Pengenalan
Sekali lagi kita disuakan dengan karya citra feminin nukilan kaum maskulin. Ghazali Lateh yang pernah menulis cerpen "Kasut Kelopak Jantung" (dipilih sebagai judul antologi komsas tingkatan 1) kini muncul pula dengan genre sajak yang dimuatkan dalam antologi Harga Remaja, muka surat 24 - 25. Sajak 6 rangkap (5-7-4-6-5-2 baris) menampilkan tema peranan wanita dalam zaman siber.
Perbincangan rangkap demi rangkap
Angin musim semakin deras dan ganas
menutup tamadun ke era yang pantas
lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah
merebut tunas-tunas harapan yang hijau
dari putik dan pucuk berembun kemilau.
Kepesatan arus perubahan zaman kian cepat dirasakan. Hanya orang-orang yang sanggup mengejar peluang akan menikmati kejayaan yang muncul satu demi satu. Mereka tidak mahu ketinggalan atau terlepas.
Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisa
atau berada di sana meraih sejahtera?
Usah kautanya soalan dilema
kerana ini bukan waktunya
dan masa pun tidak akan menanti
buat mewajar padah atau simpati.
Tidak wajarlah kita hanya menjadi penonton dari kejauhan dan membiarkan diri mengambil baki yang telah direbut oleh orang lain. Kita hendaklah terjun ke kancah pesaingan. Bukan waktunya untuk kita berdolak-dalih dengan pelbagai alasan justeru masa akan terus berlalu pergi meninggalkan kita dalam sengsara dan sesal.
Wanita zaman siber
perlu mengacung minda ke tengah arena
suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi
menuju wawasan era globalisasi.
Wanita era siber (digital, jaringan maya) hendaklah menetapkan hala berfikir ke kancah persaingan. Suara dan tenaga kaum wanita sangat didambakan sebagai semarak hasrat ke arah pencapaian zaman dunia tanpa sempadan atau kampung sejagat.
Lepaskan segala belenggu kedaifan
huraikan segala keliru kekusutan
wanita zaman ini perlu bangun berani
yakin diri tahan diuji
tinggi pekerti anggun gerak-geri
terunggul dalam segala segi.
Wanita hendaklah membuang segala rasa rendah diri atau lemah, serta merungkai segala salah faham. Wanita perlu menonjolkan sifat berani, yakin diri dan tahan uji. Sementara kekal dengan ciri wanita mulia, wanita mesti berjaya dalam semua lapangan.
Mari kita jana semua upaya
dalam menjulang citra seluruh wanita
dengan kudrat mental juga fizikal
berbekal iman dan semangat cekal
kita gerakkan kemampuan yang pukal.
Penyajak menyeru supaya segala kekuatan dan sumber yang ada digembleng bagi mengangkat martabat kaum wanita. Dengan bekal kekuatan akal dan jasmani, serta iman dan jiwa besar, gabungan segala upaya itu akan dapat digerakkan.
Kini sudah tiba waktunya
kita bertakhta di persada dunia.
Apabila kaum wanita kuat, waktu untuk kita dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia sudah tiba.
Contoh Tugasan
Aras petikan
i. Berikan maksud belenggu kedaifan. ( 2 markah)
ii. Tulis semula rangkap ketiga sajak dalam laras bahasa biasa. (3 markah)
Aras kbkk
iii. Jelaskan dua cara mendorong kaum wanita supaya mencapai kecemerlangan. (4 markah)
iv. Pada pendapat anda, bagaimanakah akhlak kaum wanita dapat dipertahankan dalam usaha mengejar kemajuan? Huraikan dua pendapat anda. (4 markah)
Aras komsas
v. Nyatakan tiga persoalan dalam sajak. (3 markah)
vi. Terangkan dua nilai murni yang terkandung dalam sajak. (4 markah)
Cadangan Jawapan
i. Maksudnya ialah terikat dengan kelemahan diri.
ii. Wanita zaman teknologi maklumat kini hendaklah menumpukan fikiran untuk bersaing. Kehendak dan keupayaan kaum wanita adalah penting bagi mempercepat pencapaian pada era globalisasi ini.
iii. Cara mendorong kaum wanita supaya mencapai kecemerlangan ialah menerusi proses pendidikan, iaitu menekankan peranan wanita dalam pembangunan. Selain itu, media massa hendaklah menjayakan kempen kecemerlangan wanita.
iv. Pada pendapat saya akhlak kaum wanita dapat dipertahankan menerusi pegangan agama yang kuat sebagai lambang jati diri wanita sepanjang waktu. Saya juga berpendapat amalan tegur-menegur sebagai alat kawalan sosial perlu diterima dengan hati yang terbuka oleh wanita yang berakhlak mulia.
v. Persoalan dalam sajak termasuklah persaingan dalam kepantasan perubahan zaman, peranan wanita sebagai pemangkin aspirasi dan ciri-ciri wanita yang berdaya saing.
vi. Nilai murni yang pertama ialah keberanian. Wanita tidak harus gentar dengan cabaran, mahupun salah faham yang cuba ditimbulkan. Nilai murni yang kedua ialah kecekalan. Hanya dengan semangat yang cekal, kaum wanita akan menyumbang terhadap kemajuan masyarakat.

No comments:
Post a Comment