Kebanyakan pelajar tingkatan 6 Rendah mengisi borang permohonan masuk ke maktab perguruan. Pada masa itu hanya terdapat lima buah universiti awam sahaja, iaitu UKM, UM, UPM, USM dan UTM. Bagi pelajar yang terlepas peluang menyambung pengajian di luar negara, mereka bersaing untuk tempat matrikulasi (UKM,USM) dan asasi sains (UM), serta kursus diploma di Institut Teknologi Mara (kini UiTM).
Walaupun penulis blog (PB) memiliki kelayakan yang mencukupi untuk membuat permohonan, PB mengambil keputusan untuk memasuki tingkatan 6, mulanya dalam aliran sains (Kertas Am, Matematik, Fizik, Kimia dan Ekonomi). Setelah hampir dua bulan, PB beralih ke jurusan sastera (Kertas Am, Bahasa Melayu, Ekonomi, Geografi dan Sejarah). Maka, bersama kawan-kawan lain, PB mengisi borang permohonan ke maktab perguruan.
Tahun berikutnya PB menerima panggilan temu duga. Penulis cam bahawa salah seorang penemu duga ialah pengetua sekolah menengah berhampiran, tetapi dia tidak mengenali PB. Setelah selesai soalan pengenalan, PB diminta membuat terjemahan rukun negara.
Tiba tentang kesopanan dan kesusilaan, PB tersekat, lalu meminta temu duga dijalankan dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Semua soalan dapat PB jawab dengan lancar dan tenang. Pendek kata, PB yakin boleh melepasi temu duga tersebut dengan jayanya.
Keputusan temu duga dimaklumkan setelah keputusan HSC (kini STPM) diumumkan. PB beroleh pencapaian HSC yang layak untuk masuk universiti. Alhamdulillah, PB menerima surat tawaran memasuki Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, bersebelahan Sekolah Tun Fatimah. Lucu juga apabila PB ditawarkan kursus pendidikan awal remaja untuk opsyen Pengajian Inggeris dan Matematik...

No comments:
Post a Comment