Maklumat sambutan hari guru yang disalin daripada laman sesawang rasmi.
9 menjaga wibawa
Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU
OBJEKTIF-OBJEKTIF HARI GURU
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
IKRAR HARI GURU |
Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara |
Pada setiap masa.
Tema sambutan
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Peranan Guru sebagai pendidik
Semasa pengajian di UIAM, penulis blog (PB) mendapat pendedahan metafora keguruan berdasarkan perspektif Islam daripada sarjana terkemuka seperti Syed Naquib al-Attas (Prof. Dr.), Kamal Hassan (Prof. Dr.), Arrifin Suhaimi (Prof. Dr.), Hassan Langgulung (Prof. Dr.), Atan Long (Allahyarham Prof. Dr.), Ghazali Basri (Prof. Dr.), Musak Mantrak (Allahyarham Dr.), Shahari Nordin (Dr.), Rosnani Hashim (Dr.), Yacob Nong (Allahyarham Dr.) dan banyak lagi. Di UM pula Ahmad Zabidi Abdul Razak (Dr.), Charil Marzuki (Prof. Dr.), Sufean Hussien (Prof. Dr.), Noraini Idris (Prof. Dr.), Sharifah Nurul Akmar (Prof. Madya Dr.), Mohd Sani Ibrahim (Dr.), Ong Chong Sooi, Umi Kalsum Mohd Salleh, Rahmad Shukor (Prof. Madya), Suradi Salim (Prof. Dr.) dan lain-lain. Adunan input intelektual, penyelidikan dan tugasan telah membawa PB menerokai pelbagai jalur pemikiran tentang pendidikan.
Di UIAM, penekanan tentang murabbi, murabbiah (pendidik lelaki dan wanita) tidak pernah lekang daripada peringatan para pensyarah. Hadith "Addabani Rabbi, fa ahsana ta'dibi" juga sentiasa diulang-ulang agar Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam secara muktamad menjadi rujukan teratas para pendidik. Sifat Nabi: Siddiq (benar), Amanah, Tabligh (menyampaikan), Fatonah (bijaksana) diolah semula dalam konteks pendidikan semasa.
Kriteria murabbi, murabbiah juga hendaklah selaras dengan anjuran al-Quran (surah al-Mukminun, 23: 1 - 8) yang menggariskan ciri insan yang diredai:
1 Khusyu’ dalam solat
2 Menjauhkan diri daripada perbuatan / perkataan yang sia-sia
3 Menunaikan zakat
4 Menjaga kehormatan
5 Memelihara amanah dan janji
6 Memelihara solat
Tugas utama guru ialah memupuk pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Murid dan pelajar bukan sahaja memberi perhatian terhadap kurikulum rasmi, tetapi juga kurikulum tersembunyi. Maka, guru harus peka dengan segala aspek amalan pedagogi terbaik, keperibadian, dan sahsiah sama ada zahir atau batin.
Antara muhasabah (penilaian kendiri) sempena sambutan hari guru 2011:
1 iltizam tertinggi
2 akur kepada bai’ah (ikrar keguruan)
3 mengutamakan murid
4 amalan pedagogi terbaik – kajian tindakan DS / OL (diri sendiri, orang lain)
5 komunikasi / interpersonal
6 ikhlas
7 sabar (membaiki tingkah laku)
8 tidak lari daripada majikan / tidak ingkar arahan
8 ekuiti / adil kepada murid à pendemokrasian pendidikan: Q untuk semua
10 menepati / mendahului masa
No comments:
Post a Comment