Setelah menjadi kumpulan murid tingkatan 1 yang pertama menggunakan antologi "Kasut Kelopak Jantung" tahun lalu, kini sekali lagi sangat bertuah sebagai "perasmi" sulung antologi "Gema Sepi Gadis Genius" (selepas ini ditulis sebagai GSGG sahaja). Judul antologi diangkat daripada cerpen kelima yang dimuatkan mulai muka surat 104 hingga 116, iaitu sebanyak 13 halaman. Pada keseluruhannya, antologi GSGG memuatkan sejumlah 25 buah karya yang merangkumi puisi tradisional (6), sajak (6), prosa tradisional (4), cerpen (6) dan drama (3).
Kulit hadapan antologi didominasi warna ungu, sesuai dengan judulnya yang bercitra feminin. Lakaran seorang gadis bertudung seolah-olah sedang menadah gelembung-gelembung buih sabun yang dibebaskan ke sekeliling. Semuanya tampak berbalam-balam sahaja.
Ketebalan (baca; kenipisan) GSGG ialah 190 muka surat, termasuk dua halaman glosari. Bahagian kulit belakang hanya dihiasi gelembung-gelembung ungu, iaitu latar kulit belakang. Tiada ilustrasi disisipkan dalam mana-mana karya, melainkan lakaran berbalam-balam yang bertemakan bunga-bungaan sebelum muka surat pengenalan tiap-tiap genre.
Perbincangan ini hanya menumpukan analisis cerpen GSGG yang menjadi judul antologi. Basirah, remaja perempuan berusia 14 tahun yang sedang menjalani latihan praktikum tahun akhir pengajian komputer sebuah universiti tempatan. Dilema atau konflik yang mengusutkan fikiran Basirah ialah dari segi kehidupan normal remaja yang sebaya, iaitu ramai kawan.
Pengarangnya, Azmah Nordin menggambarkan kepintaran luar biasa Basirah dengan kakaknya, Hanani yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya. Pertumbuhan fizikal dan mental Basirah jauh mengatasi Hanani. Misalnya, sewaktu Hanani baru belajar berjalan, Basirah sudah pun pandai melompat (muka surat 105).
Hanani teringin sangat hendak menjadi seperti Hanani yang lincah, kreatif, lasak dan banyak kawan. Walaupun genius, Basirah dilayan seumpama budak-budak juga oleh dua orang timbalan pengurus (40-an) di Makmal Perdana, Kota Kinabalu itu. Cabaran itu disambutnya dengan usaha mengesan penceroboh yang tersesat masuk walhal tujuan asalnya ialah mencuri maklumat ketenteraan negara.
Basirah mahu jenayah digital ditentang habis-habisan. Namun, pensyarah Basirah mahukan pendekatan penyelidikan sains digunakan, bukan pendekatan polis. Sedang Basirah mencongak langkah seterusnya tiba-tiba muncul kakaknya bersama-sama 10 orang remaja lain untuk meraikan ulang tahun kelahiran Basirah yang ke-14.
Mereka juga mencadangkan macam-macam idea untuk mengumpan si penceroboh supaya berlama-lama di saluran internet Makmal Perdana. Hanani pula lebih ke hadapan dengan cadangan mencipta sejumlah fail teks yang nampak seperti tulen, lalu dinamai Strategic National Network. ADengan kerjasama pensyarahnya, dan kelalaian si penceroboh, Roger Maris, yang beroperasi dari sebuah pangsapuri di Los Angeles berjaya dikesan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Hanani lebih tenang dan tabah menghadapi masa hadapannya walaupun dirinya sedikit nakal, tetapi kreatif. Basirah nyata teruja dengan kehidupan remaja yang normal seperti kakanya, walaupun dia genius. Begitulah impian gadis genius yang sepi dalam gema sostem internet.
