Pendahuluan
Pembentang harus peka terhadap maklum balas khalayak sama ada secara lisan, mahupun bahasa tubuh bukan lisan. Taktik pembentang ialah dengan melemparkan pandangan dan senyuman ke segenap arah dengan gerakan yang sederhana supaya khalayak berasa selesa. Jika ada khalayak yang kelihatan mahu mencelah, pembentang boleh menggunakan budi bicara yang terbaik untuk memberi laluan dan sebaliknya.
Pembentangan lisan tanpa bantuan teknologi alat bantu (seperti carta atau power point) bermakna bahawa pembentang harus bijak dan mencipta aura (hubungan getaran) dengan khalayak supaya majlis seminar penuh dengan makna dan diberi penarafan yang tinggi oleh khalayak. Maka, jika mungkin, pembentang harus memanipulasi kedudukan gesture dan posture bagi mengekalkan minat dan perhatian khalayak...
Kemahiran generik asas bahasa ialah mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tahap kemahiran yang dinyatakan itu seharusnya meningkat sejajar dengan peningkatan pengalaman dan usia. Pengalaman yang dimaksudkan bukan sahaja berbentuk peribadi, bahkan mencakupi pengalaman yang diperoleh menerusi pembelajaran rasmi dan tidak rasmi.
Aktiviti pembentangan tugasan oleh pelajar prauniversiti tingkatan 6 Atas juga harus menunjukkan proses yang serupa. Pembentang perlu membuat persiapan rapi supaya dapat membuat persembahan yang akur kepada kehendak tugasan, penerimaan khalayak (guru dan rakan) dan disudahkan mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan. Pembentang dapat memastikan bahawa idea dan hujah yang disampaikan bakal mendatangkan faedah kepada majlis untuk membantu khalayak memperoleh maklumat terkini, atau sekadar memperbaharui pengetahuan sedia ada mereka.
Bidang pembentangan
Konsep tugasan mesti ditegaskan dengan jelas kerana kawalan terhadap isi pembentangan akan memastikan bahawa tiada sumber yang dibazirkan. Pembentangan yang hambar dan lesu akan mengakibatkan khalayak berasa membazir, dikhianati dan menyampah. Segala unsur kecindan dan kelakar juga harus dirancang dalam skrip pembentangan.
Idea pokok (tesis) dan idea sokongan (sampingan) juga mesti ditegaskan supaya pembentangan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan yang menjejaskan tumpuan khalayak. Maka, penggunaan penanda wacana, atau dalam bentuk senarai (pertama, kedua,..) boleh memberi isyarat peralihan idea ke idea. Jika tidak, khalayak mungkin gagal menangkap mesej sebenar kerana penyampaian yang bercampur aduk, kurang tumpuan dan tiada kesejajaran.
Pembentang juga harus memberitahu khalayak dengan jelas sama ada idea yang disampaikan berupa pendapat sendiri atau berdasarkan sumber rujukan yang tertentu. Sesuatu idea yang dilontarkan juga perlu ada justifikasi, iaitu alasan, bukti, data dan hujah yang memiliki darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Tanpa justifikasi, sesuatu idea itu mungkin tidak lebih daripada cakap-cakap kedai kopi, gosip, spekulasi liar atau lebih teruk sebagai kata-kata dusta (falasi).
Setelah idea dan justifikasi disampaikan, pembentang mesti mengikat kembali perbincangan dengan tajuk, tugasan atau mauduk yang telah ditetapkan dalam seminar. Tanpa ikatan itu, pembentang umpama melepaskan layang-layang tanpa kawalan. Khalayak mungkin "tersesat" pada setiap persimpangan (peralihan idea) kerana tidak nampak petanda perubahan yang berlaku.
Idea pokok (tesis) dan idea sokongan (sampingan) juga mesti ditegaskan supaya pembentangan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan yang menjejaskan tumpuan khalayak. Maka, penggunaan penanda wacana, atau dalam bentuk senarai (pertama, kedua,..) boleh memberi isyarat peralihan idea ke idea. Jika tidak, khalayak mungkin gagal menangkap mesej sebenar kerana penyampaian yang bercampur aduk, kurang tumpuan dan tiada kesejajaran.
Pembentang juga harus memberitahu khalayak dengan jelas sama ada idea yang disampaikan berupa pendapat sendiri atau berdasarkan sumber rujukan yang tertentu. Sesuatu idea yang dilontarkan juga perlu ada justifikasi, iaitu alasan, bukti, data dan hujah yang memiliki darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Tanpa justifikasi, sesuatu idea itu mungkin tidak lebih daripada cakap-cakap kedai kopi, gosip, spekulasi liar atau lebih teruk sebagai kata-kata dusta (falasi).
Setelah idea dan justifikasi disampaikan, pembentang mesti mengikat kembali perbincangan dengan tajuk, tugasan atau mauduk yang telah ditetapkan dalam seminar. Tanpa ikatan itu, pembentang umpama melepaskan layang-layang tanpa kawalan. Khalayak mungkin "tersesat" pada setiap persimpangan (peralihan idea) kerana tidak nampak petanda perubahan yang berlaku.
Pembentang harus peka terhadap maklum balas khalayak sama ada secara lisan, mahupun bahasa tubuh bukan lisan. Taktik pembentang ialah dengan melemparkan pandangan dan senyuman ke segenap arah dengan gerakan yang sederhana supaya khalayak berasa selesa. Jika ada khalayak yang kelihatan mahu mencelah, pembentang boleh menggunakan budi bicara yang terbaik untuk memberi laluan dan sebaliknya.
Pembentangan lisan tanpa bantuan teknologi alat bantu (seperti carta atau power point) bermakna bahawa pembentang harus bijak dan mencipta aura (hubungan getaran) dengan khalayak supaya majlis seminar penuh dengan makna dan diberi penarafan yang tinggi oleh khalayak. Maka, jika mungkin, pembentang harus memanipulasi kedudukan gesture dan posture bagi mengekalkan minat dan perhatian khalayak...
No comments:
Post a Comment