Watak:
Aku: pencerita ("aku"), tukang gunting rambut sambilan. Berasal dari Kampung Batu 25, Bagan Datoh, kemudian peneroka Felda. Dipanggil Mat Gunting, Uda Ahmad. Mempunyai 3 orang anak lelaki, selain Manisah, anak bongsunya. Pernah mengambil upah di kebun kelapa.
Manisah (Manis): Anak perempuan tunggal "aku". Tidak membantah rambutnya dipotong pendek oleh "aku", terutama setelah menang dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa tadika. Selalu pening sejak kecil, tetapi mudah senyum. Sukakan keropok lekor di kantin, hingga bertindak mengambil sendiri wang simpanan "aku". Merahsiakan penyakit leukimia yang dihidapi hingga hujung nyawa. Ucapan terakhirnya, "Manis tak mampu abah... (Rambut Manis gugur setiap hari)."
Sinopsis
Penceritaan sudut pandangan orang pertama (penggunting rambut) mengisahkan seorang bapa tunggal yang begitu kasih kepada anak perempuannya yang seorang, iaitu Manisah, atau dipanggil Manis sahaja. Sejak kecil, Manis begitu bangga dengan ayahnya sebagai tukang gunting rambut, dan sering berlagak sebagai pembantu. Oleh sebab tidak mahir menyisir rambut anak perempuan, "aku" sentiasa menggunting pendek rambut Manis hinggalah dia besar panjang. Manis kemudiannya belajar di sekolah asrama, serta pernah ditegur kerana fesyen rambutnya itu. Manis berjaya masuk ke universiti, tetapi pada tahun akhir pengajiannya, selama lapan bulan Manis tidak balik-balik ke rumah dengan alasan sibuk. Akhirnya, panggilan telefon daripada rakan Manis membongkar rahsia bahawa Manis menghidap penyakit leukimia (barah darah) yang diwarisi secara genetik daripada ibunya. Semasa melawat Manis di hospital, rambut Manis gugur hingga separuh botak akibat rawatan, namun Manis masih tersenyum manis kepada "aku" seperti selalunya walaupun wajahnya pucat lesi. Manis meninggal dunia di ribaan "aku" menjelang Subuh. Rambut Manis yang melekat pada sikat ditanami, dan "aku" bersara daripada pekerjaan sambilan sebagai tukang gunting.
Peristiwa menarik:
Peristiwa menarik:
1 "Aku" memujuk Manis yang diketawakan kawan-kawan di tadika kerana dia anak penggunting rambut. "Aku" cuba memahamkan Manis bahawa pekerjaan sambilannya itulah yang memberikan rezeki sampingan. "Aku" terus menggunting rambut walaupun telah menjadi peneroka Felda.
Watak: "Aku" / pencerita / penggunting rambut sambilan / peneroka Felda
Perwatakan: Gigih / rajin
Nilai: Kegigihan / kerajinan
Latar masyarakat: Masyarakat yang gigih / masyarakat yang rajin
Persoalan: Kegigihan / kerajinan dalam mencari rezeki / menyara kehidupan keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah gigih berusaha mencari rezeki
2. "Aku" menghalalkan makan minum Manis walaupun pernah menganggap anaknya itu mula mencuri kerana mengambil sendiri wang tanpa kebenaran. Apabila mengetahui Manis suka keropok lekor, "aku" menambah wang belanja sekolah Manis.
Watak: Manisah / Manis / anak penggunting rambut
Perwatakan: Peka / prihatin / pemaaf
Latar masyarakat: Masyarakat yang peka / prihatin / pemaaf
Nilai: Kepekaan, keprihatinan, sedia memaafkan
Persoalan: Kepekaan / keprihatinan terhadap keperluan anak / Kesediaan memaafkan kesalahan keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah peka / prihatin terhadap keperluan keluarga / kita hendaklah bersedia memaafkan kesalahan keluarga
3. Manis membantu "aku" menyapu gumpalan rambut pelanggan dan menanamnya dekat pokok pisang di belakang rumah mereka. Manis juga menyediakan kelengkapan menggunting rambut.
Watak: Manisah
Perwatakan: rajin / suka membantu
Latar masyarakat: Masyarakat yang rajin / masyarakat yang suka membantu
Nilai: Kerajinan / tolong-menolong
Persoalan: Kerajinan / tolong-menolong sesama anggota keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah rajin / menolong / membantu dalam urusan keluarga
4. Manis "memberontak" dan bertambah marah apabila dituduh sebagai pembawa imej rambut pendek di asrama. Dia menggunting rambutnya lebih pendek.
Watak: Manisah
Perwatakan: mudah berasa hati / mudah tersentuh perasaan / perasa / sensitif
Latar masyarakat: Masyarakat yang mudah berasa hati
Nilai: Kepekaan / keprihatinan / ketelitian (merujuk pihak lain, misalannya warden asrama yang melabel Manis sebagai pembawa pengaruh imej rambut pendek tanpa siasatan lanjut)
Persoalan: Kepentingan menjaga / mengambil kira perasaan / sensiviti orang lain
Pengajaran: Kita hendaklah menjaga / mengambil kira perasaan / sensiviti orang lain sebelum bercakap.
5. "Aku" terlalu merindui Manis yang menyambung pengajian tinggi di Kuala Lumpur kerana jarang-jarang balik kampung. Aku berasa terkilan, tetapi dalam masa yang sama tidak mengetahui punca sebenar Manis bersikap demikian.
Watak: "Aku" / penggunting rambut / bapa Manisah
Perwatakan: Penyayang / kebapaan
Latar masyarakat: Masyarakat yang penyayang / bersifat kebapaan
Nilai: Kasih sayang
Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran: Kita hendak menyayangi sesama keluarga
6. Abang-abang Manis menangis, serta berpelukan sesama sendiri apabila Manis menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Itulah pertama kali "aku" melihat mereka begitu.
Watak: Tiga orang abang Manisah
Perwatakan: Penyayang
Latar masyarakat: Masyarakat yang penyayang
Nilai: Kasih sayang
Persoalan: Kasih sayang sesama adik-beradik / keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi adik-beradik / keluarga kita.
Analisis cerpen secara keseluruhan
Tema: Kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuan tunggalnya yang mewarisi penyakit ibunya.
Latar tempat: rumah "aku" / rumah Manisah; hospital, tadika, asrama, Bagan Datoh, ladang Felda, Kuala Lumpur.
Latar masa: Subuh, Asar (Manisah dikebumikan), siang hari (Manisah bersekolah, membantu bapa), zaman kanak-kanak Manisah, zaman mahasiswi Manisah
cikgu,boleh cikgu letakkan plot?
ReplyDeletecikgu , ltkla plot , na amik sbg h/w BM yg cikgu sae kasi , plzzz cikgu , tlg ltk plot ,
ReplyDeleteanonymous ,
sae sokong awk ,
cikgu bagi plot juga boleh!!!
ReplyDeleteterima kasih!!banyak membantu saya!!
ReplyDeleteterima kasih ianya sangat membantu
ReplyDeleteplot teknik-imbas kembali
ReplyDeleteterima kasih , nota ni bnyak membantu saye :)
ReplyDelete