Setelah rentung dalam peristiwa kebakaran awal tahun lalu, pejabat sewaan basikal Taman D R Seenivasagam masih belum dipulihkan. Kesan kebakaran masih boleh dilihat dengan jelas. Pokok yang tumbuh meliar juga dibiarkan begitu sahaja.
Larangan untuk kanak-kanak membawa basikal persendirian juga sudah tidak lagi terpampang (rujuk posting 12 April 2008). Namun, kerja mengangkut basikal dalam kenderaan penumpang agak lecek. Selain ruang yang sempit, terdapat risiko calar pada kenderaan atau basikal yang terpaksa disumbat begitu rupa hingga menjejaskan spesifikasinya!
Pemandangan biasa kanak-kanak beratur menunggu giliran untuk menyewa basikal dengan kadar RM1 setengah jam sudah lenyap. Rangka basikal yang terbakar juga mungkin telah dialih. Hanya kesepian yang dapat dilihat.
Trek basikal di sini memang sesuai untuk memberi pendedahan kepada si kecil dan kanak-kanak bawah 12 tahun untuk mempelajari selok-belok jalan raya. Dengan laluan yang kadang-kadang lurus, berliku, berbukit dan curam, kanak-kanak akan dapat berlatih mengimbangi kelajuan dengan kedudukan badan. Tanda arah, bulatan, lampu isyarat dan persekitaran hijau juga boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak supaya menghargai alam sekitar.

No comments:
Post a Comment