(Q: ketibaan tetamu kehormat, Dato’ Bro. Vincent Corkery / En Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG)
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat: Yang Berbahagia Dato’ Bro. Vincent Corkery /
En. Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG SMK St Michael, Ipoh
(Q: setelah tetamu dan hadirin mengambil tempat)
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan selamat pagi
Yang Berbahagia Dato’ Bro. Vincent, En. Joseph Michael Lee,
En. Phoon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh
En. Mohd Zahir bin Ramli, Penolong Kanan
Drs. Rajendran Naidu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Tan Cheng Choo, Penolong Kanan Tingkatan 6
Puan Hajah Normah, Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan, guru-guru
Pemimpin-pemimpin pelajar dan seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang
Hari ini, Selasa 22 Mac 2011 mencatatkan satu lagi lembaran sejarah bagi warga SMK St Michael, Ipoh. Pada pagi ini kita meraikan seorang guru yang akan bersara secara rasminya bermula esok. Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku, diiringi oleh pasukan pancaragam sekolah. Hadirin diminta bersedia.
(Q: selesai lagu)
Terima kasih. Bagi membacakan biodata guru yang diraikan, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Choong Sau Han ke pentas. Dipersilakan.
(Q: tunggu sehingga Pn. CSH mengambil semula tempat beliau)
Terima kasih Puan Choong Sau Han.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Pengetua, En. Phoon Chong Chee. Dipersilakan.
(Q: setelah pengetua mengambil semula tempat beliau)
Terima kasih tuan pengetua. Kini tiba masa yang dinanti-nantikan. Marilah kita bersama-sama menghayati ucapan guru yang diraikan, Puan Tan Eng Sim. Majlis mempersilakan.
(Q: usai ucapan; tunggu hingga Pn Tan ES mengambil tempat)
Terima kasih Puan Tan Eng Sim.
Ucapan puan akan menjadi kenang-kenangan sekalian yang hadir dalam majlis pada pagi yang hening ini. Sebagai tanda penghargaan warga SMI dan sebagai simbolik kenang-kenangan peribadi Puan Tan Eng Sim yang telah berkhidmat begitu lama di SMI, majlis menjemput Puan Tan Cheng Choo mengiringi Puan Tan Eng Sim untuk acara memotong kek. Dijemput.
(Q: usai acara potong kek)
Terima kasih Puan Tan Cheng Choo. Terima kasih Puan Tan Eng Sim.
(Q: dan kedua-dua Pn Tan mengambil tempat)
Sekarang, khas buat Puan Tang Eng Sim yang diraikan, terimalah persembahan pelajar SMI.
Persembahan pertama oleh Yee Jing Wah dan Young Hui Ling dari UA1 dengan deklamasi sajak
Diikuti persembahan kedua oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Beh Heng Jian and The Girls dengan koir berjudul "Music of my heart"
Persembahan terakhir ialah muzik harmonis pancaragam sekolah
(Q: tamat persembahan. Pelajar mengambil tempat)
Terima kasih kepada semua pelajar yang membuat persembahan.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai SMI antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Sekali lagi majlis mempersilakan Puan Tan Eng Sim naik ke pentas bagi menerima sijil berkenaan.
(Q: usai penyampaian sijil)
Terima kasih Tuan Pengetua. Puan Tan Eng Sim diminta tunggu sebentar.
(Q: setelah pengetua kembali ke tempat duduk)
Acara berikut ialah penyampaian cenderamata kenang-kenangan.
Majlis menjemput En. Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG menyampaikan cenderamata PIBG kepada Puan Tang Eng Sim.
(Q: setelah En. Joseph ML mengambil tempat)
Majlis mempersilakan pula wakil Kelab Staf untuk menyampaikan tanda mata kenang-kenangan guru dan kakitangan SMI. Dipersilakan En. Mohd Zahir bin Ramli, Penasihat Kelab Staf.
(Q: teruskan mengikut giliran)
Dijemput wakil-wakil tingkatan 3, 4, 5 dan 6 Atas.
Wakil-wakil kelab dan persatuan.
(Q: upacara berakhir, buat pengumuman)
Terima kasih Puan Tan Eng Sim. Terima kasih semua.
Acara sent off dimulakan. Murid tingkatan 3, 4 dan 5 diminta terus berada di tapak perhimpunan.
Kepada pelajar tingkatan 6 Atas sila beratur mengikut susunan yang akan diselaraskan oleh En. A. Thedarajaran dan Puan Hajjah Zaleha.
