Mohd. Harraz bin Lebai Sidi atau "adik" ialah dugaan besar terhadap kesabaran seorang ibu. Sebagai anak tunggal lelaki yang amat dimanjakan, kerenah adik begitu melampau. Kak Cik tidak mampu menahan tangannya daripada singga ke muka adik (antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 68).
Adik langsung tidak menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran, bahkan bergaul dengan budak liar. Dia pernah menghempas cawan kaca hingga kaki bonda berdarah, gara-gara bonda enggan memberi RM5 seperti yang diminta. Namun, bonda tidak pernah marah, bahkan tetap mendukung adik dari tingkat atas walaupun usia adik sudah 12 tahun.
Apabila adik mahu berhenti sekolah setakat darjah 6, bonda tidak mampu menyekat. malah, usaha kakak kembar dua beradik itu, Kak Long yang belajar di Texas dan Kak Ngah di Monash, Australia juga buntu. Kesabaran Kak Cik terburai setelah adik mengungkit tentang ayah mereka yang meninggal dunia di penjara akibat fitnah.
Bonda tidak kenal putus asa. Bonda hampir selesai membaca ulang surah as-Syahid 297 kali, sedangkan Kak Cik lebih dikuasai jiwa muda yang mahu tindakan lebih keras ke atas adik. Perubahan diri adik bermula setelah dia terlibat dengan kemalangan (muka surat 70).
Adik tiba-tiba mahu menyambung persekolahan. Malah, dia berguru dengan Kak Cik untuk menduduki peperiksaan PMR. Kemudian, adik lulus sekolah pondok hingga 4 Thanawi, di samping SPM, dan tahfiz al-Quran. Adik seterusnya menyambung pengajian di Universiti al-Bayt, Jordan.
Teknik penceritaan: imbas kembali, sudut pandangan orang ketiga, iaitu Kak Cik sebagai pencerita tentang kisah adik.
Tema: Kasih sayang seorang ibu dalam usaha merealisasikan potensi modal insan anaknya (muka surat 61).
Watak dan perwatakan
"Saya" / Kak Cik / kakak Mohd Harraz (adik) / pencerita (sudut pandangan orang pertama)
- prihatin (terhadap susah payah bonda menghadapi kerenah adik)
- penyayang (membantu adik belajar untuk PMR walaupun sebelumnya geram dengan sikap liar adik)
- kurang sabar (menampar adik apabila kisah ayah mereka terpenjara diungkit oleh adik)
- patuh / taat (kepada bonda yang selalu memberi nasihat supaya tidak bertindak melulu kepada adik)
Bonda / ibu Kak Cik dan adik / isteri Lebai Sidi
- penyayang (tetap tidak merungut walaupun adik berkelakuan kasar)
- penyabar (tidak pernah berhenti berharap supaya adik berubah sikap)
- berpandangan jauh / optimis (sentiasa percaya bahawa adik akan berubah jua, maka dia sanggup bersusah payah)
- tabah (menghadapi fitnah terhadap suami yang dipenjara)
- cekal / gigih (mendidik anak-anak dengan penuh hikmah dan lemah lembut)
- tegas (tidak terpengaruh dengan emosi ketika berhadapan dengan tingkah laku adik yang biadab)
Adik / Mohd Harraz / anak bongsu / anak lelaki tunggal Bonda
- agresif / degil / keras kepala (pada awalnya tidak pernah peduli perasaan bonda dan Kak Cik)
- berfikiran mentah / tidak matang (terlalu mengikut kata hati / pengaruh buruk / keliru dengan kes bapanya)
- bijak (berjaya dalam masa yang singkat dengan bantuan Kak Cik, contohnya lulur PMR)
- sedia berubah (segera meminta maaf daripada bonda selepas peristiwa kemalangan / mahu kembali belajar)
- rajin (belajar aliran agama sambil mengambil peperiksaan awam biasa dengan bantuan Kak Cik)
- penyayang (sentiasa mengutus surat kepada bonda ketika belajar di Universiti al-Bayt, Jordan)
- tegas / tinggi jati diri (tidak menyentuh ganja walaupun pernah bergaul dengan kumpulan itu)
