Terdapat anggapan bahawa budak jurusan kemanusiaan dan sastera hanyalah saki-baki pelajar yang tidak berjaya meneruskan pengajian dalam jurusan sains. Mahasiswa universiti awam di fakulti kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi diisi pelajar terbaik jurusan sains. Demikian juga halnya untuk pengajian prauniversiti tingkatan enam kononnya budak sastera hanya mencukupkan enrolmen, tetapi kemudian menjejaskan pencapaian penarafan (ranking) sekolah.
Dasar 60:40, iaitu nisbah 60 peratus pelajar jurusan sains di sekolah telah lama dilaksanakan. Walaupun demikian semua pelajar menengah atas (tingkatan 4 dan 5), tidak kira jurusan wajib mengambil mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam / Pengetahuan Moral dan Matematik. Pengkhususan lebih ketara berlaku mulai pengajian prauniversiti, termasuk tingkatan 6.
Calon STPM diwajibkan lulus penuh (minimum prinsipal C) dalam kertas Pengajian Am sebagai syarat memperoleh sijil. Kertas Pengajian menggabungkan laras sastera dan laras sains secara umum, khususnya kertas 2. Pelajar juga akan mempelajari aspek kenegaraan, sejarah dan penyelesaian masalah.
Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kursus prauniversiti dan universiti lebih menguntungkan pelajar yang memiliki latar belakang kuantitatif yang lebih kukuh. Malah, kursus dalam jurusan sastera, sains kemanusiaan dan sains kemasyarakatan seperti ekonomi, antropologi, pengurusan, psikologi dan geografi memerlukan ilmu bantu matematik (tulen) dan statistik sepanjang pengajian. Pelajar yang tidak menguasai tahap tertentu matematik dan statistik bakal berhadapan dengan tugas rumit bagi menamatkan pengajian dengan jayanya.
Pelajar tingkatan 6 jurusan sastera dan kemanusiaan kini diberi pilihan bagi mengikuti kursus Matematik S, yang berbeza dari segi aras kesukarannya dengan Matematik T untuk pelajar jurusan sains. Tajuk-tajuk seperti kalkulus (pembezaan dan pengkamilan), kebarangkalian, matriks, dan statistik asas (chi-square, korelasi, regresi, anova, ancova, ujian-t, dan lain-lain) dijuruskan untuk aplikasi sains sosial. Kerangka pemikiran penyelidikan dan proses pemerolehan ilmu telah mula didedahkan.
Pengajian akademik tahap tinggi ialah proses menyediakan modal insan yang memiliki kebolehan yang mencukupi bagi membuat keputusan dan memperkasa kepimpinan. Semua kaedah dan teknik analisis tidak kira disiplin sains atau sastera akhirnya akan menjurus ke arah itu. Doktor, jurutera, arkitek, akauntan, ahli ekonomi dan peguam semua sekali dilatih untuk membuat keputusan dan memperkasa kepimpinan.
Meskipun kemajuan teknologi terkini menjadi "padang permainan" lulusan sains, urusan manusia yang membabitkan elemen emosi dan kecindan pula menjadi "padang permainan" lulusan sastera dan kemanusiaan. Malah, pengajian tinggi yang lebih fleksibel dan terbuka akan menggabungkan kedua-dua disiplin sains dan sastera secara sekali gus. Bidang pengajian sains gunaan seperti teknologi maklumat dan pengurusan teknologi bukan lagi monopoli pelajar jurusan sains.
Berbalik kepada pokok perbincangan bahawa pelajar jurusan sastera sering dilabel sebagai tercicir daripada arus perdana pencapaian akademik yang bersandarkan skala kuantitatif dan saintifik. Label sedemikian mungkin benar sepenuhnya, separuh benar, atau tidak benar sepenuhnya. Namun, pendidikan ialah wahana yang memberikan harapan, motivasi dan keadilan kepada semua pelajar, tanpa pengecualian...

No comments:
Post a Comment