Monday, March 12, 2012

"SUASANA BAHARU" BAB 12 NOVEL MERENANG GELORA (FRIENDS AND FOES)

Pengarang novel:  Ruslan bin Ngah
Muka surat rujukan:  153 - 161

Watak utama:  Badri (murid tingkatan 5 / pengawas sekolah)
Watak penentang / protagonis:  Kumar, Shahrul (murid nakal tingkatan 5, bekas rakan subahat Meng Kong)
Watak sampingan:  Meng Kong  (murid tingkatan 5 / anak Encik Tan / bekas penjual telefon bimbit curi)
                           :  Taufik  (penghuni asrama / rakan Badri)
                           :  Saiful  (teman sebilik Meng Kong di asrama)
                           :  Ranjit, Koh (penghuni asrama)
                           :  Cikgu Kamarul  (warden asrama)
                           :  Cikgu Jailani  (guru disiplin)

Latar tempat:  asrama sekolah / dewan makan
                   :  kawasan sekolah / bilik guru

Latar masa:  petang / malam  (Saiful mengajak Meng Kong ke dewan makan asrama)
                 :  waktu rehat sesi persekolahan pagi  (Shahrul cuba menumbuk Meng Kong)

Ringkasan bab

Meng Kong mendaftar sebagai penghuni asrama putera, sambil dibantu oleh Taufik, penghuni sejak tingkatan satu. Meng Kong gelisah apabila perlu berkongsi empat orang penghuni sebilik. Dia juga rimas dengan jadual asrama, tetapi lebih baik begitu daripada harus memilih rumah datuknya yang garang di kampung. Sikap penghuni asrama yang baik dan tidak bertanya punca Meng Kong masuk asrama membuat Meng Kong selesa. Meng Kong juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Kamarul yang mengingatkan dirinya tentang waktu belajar (prep) di bilik bacaan. Buat pertama kali Meng Kong membuka buku teks Prinsip Akaun dan menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Rina. Walaupun gelisah kerana tiada pendingin hawa, Meng Kong terlelap jua. Dia memberi laluan kepada murid Islam dahulu yang perlu berada awal di surau. 

Di sekolah, Meng Kong terserempak dengan Shahrul dan Kumar. Mereka tidak senang dengan cerita Meng Kong yang gembira berjaya menyiapkan kerja sekolah. Meng Kong juga menolak untuk melanjutkan urus niaga kad prabayar dan telefon bimbit curi. Shahrul melabel Meng Kong sebagai pengecut dan bodoh menyebabkan Meng Kong mahu pergi, tetapi dia dihalang. Apabila diugut, Meng Kong mahu melaporkan hal itu kepada Cikgu Jailani. Shahrul geram, lalu mencekak kolar baju Meng Kong dan mahu melepaskan tumbukan. Mujur Badri ada di situ dan mengarahkan mereka berjumpa Cikgu Jailani. Shahrul dan Kumar didapati bersalah, lalu dihadapkan kepada pengetua untuk hukuman rotan. Mereka bertambah geram dan mencari jalan untuk mengenakan  Badri, serta mahu Meng Kong dibuang asrama supaya dapat bergabung semula dengan mereka berdua.

Perwatakan:  berani / tegas  (Badri, Cikgu Jailani)
                  :  peramah / mudah mesra (Taufik, Saiful, Ranjit, Koh)
                  :  patuh / taat / mendengar kata (Meng Kong akur akan arahan Encik Tan untuk tinggal di asrama)
                  :  degil (Shahrul, Kumar)

Latar masyarakat:  berani / tegas  (Badri, Cikgu Jailani)
                  :  peramah / mudah mesra (Taufik, Saiful, Ranjit, Koh)
                  :  patuh / taat / mendengar kata (Meng Kong akur akan arahan Encik Tan untuk tinggal di asrama)
                  :  degil (Shahrul, Kumar)

Nilai murni:  keberanian / ketegasan
                :  keramahan / kemesraan
                :  kepatuhan / ketaatan / keakuran
                :  kedegilan

Persoalan:   keberanian / ketegasan dalam menjalankan tugas / melaksanakan amanah
                :  keramahan / kemesraan dalam komunikasi / pergaulan
                :  kepatuhan / ketaatan / keakuran terhadap suruhan ibu bapa
                :  kedegilan murid nakal di sekolah

Pengajaran:  kita hendaklah berani / tegas dalam menjalankan tugas / melaksanakan amanah
                 :  kita hendaklah ramah / mudah mesra dalam komunikasi / pergaulan
                 :  kita hendaklah patuh / taat / mendengar kata ibu bapa
                 :  kita janganlah degil untuk berubah sikap

kbkk:  unsur saspens dalam konflik antara watak                     

No comments:

Post a Comment