Pengenalan
Muka surat 164 - 176 novel berkisar pada kisah Malique dan Roslan, di samping kemunculan watak Ah Chin yang berang dengan kehilangan pekerjanya, manakala O'Hara masih enggan mendedahkan kunci rahsia tentang hubungannya dengan Malique. Imbas kembali pertemuan Malique dengan Amira yang menyedarkan Malique akan had perkenalan biasa yang dikehendaki Amira. Malique berharap dapat menjadi "pembelot" supaya projek cari gali emas tidak berjaya, sedangkan Roslan berharap sebaliknya supaya dia dapat bekerja lebih lama di situ. Keputusan Malique mengikut Roslan menjejak pekerja hilang itu berakhir dengan kenderaan pacuan empat roda mereka akhirnya tertolak ke dalam gaung ketika Roslan cuba mendapatkan bantuan.

Analisis Peristiwa
1 Malique cuba merujuk Roslan tentang kekecohan apabila Ah Chin marah-marah disebabkan kehilangan pekerja baharu sejak dua hari. Roslan tidak menyenangi kerenah pekerja baharu yang menyebabkan kerja menggerudi ditangguhkan. Roslan berharap dapat terus bekerja di situ.
Watak: Roslan
Perwatakan: jujur / rajin
Latar masyarakat: masyarakat yang jujur / rajin
Nilai: kejujuran / kerajinan
Persoalan: kejujuran / keyakinan dalam persahabatan / pekerjaan
Pengajaran: kita hendaklah jujur / rajin dalam persahabatan / pekerjaan
2 Amira dapat menebak bahawa Malique mengharapkan lebih daripada sebuah persahabatan. Cara Malique bercakap, memuji dan merenungnya mudah dibaca oleh Amira sebagai tingkah laku tipikal lelaki yang hendak menggoda perempuan cantik sepertinya. Amira cepat-cepat meletakkan garis sempadan bahawa dia sekadar ingin tahu lelaki tua yang bersama-sama Malique di dalam kereta api.
Watak: Amira
Perwatakan: bijak / tegas / menjaga maruah
Latar masyarakat: masyarakat yang bijak / tegas / menjaga maruah
Nilai: kebijaksanaan / ketegasan / jati diri
Persoalan: kebijaksanaan / ketegasan / jati diri seorang remaja perempuan
Pengajaran: kita hendaklah bijak / tegas / menjaga maruah dalam pergaulan
3 Semasa menuju khemah O'Hara, Malique sempat mengimbas kembali kata-kata Amira tentang misteri ibu Malique yang begitu mesra melayan O'Hara, kemudian mendesak Malique mengikut O'Hara ke hutan. O'Hara meminta Malique tidak ikut campur akan kekecohan yang berlaku, sambil cuba mengalihkan perhatian dengan memuji kerja kemas kini data ke dalam komputer. Malique terus mendesak penjelasan O'Hara tentang nasib hutan dan hubungan mereka berdua.
Watak: Malique
Perwatakan: berterus terang / suka mendesak
Latar masyarakat: masyarakat yang berterus terang / suka mendesak
Nilai: Terus terang / kejujuran
Persoalan: Terus terang / kejujuran dalam komunikasi
Pengajaran: Kita hendaklah berterus terang / jujur dalam komunikasi
4 Malique terus melompat ke dalam kenderaan pacuan empat roda Roslan walaupun tidak memaklumkannya kepada Ah Chin atau O'Hara. Dalam perbualan mereka, nyata impian Malique untuk menyelamatkan hutan bertentangan dengan impian Roslan yang berharap projek cari gali emas menjadi kenyataan. Hujan lebat menyebabkan kenderaan mereka tersangkut. Ketika Roslan keluar mendapatkan bantuan, Malique yang tinggal di dalam kereta dirempuh aliran lumpur hingga masuk gaung.
Watak: Malique
Perwatakan: berani / tegas
Latar masyarakat: masyarakat yang berani / tegas
Nilai: keberanian / ketegasan
Persoalan: keberanian / ketegasan dalam membuat keputusan
Pengajaran: kita hendaklah berani / tegas dalam membuat keputusan
No comments:
Post a Comment