Saturday, June 2, 2012

NOVEL "RENYAH" TINGKATAN 4 SARAT EMOSI (THE SIMPLE WAY TO STUDY A TEXT NOVEL)

Pengarang novel:  Allahyarham Dr. Gunawan bin Mahmood (19.1.1959 - 6.9.2010)
                         :  kelayakan akademik BA, MA (Universitas Nasional Jakarta), Ph.D (International University, Berkeley, USA)
sumber foto:  Persatuan Penulis Johor

                         : jawatan terakhir sebagai Setiausaha Politik, Menteri Besar Johor
                         : jumlah karya 13 naskhah

Bilangan muka surat:  215 (tidak termasuk biodata penulis)

Bilangan bab:  24 (tanpa subjudul)

Gaya penceritaan:  sudut pandangan orang ketiga / pemerhati watak

Tema:  Cabaran terhadap ibu bapa yang cuba melanjutkan keninginan mereka kepada anak-anak /
           perbezaan pandangan hidup antara generasi

Watak utama:  Datuk Dolhi (usahawan berjaya / rakan kongsi Albert Lim / siswazah Universiti Malaya)
Watak pembantu:  Datin Tominah  (isteri pertama Datuk Dolhi)
                             :  Wahi  (anak Datuk Dolhi hasil perkahwinan rahsia dengan kekasih di UM, Mastura)
                       :  Hasnol  (anak sulung / pegawai tadbir dan diplomatik, PTD bahagian kontrak, suami Linda)
                             :  Amera  (anak perempuan tunggal Datuk Dolhi / guru / akhirnya dilamar oleh Timbalan Menteri)
                             :  Ilham  (anak ketiga Datuk Dolhi / pemuisi bebas / aktivis alam sekitar)
                             :  Mukhlis  (anak keempat Datuk Dolhi / anggota jemaah tabligh)
                             :  Dani  (penyanyi kumpulan rock / penagih dadah)

Watak sampingan:  Albert Lee  (rakan kongsi Datuk Dolhi / lulusan sekolah menengah)
                           :  Eric  (isteri Albert Lee / bekas pensyarah maktab perguruan)
                           :  Robert Lee (anak sulung / cuba dijodohkan dengan Amera)
                           :  Elain  (anak kedua / pernah cuba dijodohkan dengan Hasnol)
                       
                           :  Rozie  (setiausaha Datuk Dolhi / lulusan UiTM)
                           :  Puan Raj Hussien (wakil Romaco Consultant, projek Rosaza Villa)
                           :  Emzita (pegawai kanan Dolhi Albert bHoldings)
                           :  VIP di majlis pertunjukan fesyen busana Islam
                           :  Saiful Bahari (anggota kanan jemaah tabligh / anak Tan Sri Mokhtar Latif)
                           :  Hanisah  (janda tuk guru anak tiga / akhirnya isteri Mukhlis)
                           :  Inem  (pembantu rumah dari Indonesia yang berhenti mengejut)
                           :  Linda  (isteri Hasnol, anak diplomat)
                         :  YB Wahab Yasin (Timbalan Menteri Tugas Khas / duda anak satu / akhirnya melamar Amera)
                           :  Tengku Munir  (kerabat diraja / pelobi kontrak / pemberi rasuah Hasnol)
                           :  Yuka  (calon isteri Wahi / anak peniaga dari Okayama)
                           :  Yoshikoni Sakate (bapa Yuka / bekas tentera Jepun di Tanah Melayu/
                           :  Mastura  (isteri kedua Datuk Dolhi / meninggal dunia sebaik melahirkan Wahi) 
                           :  Datin Salmah  (orang kuat persatuan datin / pengerusi perjumpaan)
                           :  Ustaz Hashim  (sahabat serumah Datuk Dolhi di UM / pegawai tinggi agama)
                           :  Boy  (anak sulung Hasnol, Linda)
                           :  Roslan  (penjaga sistem bunyi persembahan kumpulan rock Young Rock Band)

