Jakarta, Isnin: 21/11/11 = 25 Zulhijjah 1432
Harimau Muda Malaya sekali lagi membaham Garuda Muda di laman lawan. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) muncul sebagi hero dengan menyelamatkan dua tendangan penalti, manakala kapten pasukan, Badrol Bakhtiar boleh dikira bernasib baik kerana sepakan yang ditampan oleh Kurnia Mega bergolek masuk ke dalam gawang. Malaysia menang pingat emas menerusi penentuan sepakan penalti 4-3, setelah perlawanan sepenuh masa berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Indonesia bermula garang dengan jaringan seawal minit kelima menerusi tandukan pemain pertahanan, Gunawan. Tersentak dengan gol itu, Malaysia segera melancarkan serangan bertali arus hingga menghasilkan gol penyamaan menerusi tandukan tipis Asrarudin Putra Omar pada minit ke-35. Banyak cubaan bahaya dilakukan oleh kedua-dua pasukan bawah 23 tahun kedua-dua negara, tetapi tidak mampu menggegar jaring.
Permainan masa tambahan 30 minit menyaksikan kedua-dua pasukan bermain berhabis-habisan dengan baki stamina yang agak menurun. Sejumlah 80,000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan menunjukkan disiplin yang tinggi walaupun dianggap sebagai peminat taksub tuan rumah. Tiada sebarang pancaran laser dan tiada balingan objek botol air mineral, bom asap, bunga api, atau mercun.
Ahmad Fakri Sha'rani boleh berasa lega walaupun telah mencemaskan kem Malaysia apabila tendangan leret lemah beliau ditampan kemas oleh Kurnia Mega. Namun, jasa beliau membawa Harimau Muda ke aksi akhir tidak boleh dilupakan dengan sentuhan gol tunggal ketika membenam Myanmar pada saingan separuh akhir. Sumbangan Fakri membolehkan Malaysia mengekalkan status quo selaku juara bertahan.
Dua hari lagi (23/11/11), Malaysia akan melayan kunjungan Syria untuk saingan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bulit Jalil. Syria bukan Indonesia, tetapi pasukan mantap yang bermain pantas ala Eropah. Walaupun sudah keletihan dan dikatakan mencapai puncak permainan, percaturan jurulatih Olimpik, Rajagobal dengan kombinasi pemain terbaik masih boleh diharapkan...
Catatan Hujung
1 Sejumlah 50 orang penyokong pasukan Malaysia yang menaiki bas sewa khas berhadapan dengan ribuan penyokong taksub tuan rumah di luar stadium. Sebagai langkah keselamatan, bas diarah memasuki stadium menerusi laluan pemain. Mereka harus bergerak kira-kira 50 meter lagi ke tempat duduk VIP, tetapi disambut dengan ejekan penonton di dalam stadium.
2 Ruth Sahanaya, 44, penyanyi angkatan lama Indonesia meluahkan rasa kesal dengan sikap penyokong Indonesia. Dia berharap bahawa gelagat luar batasan itu hanya mewakili kelompok pinggiran sahaja, bukan gambaran masyarakat Indonesia yang budiman dan sopan.
3 Seorang bekas pemain skuad bola sepak kebangsaan yang biasa bermain di Gelora Senayan menggesa penyokong Malaysia mencontohi sisi positif penyokong taksub Indonesia. Mereka sanggup bersama-sama pasukan sama ada menang mahupun kalah. Barangkali gelagat penonton Malaysia yang lebih memuja pasukan elit Liga Perdana Inggeris ketika menentang skuad kebangsaan terlintas di benak pemain itu ketika memberi pendapat.
bola tendangan penalti Badrol Bakhtiar tetap menerjah jaring walaupun ditampan oleh Kurniawan Mega

No comments:
Post a Comment