Perbincangan:
Watak dan perwatakan
Latar masyarakat
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Latar tempat
Latar masa
Tema
KBKK (teknik penceritaan, bahasa)
Perbincangan:
Watak dan perwatakan
Latar masyarakat
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Latar tempat
Latar masa
Tema
KBKK (teknik penceritaan, bahasa)
bersambung...
Cikgu, salam sejahtera.. Bolehkah cikgu berikan maksud pantun dua kerat (nasihat) ms. 5.
ReplyDeleteterima kasih
terima kasih atas perhatian.
ReplyDeletepermintaan anda telah dituniakan, sila rujuk "posting" 16.1.11
pembetulan ejaan: ditunaikan, bukan dituniakan. harap maklum...
ReplyDeletepembetulan ejaan: ditunaikan, bukan dituniakan. harap maklum...
ReplyDeletesalam cikgu...
ReplyDeletebolehkah cikgu berikan sedikit sebanyak info tentang tajuk maaf ku pinta dalam novel gema sepi gadis genius...
cikgu apakah maksud banggai
ReplyDeletecikgu, bolehkah cigu berikan info tentang prosa tradisional raja muda?
ReplyDeletebanggai boleh jadi kata terbitan daripada kata dasar "bangga" dengan penambahan imbuhan "i"
ReplyDelete"maaf kupinta", "raja muda" insya-Allah menyusul...
salam cikgu,boleh tak bagi sedikit sebanyak maklumat tentang sajak persahabatan(m/s 20)?saya amat memerlukannya.terima kasih :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteboleh berikan maklumat mengenai Burung-Burung Pagi; A. Wahab Ali juga
asalammualaikum ckgu,
ReplyDeleteblh sya tanya,di mana sya blh cari latar belakang,nilai dan pengajaran 'gema sepi gadis genius'?
salam..
ReplyDeleteboleh cikgu berikan saya maksud Pantun Empat Kerat (agama) ?
terima kasih cikgu
Salam Sejatera dan Asalammualaikum Cikgu Azhar,
ReplyDeleteBolehkah Saya tanya bahasa Arab yang terdapat dalam “Pantun Empat Kerat (Agama)”.
Terima Kasih!
salam...
ReplyDeleteperkataan yang mana?
kalau syair nasihat (m.s. 9) Thamarat (buah-buahan @ hasil), ai-Muhimmah (penting) --> kesudahan hasil yang berguna / baik.
salam :) cikgu,boleh tak berikan nilai dan pengajaran pantun nasihat m/s 5 ? terima kasih
ReplyDeletePelajar SPM 2011 sila ambil perhatian,
ReplyDeleteIngin mencuba Enrichment English test,click http://www.kwiksurveys.com?s=NIMHNL_d714c32f
Pelajar PMR 2011,sila ambil perhatian,
ReplyDeleteIngin mencuba Enrichment English Test
click :
http://kwiksurveys.com?u=pmrtest
Terima Kasih
anonymous kenapa tanya banyak soalan.cikgu mungkin tak boleh jawab nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu Azhar. boleh beri tak apa gaya bahasa yang digunakan bagi frasa di bwh :
ReplyDeletea) Marah berapi
b) Kuasa senjata itu seperti hililintar
c) Berat mulut
d) Pembasuh ideologi jahat
* Terima kasih dan maaf menyusahkan cikgu. :)
cikgu bolehtak cikgu berikan jawapan untuk persoalan novel ini
ReplyDelete???
MANA MAKSUD TEMA
ReplyDeletemaaf ckgu , apkah mksud 'menterjemah makna kejiranan' ???
ReplyDeletesalam cikgu. boleh saya tahu di mana boleh cari pengajaran dan nilai cerpen gema sepi gadis genius?
ReplyDeletesalam cikgu, sy guru baru yg kena mengajar bm ting2..masalahnya sy xde pengalaman dgn komsas..dan xtau bagaimana nak mengajar komsas ni..dalam antlogi Gema Sepi Gadis Genius ni..apakah pertama sekali yang patut saya lakukan semasa p&p..mohon tunjuk ajar..terima kasih.
ReplyDelete