Selamat sejahtera dan selamat pagi
Terima kasih saudara pengacara majlis
Yang Berusaha Tuan Pengetua
Penolong-penong Kanan, guru kanan, guru,
pemimpin pelajar, dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian
Masa itu emas. Masa itu ibarat mata pedang. Masa ialah kehidupan. Demikian antara metafora dan peribahasa tentang kepentingan masa.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Minggu pertama dalam dekad kedua abad 21, iaitu minggu lepas telah pun makin jauh meninggalkan kita. Hari ini, Isnin 10 Januari 2011, bersamaan dengan 5 Safar 1432 Hijriyyah, kita memulakan langkah cemerlang minggu yang kedua.
Pada minggu ini, saya, Cikgu _______________________ dan Cikgu __________________ ialah guru bertugas mingguan. Secara amnya, guru bertugas akan membantu pengurusan harian sekolah dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbaik, selain memberikan perhatian terhadap hal-ehwal kebajikan para pelajar. Justeru, pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru bertugas andainya terdapat sebarang perkara yang berkaitan.
Saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan tahniah justeru pelajar sanggup berkorban bangun awal pagi berkemas diri menuju sekolah. Maka, saya yakin bahawa pelajar tidak mahu membiarkan pengorbanan dan susah payah itu berlalu sia-sia tanpa pulangan yang setimpal. Selaku guru bertugas, saya menyeru pelajar supaya sentiasa mengingatkan diri sendiri akan pengorbanan dan susah payah yang dilalui saban hari sebelum menetapkan hala tuju dan tingkah laku sepanjang sesi persekolahan di sini.
Bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang terbaik sepanjang minggu kedua ini, guru bertugas akan memberi perhatian terhadap objektif berikut:
1. Keselamatan pelajar semasa tiba di pintu masuk utama sekolah dan ketika hendak balik di tahap tertinggi - petunjuknya pelajar mematuhi peraturan am jalan raya dan mematuhi arahan warden trafik sekolah;
2. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah menggambarkan mentaliti modal insan minda kelas pertama - petunjuk: memenuhi kelayakan dan penarafan sebagai tempat belajar yang selesa dan sihat, guru memberikan laporan positif; dan
3. Aktiviti pembelajaran disokong oleh tahap disiplin, sahsiah dan semangat Michaelians yang tinggi - petunjuk: sistem demerit menolong pelajar bebas daripada kacau ganggu, jumlah aduan menurun.
Saya berharap dan merayu agar sekalian pelajar memberikan kerjasama dan sokongan yang padu supaya minggu kedua ini menjadi ingatan dan kenang-kenangan yang manis sepanjang zaman persekolahan. Teruslah menyumbang terhadap pengukuhan jenama sekolah kita sebagai sekolah berkesan, sekolah cemerlang, sekolah impian, serta menjadi sebutan yang dicemburui oleh sekolah-sekolah lain. Ayuh, kita mampu melakukannya.
Nyiru dibawa biru berbelang
Menyerlah citra lelaki anakanda
Minggu kedua menuju cemerlang
Sekolah kita mendaki persada

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment