Bermula dengan kejatuhan diktator Tunisia dan Mesir, rantau Arab terus bergolak. Kini Algeria, Bahrain, Libya dan Yaman terkena tempias gejolak suara rakyat yang sekian lama dipendamkan. Kolonel Muammar Gadafi yang merampas kuasa daripada Raja Idris yang sedang menerima rawatan di luar negara 41 tahun yang lalu berhadapan dengan revolusi rakyat, lalu menggunakan askar upahan dan pesawat tentera untuk membedil kumpulan penunjuk perasaan.
Bekas pembantu kanan Gadafi yang kini berada di Peranchis mengatakan bahawa Gadafi hanya menerima kurang daripada lima peratus sokongan popular rakyat. Jika benar, maka harapan sang bapa untuk melihat anaknya menaiki takhta pemerintahan akan pudar. Ancaman untuk memusnahkan telaga-telaga minyak yang menjadi punca kekayaan Libya dijangka tidak mampu menyekat kemaraan awam di negara berkenaan.
Libya, seperti juga negara-negara Arab yang lain memiliki simpanan bahan api petroleum yang amat penting kepada ekonomi dunia. Walaupun teknologi hibrid, nano dan solar dikatakan bakal menggantikan penggunaan petrol untuk menggerakkan jentera, setakat ini pergantungan terhadap petroleum masih belum berkurangan. Setiap kali harga petrol yang dimanipulasikan oleh pasaran hadapan New York (Light Sweet) dan London (Brand North Sea) meningkat, seluruh dunia menjadi panik kerana kemungkinan kadar inflasi melonjak hingga bakal memiskinkan sebahagian besar negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Simpanan petroleum yang matang (sudah boleh dikeluarkan dari perut bumi) mengambil masa jutaan tahun hasil daripada proses kimia terhadap fosil. Wilayah Kalimantan di Indonesia dijangka mampu memulakan proses cari gali petroleum 20 atau 30 tahun lagi apabila kandungan petroleum di sana mencapai tahap matang untuk digunakan sebagai bahan api. Kemungkinan beberapa kawasan gersang dan sejuk (Siberia dan Kamchatka, Russia) memiliki potensi yang serupa, tertakluk kepada kos, serta teknologi yang diperlukan.
Perebutan tentang sumber strategik telah berlaku sejak zaman awal manusia sama ada di peringkat tempatan (petempatan kampung di tepi sungai, jajahan dan kerajaan kecil) hinggalah melangkaui sempadan geografi. Negara Uncle Sam (Amerika Syarikat) sentiasa cuba meletakkan tangannya di rantau-rantau bergolak dengan agenda penguasaan sumber dan layanan terhadap saudagar senjata yang merupakan bahagian besar pendapatan negara kuasa besar itu. Peranan perisikan CIA dan boneka yang berjaya diangkat sebagai pemimpin di negara-negara tertentu menyebabkan Uncle Sam terus bertahan sebagai polis dunia dan tauke globalisasi.
Kejayaan rakyat melepaskan cengkaman rejim autoritarian atau totalitarian tidak pula bermakna konflik bakal berakhir. Sudah menjadi epilog sesuatu revolusi, kekacauan dan perebutan pengaruh dalam segmen politik yang berbeza akan segera muncul. Dalam konteks timur tengah dan rantau Medditerranean, Uncle Sam yang turut menjaga kepentingan negara haram Yahudi akan berusaha sedaya upaya supaya tampuk pemerintahan yang baharu sekurang-kurangnya tidak menjadi ancaman besar kepada rejim Tel Aviv.
Sementara itu, pemimpin-pemimpin negara lain yang kemaruk hendak bertahan di singgahsana juga berasa tidak selamat. Pelbagai cara digunakan termasuk penipuan dalam sistem pilihan raya hinggakan demokrasi bertukar menjadi democrazy. Gendang propaganda dan rejim media arus perdana digunakan semahu-mahunya, sama seperti prinsip Michaevelli, iaitu matlamat menghalalkan cara, the ends justify the means, al-ghayah tubarrirul wasilah.
Kebangkitan rakyat di negara-negara Arab harus diambil iktibar dan ingatan. Dalam konteks kajian makroekonomi, fungsi tunggal kerajaan ialah untuk memaksimumkan kebajikan rakyat, iaitu memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, sambil memastikan tercapainya guna tenaga penuh (pengangguran kurang daripada 4%) dan inflasi sifar (idealnya kurang daripada 2%, tidak melebihi 7%). Di Malaysia, kelihatannya fungsi berkenaan masih terlaksana...

No comments:
Post a Comment