Pengarang novel: Dato' Abdullah Hussien
Muka surat rujukan: 41 - 52
Watak utama / protagonis: Hilmi
Watak lain: Hayati / anak Datuk Johari, Datin Salmah / tunang Mohsin / pelajar sekolah swasta
: Mohsin / tunang Hayati / anak saudara Datin Salmah / pegawai bank
: Datuk Johari / ayah Hayati / “ayah saudara” Hilmi
: Datin Salmah / isteri Datuk Johari / ibu Hayati / ibu saudara Mohsin
: Pak Amat / pemandu Datuk Johari / bekas penyelam mutiara di Australia / duda anak satu (meninggal)
: rakan-rakan Datin Salmah (tidak dinyatakan nama)
: Dr. Nathan / jiran Datuk Johari
: Mak Minah / pembantu rumah Datuk Johari / tukang masak hyang sudah berusia lanjut
Latar tempat: banglo Datuk Johari (ruang tamu, tempat piano, kebun jagaan Hilmi)
Latar masa: pukul 3 petang, hari Khamis (banyak peristiwa imbas kembali oleh Hilmi)
: hampir senja (ketika Hayati dan Mohsin balik; Hilmi tergesa-gesa solat Asar setelah terjaga)
Ringkasan bab
Hilmi sangat sayang kepada bunga yang ditanamnya. Kumbang perosak yang dapat ditangkap akan ditenyeh dengan kakinya. Namun, Hilmi berhati-hati kerana Hayati tidak senang begitu. Hayati memanggil Hilmi “abang” walaupun dilarang oleh Datin Salmah. Hayati juga suka keluar malam-malam menemani Hilmi mencari kumbang dan ulat. Hilmi menganggap Hayati sebagai tamu dunia bunga walaupun dia hanya suka kepada bunga ros yang cantik, tetapi berduri dan menjadi sasaran kumbang. Pada setiap hari Sabtu dan Khamis, Hilmi sengaja bekerja berhampiran ruang tamu depan rumah untuk mendengar Hayati belajar piano. Hilmi akan menuruti petikan piano Hayati dengan menekan pahanya sendiri. Hilmi ingin sekali menekan mata piano sebenar, tetapi dia tidak berani. Hilmi hanya pernah menyentuh kayu mahagoni piano yang tertutup itu. Hilmi juga pernah mengintai Hayati bermain piano, tetapi dimarahi. Hilmi tersinggung, tetapi apabila Hayati menemaninya mencari kumbang, dia lupa.
Wang pemberian Datuk Johari dibelinya baja dan cat. Datin Salmah mula bangga dengan pujian rakan dan Dr. Nathan, malah dia makin gila membeli bunga untuk dijaga oleh Hilmi. Walaupun terbeban, Hilmi tidak mahu menunjukkan penat, terutama pada hari Sabtu dan Khamis apabila lagu merdu petikan piano Hayati menjadi makanan rohani dirinya. Hari Khamis itu jam menunjukkan pukul 3.05 petang, lalu hati Hilmi menjadi rusuh (gelisah).Setelah menunggu sejam, kelibat Hayati tidak juga muncul. Hilmi hilang semangat, lalu ke bilik dan tertidur. Hilmi hanya terjaga ketika mendengar dentuman pintu kereta Pak Amat, lalu bingkas mengerjakan solat Asar. Setelah itu, Hilmi meninjau ke kamar Hayati dan ruang tamu, tetapi hampa. Sekali lagi dia dilanda rusuh, gundah gulana dan bosan.
Tiba-tiba Hilmi gempar apabila kereta Mohsin masuk dan dia bersama Hayati yang sedang ketawa kerana baru pulang daripada menonton wayang filem komedi. Datuk Johari kurang senang, tetapi dia diam sahaja. Kemudian Datuk Johari menghampiri Hilmi yang masih menyiram air ke atas tanaman walaupun hari sudah masuk malam. Datuk Johari juga tertarik dengan bunga tahi ayam yang biasa ditemui di kampungnya dahulu. Hilmi mendapatnya daripada kawan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Hilmi kemudian menuju bangsal tempat ayam peliharaannya. Mula-mula Datin Salmah membantah, tetapi Hilmi tidak menjawab panjang kerana beranggapan perbuatan itu tidak baik. Namun, Datin Salmah tidak marah lagi kerana dia dapat memberi hadiah kepada kawan-kawannya yang berkunjung ke rumah. Dia juga senang menerima pujian. Namun, Datin Salmah berasa malu sendiri apabila soal bayaran (gaji “tukang kebun”) disebut...
Perwatakan: rajin, peka / prihatin / sensitif, patuh / taat (Hilmi), sopan / menghormati orang lain (Hayati)
: suka dipuji / makan puji / gemar disanjung (Datin Salmah)
: suka memendam rasa / sukar meluahkan perasaan (Datuk Johari) / kurang tegas
Latar masyarakat: masyarakat yang hidup mewah / berpangkat / bergelar / mementingkan darjat / status
: masyarakat yang hidup menumpang
: masyarakat yang rajin
: masyarakat yang peka / prihatin / sensitif
: masyarakat yang patuh / taat (kepada majikan / perintah agama)
: masyarakat yang sopan / menghormati orang lain
: masyarakat yang suka dipuji / makan puji / gemar disanjung
: masyarakat yang suka memendam rasa / sukar meluahkan perasaan / kurang tegas
Nilai murni: kerajinan, kepekaan / keprihatinan / tajam sensiviti, kepatuhan / ketaatan, kesopanan / hormat-menghormati, ketegasan / jati diri
Persoalan: kerajinan dalam kerja / tugas / usaha
: kepekaan / keprihatinan / sensiviti terhadap ancaman persekitaran (penjagaan bunga)
: kepatuhan / ketaatan terhadap majikan / perintah agama
: kesopanan / penghormatan terhadap orang lain / orang yang lebih tua, berusia
: pujian / sanjungan yang berkepentingan (rakan Datin Salmah mahu sayur percuma)
: kesukaran meluahkan perasaan / ketegasan yang hanya dipendam (Datuk Johari)
Pengajaran: kita hendaklah rajin / cekal / gigih dalam sesuatu pekerjaan / tugas / usaha
: kita hendaklah peka / prihatin / sensitif terhadap pengaruh persekitaran
: kita hendaklah patuh / taat terhadap arahan majikan / perintah agama
: kita hendaklah sopan / hormat kepada orang lain / orang yang lebih tua / berusia
: kita hendaklah menghamburkan pujian yang ikhlas / kita janganlah suka termakan pujian
: kita hendaklah tegas dalam menyatakan pendirian / kita janganlah membisu terhadap tingkah laku yang buruk
Kbkk: peranan ibu bapa dalam mencegah pergaulan bebas anak-anak
: persahabatan yang berlandaskan keikhlasan / kejujuran
: cara mengenal pasti bakat terpendam / kebolehan / potensi yang tersembunyi
: keciciran dalam persekolahan / bakat dan potensi yang disia-siakan / tidak digilap
: merapatkan jurang komunikasi antara golongan berada dengan golongan miskin
: memupuk rasa tawaduk / rendah hati dalam kalangan orang yang beruntung / hidup mewah