Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah, calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau di luar jangkauan mereka.
Ujian dan peperiksaan ialah alat pengukuran dan penilaian terhadap pencapaian murid dalam proses pembelajaran. Dalam kata lain, sesuatu piawai atau penanda aras proses pelaksanaan kurikulum dapat digunakan untuk membezakan murid cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Selanjutnya, langkah campur tangan (intervensi) dalam bilik darjah dapat direka bentuk dengan lebih tepat.
Pengukuran per se ialah pentaksiran bersifat formatif. Maklum balas pencapaian objektif pembelajaran diperoleh semasa aktiviti bilik darjah atau kursus sedang berjalan. Soalan lisan, kuiz bertulis dan ujian pengesanan (diagonistik) yang ditadbirkan bukan bertujuan untuk merekodkan markah atau gred pencapaian, sebaliknya hanya untuk membantu proses penambahbaikan.
Apabila pengukuran disekalikan dengan penilaian, item ujian dan peperiksaan yang ditadbirkan berdasarkan tempoh pembelajaran yang tertentu dikenali sebagai pentaksiran sumatif. Maka, reka bentuk pembinaan item pentaksiran mesti melalui satu proses tapisan yang ketat dan tidak boleh sesekali bersifat spontan. Individu atau panel yang diberi tanggungjawab membina item pentaksiran perlu akur kepada tatacara pentaksiran yang khusus supaya alat ujian yang ditadbir kelak memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Di peringkat sekolah, reka bentuk pentaksiran peringkat tertinggi akan ditentukan oleh mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah sebelum dipanjangkan kepada panitia mata pelajaran. Jadual Penentuan Ujian akan menjadi panduan asas untuk penyediaan item soalan. Bidang tajuk yang diuji akan diselaraskan jika terdapat lebih daripada seorang guru mengajar mata pelajaran yang sama.
Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif adalah lebih selamat. Guru harus mengambil kira data kiraan kepala (head count), nilai lepas landas (take off value, TOV), dan jangkaan pencapaian sasaran (expected target result, ETR).
Hakikatnya proses pembinaan item soalan ujian dan peperiksaan ialah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Walaupun sudah biasa dengan penyediaan item pentaksiran berasaskan sekolah sejak mula bertugas, ulang kaji tentang proses dan tatacara pembinaan item ini tidak boleh sama sekali diabaikan. Kesibukan guru dengan pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum, pengurusan, peningkatan profesionalisme dan kegiatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada guru untuk menyediakan item ujian yang mantap dan signifikan.
Jalan keluar untuk tanggungan beban kerja bersendirian ialah permuafakatan dan kerja berpasukan. Pihak panitia mata pelajaran boleh mengambil daya usaha menganjurkan bengkel bank soalan pada awal tahun supaya semua item ujian, sama ada bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun dapat dibereskan tanpa bertangguh. Peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing benar-benar menjadi pegangan dalam dunia pendidikan...

No comments:
Post a Comment