Mesyuarat mingguan jemaah menteri pada hari Rabu, 11/1/12 membuat keputusan untuk menunda proses pelaksanaan sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) bagi membolehkan semakan semula dan perbincangan diteruskan. Beberapa isu yang berbangkit akan diselesaikan terlebih dahulu tanpa mengubah tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 januari 2012 yang lalu. Namun, keputusan tentang opsyen persaraan paksa tidak terbabit.
Antara isu yang berbangkit ialah peratusan kenaikan gaji yang tidak sampai 7 peratus dan perbezaan yang ketara antara mata gaji yang dinikmati oleh pekerja lama dan baharu. Ada kakitangan yang maju ke hadapan dari segi mata gaji, dan ada juga yang turun ke belakang. Begitu juga dengan kenaikan gaji tahunan yang tidak sampai RM80 sepertimana yang disebut dalam pembentangan belanjawan di parlimen tahun lalu.
Baru-baru ini permintaan Ceupacs untuk penangguhan SBPA mendapat suntikan baharu apabila majlis pensyarah IPTA turut mendesak supaya faktor kekananan diambil kira dalam penentuan mata gaji. Presiden Ceupacs juga dijemput hadir supaya desakan kaum sarjana menara gading itu mendapat perhatian dan publisiti media. Imej Ceupacs juga meningkat kerana perjuangan mereka bukan sekadar untuk kumpulan pelaksana, atau sebelum ini dikenali sebagai kumpulan sokongan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan sudah diarah supaya menentukan mekanisme semakan semula berkenaan. Setakat ini, segala pekeliling dan perincian SBPA ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah. Pihak JPA dijangka mengeluarkan kenyataan tentang penambahbaikan SBPA setelah segala proses rundingan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Kekeliruan tentang pemindahan tangga gaji daripada SSM ke SBPA hangat diperkatakan apabila berlaku perbezaan yang ketara antara kakitangan awam. Terdapat kakitangan awam yang mendakwa hanya menikmati kenaikan tidak sampai RM1 berbanding dengan rakannya sebanyak RM200. Demikian juga mata gaji T5 untuk kumpulan DG1-1 dikatakan sebagai tidak bernasib baik kerana terpaksa turun menjadi T4 dan menjadi sama pula dengan junior yang sebelumnya berada pada T3.
Barangkali pihak JPA akan mengambil kira hal berkenaan dengan menetapkan prinsip pemindahan mata gaji yang lebih baik, sambil memastikan bahawa perbezaan perubahan emolumen dapat diminimumkan, Sebagai contoh, penetapan jumlah perubahan bayaran gaji yang lebih kurang setara. Setiap kakitangan awam harus menikmati perbezaan minimum RM100 sebagai contoh, atau dipindahkan ke tangga gaji ke hadapan andainya perubahan yang dinikmati tidak sampai RM100.
Kini, perkara yang boleh dilakukan oleh kakitangan awam ialah berharap dan menunggu. Pihak-pihak yang terbabit dengan rundingan SBPA seperti Ceupacs dan Majlis Bersama Kakitangan (MBK) sektor terpilih disandarkan harapan supaya dapat merumuskan mekanisme saraan awam yang berlandaskan prinsip ekuiti dan merit. Sebagaimana konsep kualiti umpama maraton tanpa garis penamat, proses inovasi dan penambahbaikan penyampaian dan saraan dalam sektor perkhidmatan awam akan terus berlaku...

No comments:
Post a Comment