Monday, February 13, 2012

"JUMAAT MALAM" BAB 9 NOVEL 6:20 (NARROWING DOWN INFORMATION)

Pengarang novel:  Siti Jasmina binti Ibrahim
Muka surat rujukan:  93 - 115

Watak utama:  Sukma / "saya" (pencerita / sudut pandangan orang pertama) / pelajar universiti
Watak pembantu:  Rafiq / rakan sekuliah Sukma / pemuda kacukan Melayu - Turki /pernah menetap di Amerika Syarikat
                          :  Ayah Sukma / Haji Syaqir / orang kanan JKKK
                          :  Kak Ros / jiran Sukma / inspektor polis
                          :  Su Ani / ibu saudara Teja / pemilik kafe Flora
                          :  Jerry / rakan sekuliah Sukma / anggota kelab WX2
                     
Latar tempat:  rumah Sukma (Sukma berbual dengan ayahnya)
                   :  kafe Flora (Sukma berjumpa dengan Rafiq)
                   :  dalam bas awam (Sukma / Rafiq terserempak dengan Jerry)
                   :  hentian (Sukma mencabar pendirian Jerry)
                 
Latar masa:  malam (sejajar dengan judul bab)

Ringkasan bab

Keinginan Sukma untuk berbincang dengan ayahnya tentang Kelab WX2 terbatal kerana ayahnya kurang sihat. Sukma kemudian ke Kafe Flora seperti yang diminta oleh Rafiq. Mereka berbual tentang Jerry, Abang Aim, ruang sepi dan Kelab WX2. Mereka hendak ke rumah Jerry, tetapi bertembung di dalam bas. Jerry menganggap dengan berpakaian aneh (ala punk), dia menjadi dirinya yang sebenar tanpa dikongkong. Di sebuah hentian, Sukma meluahkan rasa kesal terhadap Jrry, namun kemudian Sukma bernada lembut / memujuk.

Perwatakan:  tegas (sukma)

Latar masyarakat:  masyarakat pelajar univrsiti

Nilai murni:  ketegasan

Persoalan:  Ketegasan dalam menyatakan pendirian

Pengajaran:  Kita hendaklah tegas dalam menyatakan pendirian.

kbkk:  batasan pergaulan pelajar universiti

bersambung...

No comments:

Post a Comment