Kak Ngah / kakak kepada Kak Cik dan adik / kembar Kak Long / pelajar Universiti Monash, Australia
- matang (menyokong cara bonda mendidik adik yang mungkin lambat, tetapi bakal berhasil)
- pandai memujuk (menenangkan perasaan Kak Cik yang bergelora dek gelagat adik)
Kak Long / kakak kembar Kak Ngah / anak sulung Bonda / pelajar Universiti Southwestern, Texas, Amerika Syarikat
- matang (cepat memahami cara bonda yang berlembut menghadapi tingkah laku kasar adik)
Latar masyarakat: masyarakat ibu tunggal
: masyarakat anak yatim
: masyarakat pelajar sekolah / universiti
: masyarakat yang prihatin
: masyarakat yang sabar / tabah
: masyarakat yang cekal / gigih / rajin
: masyarakat yang menjadi mangsa fitnah (Lebai Sidi / suami Bonda)
: masyarakat yang penyayang
: masyarakat yang optimis / berpandangan jauh
: masyarakat yang tegas / tinggi jati diri
: masyarakat yang bijaksana / pintar
: masyarakat yang agresif / degil / keras kepala
: masyarakat yang berfikiran mentah / tidak matang
: masyarakat yang matang
: masyarakat yang pandai memujuk
Nilai murni: keprihatinan, kesabaran / ketabahan, kecekalan / kegigihan / kerajinan, kasih sayang, berwawasan,
ketegasan, kebijaksanaan, kematangan
Persoalan: keprihatinan terhadap pengorbanan ibu
: kesabaran / ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup
: kecekalan / kegigihan / kerajinan dalam pembelajaran
: kasih sayang sesama keluarga
: ketegasan dalam pendirian / tindakan
: kebijaksanaan dalam membuat keputusan
: kematangan dalam berfikir / menilai sesuatu tindakan
Pengajaran: kita hendaklah prihatin terhadap pengorbanan ibu
: kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi cabaran hidup
: kita hendaklah cekal / gigih / rajin dalam pembelajaran
: kita hendaklah menyayangi sesama keluarga
: kita hendaklah tegas dalam pendirian / tindakan
: kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan
: kita hendaklah matang dalam berfikir / menilai sesuatu tindakan
kbkk: jurang generasi / perbezaan pandangan hidup kerana perbezaan usia / pengalaman
: kaedah pendidikan untuk anak bermasalah disiplin / sahsiah / adab

Boleh sambung bila ya?
ReplyDeletecikgu dari beberapa hari tunggu......sambunglah cikguuu..... XD
ReplyDeleteterima kasih cikgu, banyak info boleh bantu saya mengajar komsas baharu ni..
ReplyDeletetrime ksih cg.cg tlh myelmatkn ktorg.:D..trime ksih lgi skali cg.cg pnye info byk mmbntu ktorg..
ReplyDeleteapakah sifat bertawakal!
ReplyDeleteberserah diri / pasrah setelah melakukan segala usaha yang perlu.
ReplyDeletecontohnya, bonda telah mencuba segala cara, tetapi adik masih degil. bonda hanya berserah kepada Tuhan...
perenggan 4: surah as-syahid TIDAK terdapat dalam 114 surah di dalam al quran..semoga ada pihak yang akan menyiasat perkara ini..harap maklum..
ReplyDeleteMenurut guru BM teks komsas T3 ini digunakan mengikut zon. Negeri johor menggunakan buku ini.di dalam al-Quran tiada surah yang namanya begitu.saya terjumpa sesuatu yg mungkin membantu. mungkin as-Syahid yang dimaksudkan dlm m/s 70 tersebut ialah salah satu asmaul husna yang ke 50.di dalam buku kelebihan membaca asmaul husna As-Syahid bermaksud Yang Maha Menyaksikan.(Apabila ada dikalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya,maka zikirkan sebanyak 319 kali secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar dan berubah perangainya).
ReplyDeleteLatar masyarakat je ke ? Latar masa & tempat xde ea ? :-D
ReplyDeleteNota ni menyelamatkan sy..tq very much..bnyk mnfaatnye
ReplyDelete