Kampung Dermawan di Pulau Ara
Mari singgah menjengkal rotan
Walau puan akan bersara
Budi dan jasa kekal di ingatan
Bagi pihak majlis, saya mengucapkan selamat bersara buat Puan Tan Eng Sim. Salah dan silap harap dimaafkan. Panjang umur murah rezeki kita bertemu lagi.
Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Perkhidmatan Puan Tan Eng Sim sebagai pendidik sepanjang lebih tiga dekad lamanya sangatlah besar maknanya untuk negara. Sebagai tanda terima kasih pihak majikan, iaitu kerajaan Malaysia, majlis dengan penuh takzim menjemput Tuan Pengetua, En. Phoon Chong Chee bagi menyampaikan sijil perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Puan Tan Eng Sim.
Sekali lagi majlis mempersilakan Puan Tan Eng Sim naik ke pentas bagi menerima sijil berkenaan.
(Q: usai penyampaian sijil)
Terima kasih Tuan Pengetua. Puan Tan Eng Sim diminta tunggu sebentar.
(Q: setelah pengetua kembali ke tempat duduk)
Acara berikut ialah penyampaian cenderamata kenang-kenangan.
Majlis menjemput En. Joseph Michael Lee, Pengerusi PIBG menyampaikan cenderamata PIBG kepada Puan Tang Eng Sim.
(Q: setelah En. Joseph ML mengambil tempat)
Majlis mempersilakan pula wakil Kelab Staf untuk menyampaikan tanda mata kenang-kenangan guru dan kakitangan SMI. Dipersilakan En. Mohd Zahir bin Ramli, Penasihat Kelab Staf.
(Q: teruskan mengikut giliran)
Dijemput wakil-wakil tingkatan 3, 4, 5 dan 6 Atas.
Wakil-wakil kelab dan persatuan.
(Q: upacara berakhir, buat pengumuman)
Terima kasih Puan Tan Eng Sim. Terima kasih semua.
Acara sent off dimulakan. Murid tingkatan 3, 4 dan 5 diminta terus berada di tapak perhimpunan.
Kepada pelajar tingkatan 6 Atas sila beratur mengikut susunan yang akan diselaraskan oleh En. A. Thedarajaran dan Puan Hajjah Zaleha.
Kampung Dermawan di Pulau Ara
Mari singgah menjengkal rotan
Walau puan akan bersara
Budi dan jasa kekal di ingatan
Bagi pihak majlis, saya mengucapkan selamat bersara buat Puan Tan Eng Sim. Salah dan silap harap dimaafkan. Panjang umur murah rezeki kita bertemu lagi.
Wabillahi taufiq wal hidayah Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh…
salam cikgu azhar,
ReplyDeletesaya ada mengambil maklumat dari blog tuan untuk ucapan saya sempena hari persaraan guru saya hari ini. Majlis ini dibuat secara tergesa2 kerana kawan saya telah mendapat kelulusan persaraan awalnya mulai 1 sept 2011. Harap dihalalkan.... terima kasih banyak2.
salam cikgu.
ReplyDeletesaya ada copy sikit nota cikgu ni.. harap dihalalkan yer ^^
terima kasih
Salam. minta mohon dihalalkan sedikit pinjaman idea mengenai teks perpisahan ini ya.
ReplyDeletetq atas perkongsian..
ReplyDeleteMinta Halalkan....ade ambil idea cikgu
ReplyDeleteTERIMA KASIH KONGSI IDEA. HARAP DIHALALKAN.
ReplyDeleteasslam cikgu..sy pon minta izin copy sket teks cikgu ni...tq
ReplyDeletesalam...mntak dihalalkan, saya ada mengambil sikit perjlnn majlis dan idea teks cikgu azhar...smg Allah memberkati ilmu yg cikgu kongsikan...
ReplyDeleteMohon dihalakan ilmu yang dicurahkan dan digunakan
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian Teks Pengacara Majlis Persaraan guru.
ReplyDeleteSaya mohon keizinan untuk menggunakan/ ubahsuai sikit-sikit untuk program di sekolah saya pagi ini.
Terima kasih
Mohon gunakan teks.
ReplyDeleteSalam cikgu. Saya mohon gunakan idea tuan untuk majlis persaraan guru di sekolah saya. Terima kasih cikgu.
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu..mohon izinkan saya gunakan sedikit idea cikgu, terima kasih.
ReplyDeletesaya juga mohon izinkan idea cikgu. terima kasih
ReplyDelete