Pengenalan
Penulis: Baharuddin Kahar
Ambilan: Antologi Gema Sepi Gadis Genius, muka surat 76 - 83
Teknik penceritaan: sudut pandangan orang pertama - "aku"
Watak utama:
1) "Aku" - budak perempuan berusia 11 tahun
2) Ibu "aku"
3) Pak Cik Kinto - bapa saudara "aku"
4) Su - budak perempuan kampung yang mengajak "aku" bermain rumah katak
5) budak lelaki 8 tahun - adik tiri Su (anak ibu tiri Su yang bengis)
Sinopsis
Peristiwa Menarik
Perwatakan: menghargai alam sekitar
Latar masyarakat: masyarakat kanak-kanak bandar
: masyarakat yang menghargai alam sekitar
Latar tempat: sekitar kawasan kampung / padang belukar (yang subur)
Latar masa: pagi / ketika matahari mula memancarkan cahaya terik
Nilai murni: kasih sayang / mencintai alam sekitar ("aku" asyik / kagum dengan panorama desa)
Persoalan: Kecintaan terhadap alam sekitar
: Persekitaran kampung / desa yang indah
: Sikap ingin tahu kanak-kanak
Pengajaran: kita hendaklah mencintai alam sekitar
Perwatakan: mudah mesra / peramah
Latar masyarakat: masyarakat kanak-kanak kampung / masyarakat yang mudah mesra / peramah
Nilai murni: kemesraan / keramahan
Persoalan: kemesraan / keramahan dalam pergaulan / komunikasi
Pengajaran: Kita hendaklah mesra / ramah dalam pergaulan / komunikasi
Perwatakan: peka / prihatin / sensitif (Su tahu cara untuk mengukuhkan jalinan perkenalan dengan "aku")
Latar masyarakat: masyarakat yang peka / prihatin / sensitif
Latar tempat: kawasan paya
Nilai murni: kepekaan / keprihatinan
Persoalan: kepekaan / keprihatinan terhadap kepentingan membina ikatan persahabatan yang kukuh
Pengajaran: kita hendaklah peka / prihatin / sensitif terhadap kepentingan persahabatan

"Aku" buat kali pertama menjejakkan kaki ke hampung yang dimomokkan oleh ibu sebagai penderitaan dan kesepian. Namun, anggapan "aku" berubah apabila mengikut Pak Cik Kinto meninjau bukit di belakang rumah pusaka mereka. Pada hari Pak Cik Kinto ke bandar menguruskan pemindahan harta pusaka ibu kepadanya, "aku" mengelilingi kampung, lalu bertemu dengan Su yang mengajaknya bermain di tepi paya dengan beberapa kanak-kanak kampung. "Aku" cepat menyesuaikan diri. "Aku" berasa senang kerana pengalaman dilayan begitu mesra, tidak seperti kawan-kawan di kota yang sombong dan terkongkong. "Aku" tidak jadi marah walaupun berkali-kali rumah katak yang dibinanya dipecahkan oleh Su yang begitu lucu dan mesra. Su kemudiannya menghadiahi "aku" sejambak bunga bernama capa rengat atau melur hutan yang dipetik di hujung paya. Sedang "aku" sibuk membina rumah katak, kali ini dengan acuan kaki Su, tiba-tiba adik tiri Su datang memanggilnya pulang. Malamnya "aku" tidur keletihan di samping capa rengat itu. Keesokan paginya, "aku" dan ibu bersiap-siap pulang ke kota. Mereka menaiki teksi. Perasaan "aku" menjadi hiba, sayu dan sepi yang begitu tajam. "Aku terus diam dan bungkam apabila ibu memberitahu mereka tidak lagi akan balik kampung justeru tanah dan rumah pusaka mereka telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto. "Aku" benar-benar kehilangan pengalaman yang begitu indah dan juga Su...
Peristiwa Menarik
1 "Aku" cepat jatuh hati dengan pemandangan di kampung yang begitu segar dan menyenangkan. "Aku" sangat berbeza dengan ibu yang asyik bermenung, kelihatan murung dan tercegat di dalam rumah. "Aku" seronok dengan persekitaran kampung dan kanak-kanaknya yang bermain dengan girang sekali.