Kewajaran tajuk novel



Sinopsis

Novel "Renyah" karya Dr. Gunawan Mohamad bertemakan harapan seorang ayah supaya dapat mempengaruhi anak-anak mengikut jejak langkahnya dalam dunia keusahawanan. Datuk Dolhi, 60-an, usahawan bumiputera yang berjaya sentiasa berharap akan ada dalam kalangan lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datin Tominah bersedia mengambil alih kedudukannya dalam syarikat Dolhi-Albert Holdings, usaha sama dengan Albert Lim. Kesemua lima anak mereka berkecimpung dalam bidang yang tidak berkaitan dengan dunia perniagaan, malah terbabit dalam kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang. Hasnol yang didesak oleh Linda untuk hidup mewah akhirnya terjebak juga dengan rasuah akibat kata dua Tengku Munir yang mahukan semua 12 tender berpihak kepadanya. Ilham menjadi buruan kerana aktiviti antipembalakan di Sarawak, Mukhlis terbabit dengan jemaah tabligh, dan Dani menyertai muzik rock dan dadah. Amera pula memilih kerjaya sebagi guru sekolah. Akhirnya, Wahi, anak hasil perkahwinan rahsia Datuk Dolhi dengan Mastura telah memenuhi hasrat itu. Keluarga Albert Lee yang selama ini setia dengan Datuk Dolhi, serta pernah cuba merapatkan hubungan menerusi perkahwinan anak-anak mereka akhirnya menarik diri daripada perkongsian yang dibina sekian lama.

Perwatakan

watak utama (Datuk Dolhi)
penyayang:  sentiasa memberi nasihat kepada anak-anak tentang cabaran kehidupan / tetap menumpahkan
                   kasih sayang kepada Wahi walaupun secara rahsia
peka / prihatin:  mengambil berat tentang perkembangan anak-anak walaupun berbeza pendapat. Dia
                        sanggup hadir ke majlis penganugerahan pendidik cemerlang negeri yang diterima oleh
                        Amera meskipun sibuk dengan urusan perniagaan.
tegas:  tidak memenuhi permintaan Hasnol untuk meminjam wang dengan membabitkan kewangan syarikat
berpandangan jauh:  menghantar Wahi berkursus di Jepun sebagai persediaan jawatan lebih tinggi dalam syarikat
perahsia:  menyimpan cerita pernah berkahwin lain, serta mempunyai anak yang sudah muda lela


Latar masyarakat

masyarakat yang penyayang
masyarakat yang peka / prihatin
masyarakat yang tegas
masyarakat yang berpandangan jauh
masyarakat yang teguh menyimpan rahsia


Latar tempat

rumah Datuk Dolhi
pejabat Dolhi Albert Holdings

Latar masa



Nilai murni

kasih sayang
kepekaan / keprihatinan
ketegasan
pandangan jauh
kerahsiaan

Persoalan

kasih sayang sesama keluarga
kepekaan / keprihatinan terhadap kehidupan anak-anak
ketegasan dalam pengurusan kewangan syarikat
pandangan jauh dalam bidang perniagaan
kerahsiaan dalam perkara yang sensitif

Pengajaran

kita hendaklah saling mengasihi sesama keluarga
kita hendaklah peka / prihatin terhadap urusan nkeluarga
kita hendaklah tegas dalam urusan kewangan
kita hendaklah berpandangan jauh dalam perancangan kehidupan
kita hendaklah menjaga rahsia demi kebaikan bersama

kbkk


kematangan watak utama dalam menghadapi konflik keluarga / perbezaan pendapat / cabaran kehidupan
permulaan / perkembangan cerita (eksposisi) / konflik / klimaks / peleraian yang menarik perhatian pembaca
peristiwa-peristiwa cemas / kejutan / saspens yang mendorong pembaca meneruskan pembacaan novel
daya tarikan novel secara keseluruhan: gaya bahasa, teknik plot / penceritaan, susunan peristiwa
peristiwa-peristiwa mencuit hati pembaca:  unsur lucu, kebetulan, sedih

No comments:

Post a Comment