Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim alaihi'-salam dan Nabi Ismail alaihi's-salam telah acap kali menjadi tajuk wacana menjelang sambutan hari raya haji. Hari ini, 10 Zulhijjah 1432 Masihi, ibadah korban dilaksanakan oleh masyarakat Islam di sana sini. Kebanyakan pilihan korban ialah lembu yang dibahagi kepada 7 panggu (bahagian) dengan setiap panggu bersamaan dengan RM350 hingga RM400, bergantung kepada timbangan dan usia lembu berkenaan.
Insya-Allah, penerimaan ibadah korban bergantung kepada niat yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah. Ikhlas mudah dilafazkan, tetapi Allah jua yang tahu hakikat sebenar status niat seseorang hamba-Nya. Moga kita termasuk dalam kalangan hamba yang meraih redha Ilahi.
Kisah Nabi Ibrahim alaihi's-salam sangat signifikan dalam membawa makna ibadah korban. Sebaik mendapat perintah Allah, Nabi Ibrahim tidak ragu untuk memberitahu putera kesayangan baginda, Nabi Ismail alaihi'-s-salam. Dalam congak manusia biasa, perbuatan menyembelih anak sendiri tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, tetapi Nabi Ibrahim mendapat perintah langsung dari Sang Pencipta!
Nabi Ismail alaihi's-salam juga redha menjalani perintah Allah. Kedua-dua beranak menghadapi dugaan iman yang paling berat. Namun, atas keikhlasan yang tidak berbelah bahagi, Allah telah menggantikan sembelihan korban kepada seekor kibas.
Peristiwa tersebut memberi isyarat bahawa dalam perjalanan untuk taat kepada Allah, manusia perlu banyak berkorban. Ada perkara yang manusia suka, tetapi dibenci oleh Allah. Ada pula perkara yang manusia tidak suka (benci), tetapi Allah suka.
Nabi Ibrahim alihi's-salam dan Nabi Ismail alaihi's-salam tidak berdolak-dalik dalam melaksanakan perintah Allah. Konsep sami'na wa ato'na, kami dengar dan kami patuh sentiasa menjadi pegangan. Iman mereka benar-benar kental.
Marilah sama-sama kita belajar daripada peristiwa korban yang pertama dalam ajaran tawhid. Kita jangan lagi memberi alasan yang berjela-jela panjangnya untuk mengelak diri daripada taat kepada perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hamba-Nya yang perintah yang tidak tertanggung oleh mereka...

No comments:
Post a Comment