Pengkarya: Natasya Puteri
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka suarat 22
Bilangan rangkap: 4
Perbincangan rangkap demi rangkap
Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan.
Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum paksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran.
Seorang insan istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.
Kewujudan insan istimewa menjadi ujian kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara. Mereka menjadi amanah yang pelu dijaga walaupun bukan mudah untuk dikendalikan. Insan istimewa mempunyai hak dalam kehidupan bermasyarakat selagi masih bernyawa. Mereka tidak boleh diabaikan.
Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.
Masyarakat diseru supaya membantu dan membimbing insan istemewa dengan tulus ikhlas. Orang yang berbuat baik akan dikasihi dan direstui oleh Tuhan.
Gaya bahasa: perulangan
metafora
Nilai murni: kepasrahan, ketabahan, tolong-menolong, keikhlasan / ketulusan
Persoalan: kepasrahan dalam menerima takdir Ilahi
: ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan
: tolong-menolong sesama anggota masyarakat
: keikhlasan / ketulusan dalam menolong orang lain
Pengajaran: kita hendaklah pasrah dalam menerima takdir Ilahi
: kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup
: kita hendaklah tolong-menolong sesama anggota masyarakat
: kita hendaklah ikhlas / tulus dalam menolong orang lain
kbkk: penyediaan kemudahan di bangunan awam dan pasar raya
: sistem pendidikan dan rawatan bagi golongan istimewa
: tanggungjawab ibu terhadap anak istimewa

Insan istimewa, atau juga dipanggil kurang upaya atau kelainan upaya menjadi demikian bukan atas kemahuan sendiri, namun tetap menerima dengan reda (baca redha, iaitu pasrah) suratan takdir Ilahi (nasib yang tertulis sejak azali). Hakikat kelahiran mereka yang demikian diterima seadanya bagi menjalani kehidupan.
Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum paksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran.
Insan istimewa menanggung segala derita dalam kegembiraan yang dibuat-buat. Simpati dan belas kasihan masyarakat tidak sama dengan derita diri dan kesusahan yang mereka sendiri alami.
Seorang insan istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.
Kewujudan insan istimewa menjadi ujian kepada institusi keluarga, masyarakat dan negara. Mereka menjadi amanah yang pelu dijaga walaupun bukan mudah untuk dikendalikan. Insan istimewa mempunyai hak dalam kehidupan bermasyarakat selagi masih bernyawa. Mereka tidak boleh diabaikan.
Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.
Masyarakat diseru supaya membantu dan membimbing insan istemewa dengan tulus ikhlas. Orang yang berbuat baik akan dikasihi dan direstui oleh Tuhan.
Gaya bahasa: perulangan
metafora
Nilai murni: kepasrahan, ketabahan, tolong-menolong, keikhlasan / ketulusan
Persoalan: kepasrahan dalam menerima takdir Ilahi
: ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan
: tolong-menolong sesama anggota masyarakat
: keikhlasan / ketulusan dalam menolong orang lain
Pengajaran: kita hendaklah pasrah dalam menerima takdir Ilahi
: kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup
: kita hendaklah tolong-menolong sesama anggota masyarakat
: kita hendaklah ikhlas / tulus dalam menolong orang lain
kbkk: penyediaan kemudahan di bangunan awam dan pasar raya
: sistem pendidikan dan rawatan bagi golongan istimewa
: tanggungjawab ibu terhadap anak istimewa
terima kasih... cikgu.
ReplyDeletesama-sama hamdan
ReplyDeleteIzinkan saya gunakan sajak ini Cikgu, terima kasih💚
ReplyDelete