Pengenalan
Perbincangan
Tema: Perpecahan keluarga akibat rasa angkuh dan cemburu melulu
modul tugasan dan perbincangan menyusul...
Pada mulanya Uj, si abang sulung bersungguh-sungguh melatih adik bongsunya Um supaya muncul sebagai pewaris legasi keluarga dalam permainan catur. Um diajarkan segala-galanya, mengatasi perhatian Uj daripada Us, Uk, Ur, iaitu abang-abangnya yang lain. Adu domba Uk kononnya Um mahu mengambil alih kehebatan Uj menyebabkan pertembungan Uj dengan Um yang bertukar kepada pertelingkahan dan taktik kotor Uj hingga menyebabkan emak mereka terkena serangan angin ahmar.
Sinopsis
Cerpen karya Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, muka surat 143 - 152 dimulai dengan cabaran berlawan catur oleh Uj kepada Um. Uj mendakwa UM telah lama berlatih dengan Ul, Us, Uk dan Ur, tetapi Um berdalih dia sedang memikirkan ibu yang sakit darah tinggi. Uj mula menunjukkan amarah kepada Um yang selama ini ditatang bagi minyak yang penuh. Uj memang mengharapkan Um dengan membangkitkan kegemilangan keluarga mereka dalam permainan catur bermula di tanah Arab. Akhirnya Um yang mulanya bersifat dingin menunjukkan minat yang mendalam. Dalam pada itu Uk mula memasukkan jarum bisikan menghasut kononnya UM hendak mengambil alih kedudukan Uj. Termakan cakap Uk, Uj lalu memaksa Um berlawan dengannya. Uj segera mencegah Um daripada memilih buah catur berwarna putih. Setelah tiga hari tiga malam, Um berjaya mencemaskan Uj apabila satu demi satu bidak askar Uj ditawan. Sedang Um meneguk minuman, kedudukan buah catur kota miliknya dialihkan. Uj sebaliknya menuduh Um cuba menipu. Taktik kotor Uj berterusan apabila Um terkena semburan asid yang diletak di bawah meja. Ibu yang sedih dengan perbalahan adik-beradik itu tiba-tiba diserang angin ahmar. Tuduh-menuduh tercetus tanpa mempedulikan nasihat si ibu. Walaupun angkara siapa belum dipastikan, keluarga pemain catur itu telah pun berpecah belah. Perenggan terakhir cerpen mengulangi perenggan pertama cerpen...

No comments:
Post a Comment