Terdapat 4 peristiwa penting yang boleh dibincangkan dalam bab ke-7 novel Azfa Hanani. Secara keseluruhannya, bab ini akan membaca pembaca mengenali watak antagonis, iaitu Laili dan watak Ekran, pengerusi persatuan tingkatan lima, merangkap penjual burger. Nampaknya tiada watak baharu ditampilkan.
Peristiwa 1
Azfa Hanani mengutus surat sepanjang kepada Pak Long dan Mak Long yang buta huruf di kampung. Di samping bertanya khabar, Hanani turut menyertakan RM300 “upah penyamaran” daripada Datuk Tengku Muzafar tempoh hari.
Perwatakan | mengenang budi |
Latar Masyarakat | masyarakat yang mengenang budi |
Nilai | berbudi bahasa |
Persoalan | budi bahasa dalam keluarga |
Pengajaran | kita hendaklah berbudi bahasa terhadap insan yang berjasa |
Peristiwa 2
Azfa Hanani akhirnya terpaksa menerima pemberian RM 100 Tengku Mazran bagi mengelakkan tanggapan negatif Datin Maziah yang tiba-tiba muncul. Wang itu kemudiannya digunakan bagi membeli buku sebagai ganti buku-buku Index Publications yang diambilnya daripada perpustakaan SM Seri Dian.
Perwatakan | |
Latar Masyarakat * | |
Nilai * | kejujuran / bertanggungjawab |
Persoalan * | |
Pengajaran * |
* isi petak kosong sebagai latihan
Peristiwa 3
Azfa Hanani "mengambil alih" tugas Tengku Murni sebagai setiausaha persatuan tingkatan 5 yang diterajui oleh Ekran. Cabaran utama yang bakal dihadapi ialah protes Laili terhadap projek Malam Sumbangsih yang didakwanya tidak adil.
Perwatakan | |
Latar Masyarakat | |
Nilai | |
Persoalan | berhati-hati dalam menangani cabaran |
Pengajaran |
Peristiwa 4
Azfa Hanani membuat keputusan menaiki bas mini sahaja ke Plaza Cahaya, lokasi Institut Lingua Franca yang menjadi tempat dia belajar bahasa Inggeris dan bahasa Peranchis. Secara tidak diduga, dia terserempak dengan Ekran, yang sedang mengendalikan gerai burger.
Perwatakan | |
Latar Masyarakat | |
Nilai | |
Persoalan | |
Pengajaran | kita hendaklah berdikari dalam menempuh kehidupan |
Soalan KBKK
Watak utama sesebuah novel digambarkan sering berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama.
- Cabaran untuk berlaku jujur dalam tindakan
(penjelasan / huraian: gunakan peristiwa 2);
Watak utama sesebuah novel digambarkan sering berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama.
[ 7 markah ]
Panduan menulis jawapan
Nyatakan terlebih dahulu cabaran yang dihadapi, misalnya:
- Cabaran berjauhan daripada keluarga
(penjelasan / huraian: gunakan peristiwa 1);
- Cabaran untuk berlaku jujur dalam tindakan
- Cabaran sebagai pemimpin persatuan / Cabaran menghadapi pihak yang membantah sesuatu
- Cabaran untuk hidup berdikari
(penjelasan / huraian: gunakan peristiwa 4)
Catatan: peristiwa-peristiwa daripada bab yang lain juga boleh digunakan...
(gunakan ayat-ayat lengkap sahaja, satu isi satu perenggan;
tidak perlu berpanjang lebar)
No comments:
Post a Comment