Peminat bola sepak Eropah barangkali masih hangat memperkatakan kemenangan dramatik Chelsea ke atas Bayaern Munich di gelanggang lawan untuk merangkul kejuaraan Eropah buat julung-julung kalinya selepas 107 tahun penubuhan kelab yang berpangkalan di London itu. Didier Drogba, pemain import dari Ivory Coast, dijulang sebagai wira (immortalized hero) justeru telah menyelamatkan Chelsea daripada ambang kekalahan ketika perlawanan hanya berbaki 2 minit. Malah, tendangan penalti terakhir Drogba telah membawa Chelsea menang 4-3 setelah perlawanan 120 minit, termasuk masa tambahan terikat dengan 1-1.
Di sebalik kedua-dua jaringan kritikal itu, Drogba nyaris mengheret Chelsea tumpas apabila tindakannya mengasari pemain Bayern Munich pada masa tambahan separuh masa pertama menghadiahkan penalti kepada tuan rumah. Mujur, seorang lagi hero Chelsea, Petr Chech berjaya menafikan rembatan Arjen Robben, pemain kelahiran Belanda. Robben kemudiannya enggan mengambil sepakan penalti untuk penentuan keputusan perlawanan akibat tekanan yang begitu tinggi rentetan kegagalan itu.
Chelsea yang dilabel sebagai pasukan kuda tua justeru kebanyakan pemain sudah mencecah usia 30-an mengamalkan corak permainan pasif dan konservatif, iaitu menyerap asakan lawan dengan membina benteng pertahanan yang kukuh, sebelum melakukan serangan balas secara mengejut. Mereka telah melakukan perkara yang sama ketika mengecewakan juara bertahan, Barcelona pada saingan separuh akhir.
Satu lagi fakta menarik tentang Chelsea ialah kemudi interim pasukan, Roberto De Meteo, warga Itali yang juga bekas pemain tengah Chelsea. Semangat kepunyaan kelab lama benar-benar menjelma dalam minda dan jiwa beliau walaupun tiada janji jawatan tetap selepas kejayaan menjulang Piala FA England dan Liga Juara-juara benua Eropah. Kalau beliau berundur pun tidak mengapa, kerena nama beliau sudah pun terpahat dalam sejarah kelab dan Eropah.
Seorang lagi pengendali hebat dari Itali ialah Roberto Mancini, bekas pemain Piala Dunia dan pernah menjulang kejuaraan utama di Sepanyol dan Eropah. Beliau berjaya membawa Manchester City ke persada Liga Inggeris setelah 44 tahun. Beliau melatih pemain City dengan sepenuh jiwa raga dan emosi.
Kedua-dua Chelsea dan City membuktikan satu perkata, iaitu berpantang undur sebelum berjuang. Mereka berjaya mengubah skrip perlawanan pada detik-detik terakhir saingan ketika kemenangan hampir terlepas begitu sahaja. Sikap tidak putus asa, di samping keinginan untuk mencatat kejayaan tidak pernah pudar selagi wisel penamat belum ditiup oleh pengadil perlawanan.
Tindakan Drogba menghadiahkan penalti kepada Bayern Munich pada saat genting lebih baik daripada membiarkan bola menerjah gawang. Sekurang-kurang Petr Chech masih boleh mengaharapkan nasib atau keajaiban. Demikianlah yang terjadi akhirnya.
Banyak perkara yang boleh diambil iktibar, antaranya:
1 membuat perancangan berdasarkan analisis kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman (Swot)
2 mengaplikasi strategi mengikut keupayaan sendiri dan rentak pasukan lawan / pesaing
3 menghalang lawan daripada menghampiri kawasan berisiko pasukan
4 menunggu detik yang sesuai untuk bertindak balas secara mengejut
5 saling mengukuhkan keyakinan sesama anggota pasukan
6 tidak menunjukkan rasa gentar atau kelam kabut dengan asakan lawan
7 menyediakan pelan B ketika memperoleh peluang menghukum kealpaan lawan
8 tidak hilang punca apabila lawan mendahului
9 membuat keputusan berisiko tinggi pada saat genting
10 berdoa sepanjang masa
Organisasi boleh belajar sesuatu daripada kes Chelsea dan City. Pelajar juga boleh mencontohi semangat perjuangan yang tidak kenal erti menarik diri. Pendek kata, berfikir sejenak mungin sekali merobah kehidupan kita ke arah yang lebih baik, insya-Allah...

No comments:
Post a Comment