Selain debat bahasa Inggeris, pementasan drama tahunan turut menjadi asas pemilihan SMK St Michael, Ipoh (SMI) sebagai sekolah kawalan negeri di bawah seliaan pejabat pelajaran daerah Kinta Utara. Dengan status sekolah bantuan modal, dana tambahan bagi tabung akademik dan pembangunan fizikal perlu diisi supaya warga SMI dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Hasil jualan tiket drama, sumbangan dan tajaan pementasan akan disalurkan bagi membiayai beberapa projek, antaranya menaik taraf bilik kuliah utama.
Seperti juga persembahan teater, usaha menjual tiket pementasan drama memang penuh cabaran. Bagaimanapun pengalaman pasukan pemasaran drama SMI bertahun-tahun lamanya dijangka membantu proses jualan tiket yang biasanya habis dibeli pada hari-hari terakhir menjelang pementasan selama tiga malam berturut-turut itu.
Seluruh warga SMI termasuk pengetua, penolong kanan, guru, kakitangan dan pelajar diberi peranan menjual tiket drama. Segala kaedah jualan dilakukan sama ada secara bersemuka mahupun cara komunikasi jarak jauh. Pelajar tingkatan 6 Rendah juga diberi pendedahan melakukan promosi sambil menjual tiket drama di kawasan tumpuan sekitar bandar raya Ipoh yang terletak dalam jarak berjalan kaki.
Saban tahun tiket persembahan malam minggu (Sabtu) mendapat permintaan terawal dan habis dahulu. Kini masih berbaki seminggu sebelum pementasan malam pertama dipertontonkan. Tarikh drama diawalkan daripada bulan Ogos justeru Ramadan menjengah tiba.

No comments:
Post a Comment