Ketika ini Malaysia ketinggalan 0-1 di tangan China setelah Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur kepada ketangkasan Lin Dan dalam permainan terus, 17-21, 8-21. Memandangkan perlawanan berlangsung pada waktu Maghrib, kesempatan menonton siaran langsung di kaca televisyen menjadi terhad. Nampaknya status sebagai pemain nombor satu dunia Chong Wei sentiasa dibayangi oleh pemain utama negara tembok besar itu.
Menonton Piala Thomas menerusi telefon bimbit
Kini pasangan nombor satu dunia, Koo Kean Kiat (Michaelian) - Tan Boon Heong masih bertungkus-lumus dalam perhitungan dengan beregu handalan China, Cai Yun - Fu Aiping, apabila ketinggalan agak jauh (10 - 17) dan sering membuat hantaran keluar gelanggang. Bukan tidak memberi tentangan, tetapi sentuhan penyudah sering memihak kepada beregu lawan. Akhirnya hantaran balas yang tersekat di jaring menghadiahkan kemenangan set pertama kepada lawan, 15-21.
Set kedua bermula dengan skrip yang hampir sama. Kali ini berkali-kali smash pasangan Malaysia sangkut di jaring sehingga ketinggalan 1-6. Pada pertengahan permainan, lawan mendahului 11-5. Nampaknya tugas bertambah berat dan tekanan juga semakin tinggi.
Setelah bulu tangkis dihantar keluar, kena tipulah pula dengan servis lambung (lob). Sekarang 10-20! Dan Cai Yun dengan mudah meletakkan bulu tangkis ke gelanggang Malaysia tanpa mendapat jawapan. Maka, China sudah kukuh dengan kedudukan 2-0.
Kean Kiat mengakui walaupun telah mencuba, permainan mereka masih tidak mampu menyerap gerakan pantas pemain China. Boon Heong pula berpendapat dalam tahap pemainan seumpamanya, pasangan yang berjaya memimpin serangan akan menyebabkan pihak lawan tertekan dan seterusnya terperangkap untuk terus membuat kesilapan. Apakah Wong Choon Han, 33 dapat mencipta misi ajaib bagi menafikan kemenangan China menerusi pemain muda mereka, Chen Jin, 21?
rehat di arena Kilas Tangkis, tonton Indonesia lawan Jepun
Mata pembukaan Choon Han hanya dikutip setelah ketinggalan 0-3. Pukulan drop gagal disambut lawan untuk 2-4. Bola tanggung pula.3-6. 4-6. Keluar lagi, 4-8. Chen Jin membuat kawalan gelanggang yang baik apabila memaksa Choon Han berkejar di sekeliling gelanggang. Pertengahan set pertama, 5-11.
Sekarang 7-12. Pengalaman nampaknya tidak memadai untuk menyaingi kecergasan. 8-15. Pukulan Chen Jin melebar dan tersasar, 10-15. Langkah Chen Jin sudah mati, sayangnya tolakan Choon Han melepasi garisan belakang, 11-17. Smash padu (267 km sejam) dihalakan ke kiri Chen Jin, 12-18. Bergerak lagi, 14-19. Mata akhir, 15-20. 16-20. Lagi tolakan ke belakang tersasar. Tamat sudah set pertama. Misi "mustahil" pula akan bermula dalam set kedua!
Mata pertama buat Choon Han apabila Chen Jin menghantar shuttle ke jaring. Kembali tolakan melapasi garis belakang, 1-1. Asakan lawan dijawab dengan pukulan yang agak goyah, 1-5. 3-6. Dua kali sangkut di jaring, 3-9. Mata kesebelas terus diraih lawan, tujuh mata di hadapan. Hanya 10 mata untuk China merayakan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir untuk bertemu Indonesia.
Kuisan ke jaring dan tolakan keluar berterusan, 5-14. Seakan-akan gerakan Choon Han semakin perlahan, dan Chen Jin mengambil kesempatan. 6-17, 6-18. Keluar lagi, 6-19. Mata akhir hadiah tolakan keluar. 7-20. Sangkut di jaring, 7-21. Perjuangan Malaysia berakhir di sini!
pemain Kilas Tangkis mendambakan inspirasi
Choon Han berkata bahawa dia telah mencuba segala cara, tetapi Chen Jin sangat sabar dan tidak gopoh. Kunci kekuatan China ialah keseimbangan sepasukan. Malaysia kena menunggu dua tahun lagi untuk terus mencuba.
Datuk Misbun, ketua jurulatih perseorangan menganggap kekebalan pasukan China memang sudah dijangka, dan semua pemain Malaysia telah mencuba sedaya upaya. Satu post-mortem untuk mengkaji kekuatan mental dalam menghadapi tekanan bakal menjadi keutamaan pasukan negara, di samping mengetengahkan bakat-bakat baharu untuk terus kekal dalam kalangan pasukan badminton elit dunia. Apa-apa pun sasaran layak ke separuh akhir sebenarnya tercapai. Tahniah Malaysia!
No comments:
Post a Comment