Setiap insan yang mengaku beriman dituntut supaya meletakkan perasaan kasih kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi kasihnya terhadap diri sendiri, ibu bapa, kaum kerabat, handai taulan, harta benda, mata pencarian dan segala-galanya. Perintah Allah dan Rasul-Nya ialah neraca dan pertimbangan tunggal dalam proses membuat keputusan. Sebarang keputusan yang bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul-Nya hendaklah dibatalkan.
Antara tanda seseorang itu cinta akan Allah dan Rasul-Nya ialah sentiasa meletakkan niat yang tulus ikhlas dalam segala keputusan dan tindakan yang diambil selagi nafas belum terhenti. Seseorang itu akan rela dan suci hati meninggalkan keselesaan diri sendiri demi menyahut seruan mengerjakan amar ma'ruf dan menjauhi mungkar. Dia sanggup meninggalkan kelazatan bermalas-malas untuk berlumba-lumba menuju kebajikan dan taqwa, serta tidak menyokong perbuatan yang mendatangkan dosa dan keji.
Kasih kepada ibu bapa dan tidak derhaka ialah perintah Allah dan Rasul, namun masih dalam lingkungan perintah Allah dan Rasul. Seseorang anak yang derhaka kepada ibu bapa tidak mencium bau syurga, apatah lagi untuk memasukinya, melainkan telah diampunkan. Andainya kepatuhan kepada ibu bapa boleh menjerumuskan seseorang kepada murka Ilahi (mohon dijauhi, amin), maka seseorang itu wajib memilih kepatuhan kepada Allah dan Rasul.
Dalam satu kisah sahabat, seorang ibu membuat ugutan dia akan mengambil nyawanya sendiri andai kata si anak memilih untuk beriman. Sahabat tadi dengan tegas mengatakan bahawa sekiranya si ibu memiliki 100 nyawa, dan dia mencabut nyawanya satu per satu, dia tetap memilih iman. Begitulah jati diri seseorang yang beriman dalam membuat keputusan dan pertimbangan yang begitu berat untuk ditanggung.
Kasih suami kepada isteri juga mesti berlandaskan mawaddata'w-warahmah, iaitu sejajar dengan aqidah, syariat dan akhlak. Sehebat mana pun kasih sayang si suami, dia tidak boleh membenarkan berlakunya pelanggaran terhadap tuntutan aqidah, syariat dan akhlak Islami. Demikian juga dia tidak boleh bersifat dayus dengan menurut segala kata isteri sehingga menyebabkan mereka gagal mentaati perintah Allah, serta terdedah kepada perkara-perkara yang dilarang oleh-Nya.
Kasih seorang ibu atau bapa juga tidak boleh melebihi kasih kepada Allah. Tidak semua permintaan sang anak yang bersifat kebendaan dan kebebasan mesti ditunaikan. Sebaliknya, tanggungjawab ibu bapa ilah mendidik anak supaya mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta kepada diri sendiri dan manusia lain.

Keadaan yang sama terpakai terhadap perasaan kasih terhadap kaum kerabat dan handai taulan tidak seyogia menyebabkan seseorang itu berlaku zalim dan mengambil sebarang manfaat awam yang bukan hak hanya kerana akses dan kuasa berada dalam genggaman. Harta benda yang melimpah ruah serta diperoleh dengan jalan halal juga tidak boleh menjadi penghalang untuk seseorang yang beriman berpisah dengan kelazatan itu untuk segala tuntutan fardu ain dan fardu kifayah di luar rumah. Hak orang lain dalam harta yang dimiliki juga mesti ditunaikan tanpa anggapan bahawa perkara itu sebagai beban.
Orang yang kasihkan Allah dan Rasul-Nya akan dikasihi pula Allah dan Rasul-Nya. Terdapat tanda-tanda bahawa Allah mengasihi seseorang insan. Tanda-tanda itu dapat dirasai sendiri oleh tuan punya diri seperti kelazatan dalam ibadah, basah lidahnya dengan zikrullah dan terhindar daripada perbuatan yang sia-sia.
Kelazatan dalam ibadah misalnya sentiasa menanti-nanti masuknya waktu solat dan rindukan kedatangan bulan puasa. Seseorang yang dikasihi Allah juga cenderung menghadiri majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan ikhlas semata-mata kerana menuju redha Ilahi. Dengan suluh ilmu, seseorang itu akan berkecimpung dengan usaha dakwah dan jihad tanpa dipengaruhi oleh emosi dan hawa nafsu.
Kata-kata yang keluar daripada mulut orang yang dikasihi Allah umpama pohon yang mengakar dan merimbun (surah Ibrahim, 14; ayat 24), kalimatan tayyibah kasajaratin tayyibah. Lisan mereka sangat terjaga dan tidak akan menjadi ancaman atau menyakitkan hati orang lain. Mereka juga menyeru ke jalan kebenaran dengan penuh hikmah, tetapi sama sekali tidak akan ada kompromi untuk menyatakan kebenaran walaupun pahit, quli'l-haqqa walau kana murra.

(sedutan mimbar Jumaat: 13/1/12, 19 Safar 1433)
No comments:
Post a Comment