sudah berputik perasaan kepada seseorangkah?
Daniel: Tidaklah sampai ke tahap itu. Bukankah guru bahasa kita mengatakan bahawa
pembelajaran komsas dapat membimbing murid menzahirkan perluahan perasaan
secara beradab dan teratur?
Zarul : Ewah, ewah. Skema juga engkau, ya?
Daniel: Apa ni? Engkau belum menjawab soalan saya tadi. Bukankah sembang santai
macam ni pun boleh diselitkan unsur pembelajaran?
macam ni pun boleh diselitkan unsur pembelajaran?
Zarul : Baiklah tuan pendeta. Sebenarnya perasaan saya becampur-campur antara gembira
dan tercabar. Gembira kerana sajak "Harga Remaja" membawa saya berfikir tentang
kehebatan zaman remaja yang sedang kita kecapi. Zaman remaja yang hanya sekali
dan hanya sebentar. Jika kita mensia-siakan zaman remaja, kita tidak mungkin dapat
kembali. Kita bakal meniti usia seterusnya dengan penuh sesalan.
Daniel: Dengar saya deklemasikan rangkap pertama.
Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
di pinggir perjalanan in?
Mengapa Rahman Shaari perlu bertanya?
Zarul : Sajak tergolong dalam genre karya sastera yang lebih longgar sifatnya. Tiada
keterikatan rima akhir a-a seperti syair, atau rima akhir ab-ab seperti pantun.
Dalam pertanyaan sudah ada bibit-bibit jawapannya. Soalan dan jawapan dirangkum
bersekali menerusi bait-bait indah dan puitis.
Daniel: Tidak begitu fahamlah, tuan profesor.
Zarul: Rahman Shaari perlu bertanya untuk mengajak kita membuka jendela minda. Macam
persediaan uji kaji makmal. Kita mesti membina hipotesis terlebih dahulu. Hipotesis
yang bertaraf kebenaran sementara perlulah diuji. Pertanyaan Rahman Shaari lebih
kurang satu hipotesis.
Daniel: Sekarang saya deklemasikan rangkap kedua.
Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?
Tesis lagi...
Zarul : Sabar encik abang. Rangkap kedua mencabar keikhlasan kita. Beranikah dan
sudikah remaja mengaku bahawa pilihan, cita rasa dan wira sanjungan mereka
sering menjebak mereka ke dalam kancah kesangsian dan syak wasangka?
Daniel: "Cinta murah" itu sama dengan cinta monyetkah? Apa masalahnya, bukankah
angau sikit-sikit tu fasa normal setiap remaja?
Zarul : Saya agak penyajak ingin menyampaikan mesej bahawa cinta murah itu ialah
pergaulan bebas tanpa batasan mahram antara remaja lelaki dan remaja perempuan.
Pengaruh hedonisme hanya berkembang dalam masyarakat yang bertuankan
hawa nafsu. Cinta murah dipalit dosa dan noda, hilang maruah diri, dan hilang harga
remaja. Macam judul sajak.
Daniel: "Madu ajaran dari ilmu susah" tuh apa? Setahu saya madu ialah sejenis hidangan
berkhasiat zaman berzaman. Madu juga ertinya dua hingga empat orang isteri
berkongsi seorang suami.
Zarul : Kelakarlah konon. Proses belajar menimba ilmu bukankah susah? Kalau tidak,
semua orang boleh jadi profesor macam Rahman Shaari. Namun, ilmu ialah pelita
atau suluh kehidupan. Dengan ilmu, kehidupan remaja lebih berharga. Remaja tidak
mudah diperdaya, dipikat dan ditipu dengan mulut manis nan berbisa.
Daniel: Barulah jelas. Tapi bahasa Zarul tinggi sangat. Berat rasanya beban minda ini.
Baik kita minum dahulu.
Zarul : Kita sama sahaja. Kita menjunjung harga remaja. Marilah minum...

Cara yang menarik untuk mempelajari sajak tersebut .
ReplyDeleteTerima kasih atas maklum balas dan perhatian.
ReplyDeleteMasih dalam proses tambah sana tambah sini. Jika ada cara lain, apa kata dikongsikan?
cikgu....ada kesalahan ejaan bab-bab tetapi di eja ab-ab
ReplyDeleteterima kasih zarul
ReplyDeleteab-ab merujuk kepada persamaan rima akhir baris pembayang dengan baris maksud pantun (1=3 dan 2=4)
jika syair / gurindam aa-aa
(setiap rangkap rima hujungnya sama
semua sekali)