Pengambilan minuman kopi sering dikaitkan dengan ketagihan kafien yang dipercayai mendatangkan masalah kesihatan. Antara kesukaran yang dialami oleh peminum kopi tegar ialah untuk melelapkan mata pada waktu malam. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa tiada hubung kait (korelasi) antara pengambilan kopi dengan menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.
Namun, sesuatu andaian umum memang bersifat dakwaan sahaja. Demikian juga halnya dengan dapatan penyelidikan yang boleh dicabar bila-bila masa dengan penemuan terkini. Isu pemanasan bumi sebagai contoh kini telah menjadi antitesis apabila muncul teori baharu tentang kelembapan aktiviti matahari.
Nampaknya peminum kopi boleh tersenyum lebar bagi mewajarkan tabiat mereka apabila dapatan sekumpulan penyelidik dari Universiti Florida Selatan diterbitkan dalam Journal Alzheimer's Disease baru-baru ini. Kopi didapati memiliki sejenis kandungan misteri yang berinteraksi dengan kafien dapat melmbatkan gejala nyanyuk dalam kalangan individu lanjut usia. Minuman kafien yang lain didapati tidak mengandungi kandungan yang serupa.
Rujukan lanjut: http://www.sciencedaily.com/releases/2011/06/110621093301.htm
No comments:
Post a Comment