Berbanding dengan pelajar tingkatan 4 dan 5 yang dibahagikan kepada 4 zon untuk pembelajaran novel komsas, tingkatan 3 pula hanya 3 zon. Selain "6:20" dan "Cempaka Putih Untukmu", sebuah lagi novel yang dipilih ialah "Merenang Gelora" karya Ruslan Ngah. Bahagian kandungan novel meliputi 260 muka surat, tidak termasuk glosari dan biodata pengarang (setiap satunya 2 muka surat), serta tidak termasuk kulit novel , butiran penerbitan, pendahuluan, sinopsis dan indeks kandungan.
Walaupun novel "Merenang Gelora" (MG) agak tebal, tetapi olahan cerita yang menarik menyebabkan pembaca ingin menghabiskan pembacaan dengan segera sepenuhnya. Watak utama novel, Badri yang dilantik sebagai pengawas sekolah berhadapan dengan cabaran Shahrul, Meng Kong dan Kumar. Dia jua terbabit dengan persaingan Nadira dan Siew Mei yang berebut untuk menambat hatinya.
Sebaik sahaja berjawatan pengawas, Badri segera "mengumpul" musuh hingga satu hari dia disiram dengan air tandas ketika berada dalam kamar kecil di situ. Dia juga menghadapi masalah dengan anak buah (anak saudara Pak Lang (bapa saudara dan guru silat Badri), iaitu Nadira yang bersekongkol dengan Shahrul. Jamil, teman rapatnya juga terbabit dengan kegiatan menjual telefon bimbit yang dicuri oleh Meng Kong di kedai ayahnya sendiri.
Siew Mei, adik kepada Ah Meng, pekerja di kedai ayah Meng Kong meminta pertolongan Badri. Nadira kemudian sedar tentang perangai buruk Shahrul apabila sanggup meninggalkan dirinya disoal oleh polis bersendirian. Namun, Shahrul memang licik untuk memujuk Nadira walaupun Nadira sudah mula beralih kepada Badri.
Badri berjaya membongkar kegiatan Shahrul, Kumar dan Meng Kong, lalu dihadapkan kepada guru disiplin, Cikgu Jailani, pengetua dan guru kaunseling. Meng Kong kemudian dimasukkan ke asrama oleh bapanya, manakala Kumar insaf dan berkawan dengan Badri. Dendam Shahrul membara, apatah lagi dia mudah ditewaskan oleh Badri dalam satu pergelutan di kawasan joging.
Perhatian Siew Mei terhadap Badri menyebabkan Nadira kembali menerima Shahrul. Jamil pula dihantar ke rumah neneknya di Sarawak bagi menjauhkan dirinya daripada Shahrul. Ketika Badri menghadapi fitnah memiliki telefon bimbit yang diletakkan ke dalam beg sekolahnya, hanya Taufik (si mulut murai) dan Siew Mei memberi sokongan.
Dipendekkan cerita, Badri akhirnya bergelar doktor perubatan lulusan Ireland, manakala Siew Mei doktor gigi. Pembaca mungkin sedikit terkilan justeru Shahrul akhirnya berkahwin dengan Nadira, tetapi dia sebenarnya telah menjadi orang berguna. Shahrul menjadi pengusaha bengkel mekanik yang berjaya dengan rakan kongsinya, Kumar dan sering mengunjungi Taufik yang kini memiliki resort sendiri...

bersambung...
Salam..nak tanye..boleh x masukkan sinopsis bab? sekian teria kasih..
ReplyDeleteSalam, nak tanya. Boleh tak masukkan plot cerita bagi setiap bab, bukan plot untuk satu novel tapi untuk setiap bab. Terima kasih.
ReplyDeleteassalam...
ReplyDeleteboleh x masukkan biodata ruslan ngah...
saya amat memerlukannya...
terima kasih..
Salam
ReplyDeletesuperstarz:
Perincian tiap bab bakal menyusul; setakat ini baru bab 5,6
klik pada kotak "search this blog"
anon jan 24:
Biasanya teknik plot untuk keseluruhan novel. Memadai 2 atau 3 contoh peristiwa bagi menyokong hujah.
anon jan26:
Ruslan Ngah berusia 45 tahun (lahir 1967). Pendidikan menengah di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Kerjaya: guru sandaran 1987/88
wartawan kumpulan Karangkraf 1991 - 98;
: ketua editor majalah Gelagat
: pengurus projek World Comm (kini)
Anugerah: hadiah utam sayembara novel kanak-kanak: pahlawan Pintar
Novel "Merenang Gelora" menggondol hadiah tempat ketiga Hadiah sastera Kumpulan Utusan.
Mula menulis sejak tingkatan 4 setelah mengikuti Minggu Remaja anjuran DBP.
Judul novel:
Senandung Anak laut: DBP, 1988
Sahabat Razi: DBP
Mencari Bukti: DBP
Di Hujung Senja: Utusan Pub. & Dist.
Keranamu Hani: Alaf 21
Gerimis di Hati Arini: DBP
Yang Tercinta: Utusan
Nama pena lain: Ralan Kazan
(petikan biodata novel komsas edisi murid)
salam,boleyh bagi tema,nilai dan persoalan bagi novel tersebut ,,saya amat memerlukaannya..terima ksaih
ReplyDeleteboleh x kalau berikan biodata pengarang yang penuh?
ReplyDeletesalam,nk tanye ckit bleh x???ni sinopsis untuk semue bab erkk??? terime kasih
ReplyDeletesalam fazreen uzla
ReplyDeleteya, secara keseluruhan
perbincangan setiap bab dalam masukan lain, klik pada kotak dialog "search this blog" pada muka hadapan sekali.
Tk nk tengok nk baca sendiri sampai habis x3
ReplyDelete