Friday, January 7, 2011

MENGHORMATI GURU (CHARACTER SCHOOL)

Ipoh, Jumaat, 7.1.2011 / 2 Safar 1432

Satu daripada adab belajar yang paling asas ialah menghormati guru. Hubungan yang harmonis antara murid dengan guru akan menjamin proses pemerolehan ilmu yang benar, berguna dan berkat. Bukan murid sahaja yang dituntut menghormati guru, malah ibu bapa kepada murid juga mesti berbuat demikian.

Demikian antara intisari khutbah Jumaat di sebuah masjid yang berjiran dengan Politeknik Ungku Omar dan Taman Cempaka dekat sini. Walaupun status sosioekonomi dan kelayakan akademik ibu bapa mungkin melebihi guru, adab berkenaan masih wajib dipatuhi. Ibu bapa berjaya melaksanakan tugas dan aktiviti mencari rezeki dengan senang hati justeru anak-anak mereka berada dalam pengawasan kaum guru di sekolah. 

Cuti persekolahan yang panjang sepatutnya menggembirakan semua ibu bapa kerana dapat merapatkan hubungan seisi keluarga. Namun, kedapatan juga ibu bapa yang pening bagi mengisi aktiviti masa senggang anak mereka di rumah. Ibu bapa menghadapi beberapa orang anak sendiri, sedangkan guru menghadapi puluhan anak orang dalam sebuah bilik darjah yang boleh dianggap ramai.

Besar jangan disangka bapa, kecil jangan disangka anak. Dalam konteks di sekolah, saiz anak murid mungkin jauh mengatasi guru. Sumber makanan berkhasiat dan khidmat rawatan yang termaju menyumbang terhadap paradoks yang berlaku itu. 

Secara umumnya, di seluruh dunia tahap rasa hormat murid kepada guru masih membanggakan. Kes-kes terpencil murid ingkar tidak seyogia memadamkan hakikat tadi. Jika tidak, sudah tentu banyak sekolah akan ditutup, dan permintaan untuk jawatan keguruan akan merudum dengan teruknya.

Sebelum diterima masuk ke universiti, menceburi alam pekerjaan atau menganggotai organisasi profesional, seseorang itu pernah bergelar murid sekolah selama lebih sepuluh tahun. Tidak kurang 50 orang guru membimbing mereka sejak prasekolah hinggalah menengah rendah, atas dan prauniversiti. Kelayakan pelbagai sijil yang diterima juga kena melepasi proses pentaksiran oleh para guru yang tidak mereka kenali.

Penghormatan murid terhadap guru menyumbang terhadap aktiviti pembelajaran yang terbaik. Sebenarnya terdapat banyak bentuk rasa hormat yang boleh ditunjukkan. Murid hendaklah sentiasa bersedia membantu guru apabila diperlukan...

2 comments: