Friday, January 6, 2012

"TUGAS BAHARU" BAB 1 MERENANG GELORA TINGKATAN 3 (THE WHEEL OF RESPONSIBILITY)

Pengarang novel:  Ruslan Ngah
Muka surat rujukan:  1 - 19

Watak utama / protagonis:  Badri / anak sulung Mak Siti / abang Badrul / pengawas sekolah (baharu)
Watak penentang / antagonis:  Shahrul
Watak lain:  Mak Siti / ibu Badri
                :  Badrul / adik Badri / pemain bola sepak sekolah
                :  Jamil / kawan baik Badri
                :  Cikgu Kamarul / guru kelas Badri / guru Geografi
                :  Siti Cahya Nadira / murid baharu / anak buah Pak Long (Badri)
                :  Meng Kong / kawan Shahrul

Latar tempat: rumah Badri, blok C, kelas 5 Cergas, kantin

Latar masa: awal pagi, waktu persekolahan

Perwatakan: penyayang / berdisiplin / tegas / mesra

Latar masyarakat: masyarakat yang penyayang / berdisiplin / tegas / mesra

Ringkasan bab 1


"Merenang Gelora" bermula dengan Badri sibuk menggayakan tali leher dan pakaian pengawas di hadapan cermin di rumahnya. Setelah itu dia menikmati nasi lemak sambal sotong air tangan ibunya. Usikan adiknya tidak memesongkan fikiran Badri tentang tanggungjawab sebagai pengawas yang juga lambang kepercayaan guru kepada dirinya. Dalam kegelapan pagi, dua beradik itu munuju ke perhentian bas. Tiba di sekolah, Badri terus disapa oleh Jamil yang menghamburkan pujian. Badri memberitahu bahawa dia bertugas di blok C, sambil mengajak Jamil sebagai teman. Bagi Badri, Jamil ialah rakan yang memberi sokongan ketika dia meminta pendapat tentang agihan tanggungjawab pengawas dengan persediaan peperiksaan. Jamil mengingatkan Badri tentang Shahrul, murid nakal yang suka melakukan peras ugut, dan kes disiplin murid yang makin buruk. Namun, Badri menegaskan bahawa dia tidak gentar, malah tidak sanggup membiarkan murid yang tidak bersalah menjadi mangsa. Apabila diduga oleh Jamil akan keberanian Badri bertindak, Badri dengan selamba mengatakan bahawa dia akan sentiasa merujuk guru. Dia tidak akan bertindak sendiri atau berlagak sebagai hero. 

Sebaik kembali ke kelas, Jamil memberitahu tentang murid perempuan baharu (yang berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kulim). Cikgu Kamarul masuk dan meminta Nadira memeperkenalkan diri. Apabila loceng berbunyi, beberapa orang murid menghampiri Nadira yang memiliki wajah yang cantik. Kemudian, apabila Badri mengusik Jamil tentang peluang tipis Jamil mendekati Nadira, Jamil membalas bahawa Badri bersikap kolot. Disebabkan tercabar kerana perbualan mereka didengar oleh Nadira, Jamil "membalas dendam" dengan mengatakan Badri antiperempuan. Marah mereka tidak lama apabila bertemu semula di kantin. Ketika ke tandas, Badri terserempak dengan Meng Kong yang sedang berurusan dengan lima orang murid lain. Mereka tergesa-gesa bersurai. Meng Kong juga cepat-cepat meninggalkan kantin demi terpandang Badri. Badri berasa hairan...

Nilai murni:  kasih sayang, kemesraan, ketegasan, disiplin diri

Persoalan:  kasih sayang sesama keluarga; kemesraan dalam komunikasi keluarga; ketegasan dalam pendirian; disiplin diri dalam      
                   kehidupan

Pengajaran:  kita hendaklah sayangkan keluarga
                 :  kita hendaklah mesra dalam komunikasi keluarga
                 :  kita hendaklah tegas dalam mempertahankan sesuatu pendirian (yang benar)
                 :  kita hendaklah menjaga disiplin diri dalam kehidupan

kbkk:  peranan pengawas dalam menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang baik dan selesa (kondusif)
        :   ciri / kualiti kepimpinan seseorang pengawas
        :   kerjasama semua murid terhadap pengawas
        :   konsep pengawas yang disegani, bukan dihindari

5 comments:

  1. apelah u punye sinop sangat panjang dan teruk lah.kamu kobar guru tapi macam apelah

    ReplyDelete
  2. kalau sesuai ambil,
    kalau tak sesuai tinggalkan saja,
    tiada sesiapa memaksa

    ReplyDelete
  3. ade tak sinopsis untuk bab 11 dan bab 12?

    ReplyDelete
  4. what a weird synopsis you had wrote
    it had many false on it
    but it ok for me
    tq

    ReplyDelete