Perwatakan: menghargai alam sekitar
Latar masyarakat: masyarakat kanak-kanak bandar
: masyarakat yang menghargai alam sekitar
Latar tempat: sekitar kawasan kampung / padang belukar (yang subur)
Latar masa: pagi / ketika matahari mula memancarkan cahaya terik
Nilai murni: kasih sayang / mencintai alam sekitar ("aku" asyik / kagum dengan panorama desa)
Persoalan: Kecintaan terhadap alam sekitar
: Persekitaran kampung / desa yang indah
: Sikap ingin tahu kanak-kanak
Pengajaran: kita hendaklah mencintai alam sekitar
2 Kanak-kanak kampung mudah mesra dan bijak memancing perhatian "aku" supaya menyertai mereka bermain di kawasan paya. "Aku" yang mulanya kekok kemudian berasa nikmat pengalaman baharu yang tidak terdapat di kota. Mereka bermain dengan bebas lepas.
Perwatakan: mudah mesra / peramah
Latar masyarakat: masyarakat kanak-kanak kampung / masyarakat yang mudah mesra / peramah
Nilai murni: kemesraan / keramahan
Persoalan: kemesraan / keramahan dalam pergaulan / komunikasi
Pengajaran: Kita hendaklah mesra / ramah dalam pergaulan / komunikasi
3 Su pandai mengambil hati "aku". Dia sanggup meredah paya untuk mendapatkan bunga capa rengat, lalu dihadiahkan kepada "aku" sebagai tanda persahabatan dan kenangan. Su bergegas pulang apabila dipanggil oleh adik tirinya, walaupun 'projek' kota pasir mereka belum siap.
Perwatakan: peka / prihatin / sensitif (Su tahu cara untuk mengukuhkan jalinan perkenalan dengan "aku")
Latar masyarakat: masyarakat yang peka / prihatin / sensitif
Latar tempat: kawasan paya
Nilai murni: kepekaan / keprihatinan
Persoalan: kepekaan / keprihatinan terhadap kepentingan membina ikatan persahabatan yang kukuh
Pengajaran: kita hendaklah peka / prihatin / sensitif terhadap kepentingan persahabatan
4 Ibu "aku" memendekkan tempoh tinggal di kampung kepada sehari sahaja. Ibu hanya mahu menyelesaikan urusan pemindahan milik tanah pusaka di kampung kepada Pak cik Kinto sahaja. Ibu tidak betah duduk berlama-lama di kampung.
Perwatakan: berterus terang
Latar masyarakat: masyarakat yang berterus terang
Nilai murni: terus terang
Persoalan: terus terang dalam komunikasi / menyatakan pendirian
Pengajaran: kita hendaklah berterus terang dalam komunikasi / menyatakan pendirian
Perbincangan kbkk
1 punca perbezaan cara hidup di bandar dengan di desa: sistem kejiranan, ancaman jenayah
2 kelebihan tinggal di kampung / bandar: pergaulan / pengalaman zaman kanak-kanak
3 cara menghargai harta pusaka / warisan: menyediakan rumah berkumpul keluarga besar
cikgu,apa maksud ciri ciri novel
ReplyDeletecikgu,apa maksud (hampung dimomokkan) oleh ibu
ReplyDeleteRALAT :
ReplyDeleteSalam, cikgu. Izinkan saya membuat sedikit pembetulan dalam analisis Cerpen Capa Rengat ini. Saya merupakan pembaca setia karya Pak Bahaharuddin Kahar ini dan saya telah membaca kesemua karya2 beliau. Cerpen Capa Rengat ini sudah berpuluh-puluh kali saya baca dan tak pernah terdetik istilah jemu dengan cerpen ini. Watak 'AKU' dalam karya Capa Rengat ini bukanlah seorang budak perempuan berusia 11 tahun, tetapi seorang remaja lelaki. Saya harap, Cikgu, boleh perbetulkan kesilapan tersebut agar pelajar2 tingkatan dua tidak terkeliru. Itu sahaja. Keperihatinan cikgu, saya hargai. Salam.
dia memaksudkan Aku sebagai seorang budak perempuan berumur 11 tahun kerana ada ayat "seorang budak lelaki berumur lebih kurang 8 tahun" dan "aku lebih tua 2 atau 3 tahun darinya". 11 dikira remaja?
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteterima kasih akira, latifah dan anony yang lain
petikan cerpen dalam antologi gsgg edisi murid hanya sebahagian. Maka, 'kekeliruan' tidak timbul. Lagi pula hanya soalan novel yang perlu jawapan esei, genre lain (dalam antologi GSGG) semua aneka pilihan.
remaja boleh dikira dari usia akil baligh
momok ialah gambaran negatif / hodoh / bersifat menakut-nakutkan
novel tidak kurang daripada 10,000 patah perkataan, biasanya dipecahkan kepada banyak bab.
salam cikgu,saya nak tanya apa peristiwa yang boleh dijadikan peribahasa ya cikgu? sila berikan jawapan.terima kasih ^_^
ReplyDelete