Tema Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu mungkin kedengaran janggal dan agak asing. Perkataan suar lebih kerap digunakan dalam operasi tentera, manakala jamung ialah alat suluh seperti obor yang digunakan pada zaman dahulu. Pada dasarnya, tema itu membawa makna "cahaya bahasa menyuluhkan bangsa".
Suar ialah penghasilan cahaya yang sangat terang atau suhu tinggi tanpa sebarang ledakan. Dalam operasi tentera, suar berfungsi sebagai alat isyarat, alat suluh kegelapan dan untuk memusnahkan kuasa infra merah pihak musuh. Di darat, suar dihasilkan menerusi pembakaran logam magnesium, manakala di air menerusi tindak balas logam kalsium.
Jamung ialah andang atau alat suluh yang digunakan sebelum muncul teknologi elektrik dan lampu suluh. Orang kampung dahulu kala menggunakan jamung untuk bergerak pada waktu malam supaya dapat melihat keadaan laluan, di samping menakutkan binatang bisa dan buas. Jamung yang sengaja dilempar mungkin akan mengakibatkan kebakaran kawasan tanaman dan rumah.
Tema pilihan DBP itu lebih bersifat perlambangan atau metafora. Bahasa ibarat cahaya terang yang menyuluh gelap gelita yang menakutkan. Bahasa yang dimaksudkan sudah tentu berdasarkan akal budi insan dan telah diiktiraf sebagai wahana luahan fikiran dan perasaan, serta sebagai wahana komunikasi yang difahami.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara tidak pernah sunyi daripada menghadapi cabaran dan salah faham. Walaupun Perlembagaan Persekutuan (Perkara 152, 153) dengan jelas memperuntukkan fungsi bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi awam dan pendidikan, masih ada pihak yang sangat degil. Kelompok yang memiliki mentaliti penjajah dan pendukung pluralisme berkenaan tidak pernah peka terhadap konsep jati diri dan semangat patriotik.
Bangsa yang merdeka wajib berbangga dengan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Tidak salah untuk mempelajari mana-mana bahasa asing, tetapi penggunaan bahasa asing itu tidak sampai mengatasi kedudukan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Kita boleh menggapai bintang di langit, tetapi kita tidak boleh lupa akan rumput di bumi.
Andaian bahawa pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan mempercepat proses kemajuan teknologi hanya bersifat separuh masak. Teknologi terkini bukan hanya datang daripada sumber inovasi yang menggunakan perantaraan bahasa Inggeris. Jerman, Jepun, Korea, Itali, Peranchis dan Sweden ialah antara contoh negara kejuruteraan termaju yang tidak taksub dengan bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu pula bukanlah bersifat tegar dan tertutup. Perkembangan korpus bahasa Melayu menunjukkan ciri akomodatif, iaitu meminjam dan menyerap sekian banyak kosa kata asing, khususnya daripada leksikon bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu bukan sekadar untuk citra budaya dan sastera, bahkan sebagai sarana ilmu tinggi...
Cikgu
ReplyDeleteI salute DBP for the use of such words suar and jamung. Unfortunately, I have a very low opinion of this orgnisation which, to my mind, have done a lot of damage to Bahasa Melayu. I hate an organisation which has no respect for the very reason of its existence. To me DBP has failed miserably to uphold truly genuine Bahasa Mealayu.
Some time ago I expressed my opinion in an article published in one or our local newspapers. I said " DBP merojakkan bahasa Melayu". To me this very organisation has proved incompetence in upholding my language. We have distanced ourselves from Arabic (Quranic) roots, even in pronouncing them. And we have unhesitatingly adopted English words when there is no rear need, or we have existing Malay words that can be expanded in meaning.
The dictionary of DBP is nothing more than a compilation of bahasa Inggeris rojak - neither Englsh nor Malay. Sometimes I browse through such old books as Wilkinson's Malay English Dictionary (I have a copy published in 1932) and admire old Malay words. We hear on TV Malays talking Melayu rojak. Saya not very sehat. Rasa best juga duduk dirumah. So I tak pergi kerja. Members I all tanya kemana I hilang ........ Does DBP come out to speak up its stance?
I respect my language and I would rather use English than write in poor Malay.
I regret having to leave rather unpleasant comments here.
Salaam to cikgu.
Salam Pak Hassan
ReplyDeleteDBP lebih bersifat organisasi pentadbiran daripada entiti intelektual bahasa. DBP juga berfungsi sebagai pihak berkuasa bahasa yang memiliki wibawa penguatkuasaan. DBP juga berindak sebagai urus setia kerjasama bahasa dengan Brunei, Indonesia dan Singapura dalam Mabbims.
Jika diperhatikan kebanyakan penyusun Kamus Dewan bukanlah terdiri daripada sarjana bahasa. Masukan istilah yang dilakukan lebih dekat kepada aliran sosiolinguistik. Namun, status penggunaan istilah (bahasa percakapan harian, rasmi) ada dicatatkan.
Sebagai sebuah agensi awam, DBP tertakluk kepada batasan dan peranan yang tertentu. Jika Queen's English mengambil masa ratusan tahun untuk mencapai tahap baku, maka bahasa Melayu yang masih bertatih dalam persekitaran kepesatan perubahan terkini tidak terkecuali.
Untuk berlaku adil, DBP telah melaksanakan tanggungjawab setakat yang terdaya. Isu bahasa rojak dan slanga lebih parah apabila masyarakat cenderung kepada gaya hidup dan komunikasi segera. Kawalan hanya dapat dilakukan untuk urusan rasmi.
Wallahu a'lam...
pembetulan ejaan:
ReplyDeleteayat kedua, berindak ==> bertindak
Cikgu,
ReplyDeleteYou are entitled to defend DBP but I have my views of their responsibilities, or responsibilities they should be accountable for. English never had to go through 'bahasa rojak' in their linguistic development as it is rampant in Bahasa Melayu today. DBP are taking an easy route out.
I own a copy of Wilkinson's English Malay Dictionary, published in 1933. What a beautiful language Bahasa Melayu was as conpiled by an English man.
Pak Hassan,
ReplyDeleteKita tidak berbeza pendapat sama sekali. Barangkali sudut pandangan sahaja yang tidak sama. Pak Hasan cenderung kepada hujah normatif, apa yang patut (ought), sedang saya pemerhati biasa-biasa sahaja (is). Pengalaman hidup Pak Hassan tentang hal demikian tentu lebih dalam dan tajam. Saya cadangkan selain penulisan maya, Pak Hasan menulis buku tentang pengalaman yang sangat berharga itu. Perbadanan Johor atau PTS pasti sudi menjadi penerbit...