Pengenalan
Karya kreatif nukilan Selina S.F. Lee berusia 21 tahun ini (dihasilkan pada Mei 1990) termuat dalam antologi Gema sepi Gadis Genius, muka surat 22 - 23. Sajak "Hari Guru" ditulis berdasarkan sudut pandangan (perspektif) penyajak sebagai guru. Sajak bertemakan tugas dan tanggungjawab guru.
Perbincangan
i
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insan berjuta
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa.
Hari guru yang disambut pada tanggal 16 Mei saban tahun adalah lambang amanah yang dijunjung oleh kaum guru. Mereka menjadi sandaran harapan masyarakat bagi memikul misi murni, iaitu mengasuh dan mendidik generasi muda harapan negara.
ii
Hari ini
adalah hari yang menuntut kita
bertafakur
apakah tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga?
Hari Guru juga dijadikan hari bermuhasabah (menilai diri sendiri, introspektif) sama ada azam yang dibina semasa melamar kerjaya keguruan masih bertahan dan kekal, atau tergugat. Adakah semangat keguruan masih kental dan tidak mengalah kepada cabaran? Adakah telah timbul masalah hingga berlaku kepincangan kerana tewas dengan pelbagi dugaan yang datang?
iii
Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenang
ada salam dihulur
tanda hormat
pada insan yang bergelar GURU.
Sempena sambutan hari guru, pelbagai bentuk hadiah, sanjungan, ucapan terima kasih, dan huluran tangan bagi menghormati insan yang bergelar guru.
bersambung...
salam,cikgu kenapa bagi sampai maksudnya sahaja.Bagilah tema,persoalan,bentuk,gaya bahasa,nilai dan pengajaran.
ReplyDelete